Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok
Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini,
yang dah lama kami dengar cerita, berbagai versi akhirnya tercapai juga. Kami
memang panggil Makam ni Makam Tok Bongkok kerana gelaran ‘Si’ tak kena dengan
Panglima. Panglima ini adalah darah raja juga, wAllahu a’lam. Dalam kisah Tok Bongkok Tanjung Puteri ni, ada juga orang
kata dia ni perempuan. Mungkin ada kebenarannya, tapi sedikit kurang masuk
akal. Mungkin juga ia benar.
Makam Tok Bongkok memang di Tanjung Puteri. Itu yang diketahui dari lirik Tajuk Johor Tanjung Puteri. Di mana sebenarnya makam Tok Bongkok. Itu yang kami cari dan berjumpa di Tanjung Belungkur.

Tempat pusara Tok Bongkok memang di lereng bukit di hadapan
sungai di sebuah bukit di Tanjung Belungkur. Ia berdekatan sungai atau laut kerana
kerana zaman dulu orang pakai perahu. Walaubagaimanapun, kami masuk mencari Pusara
itu mengikut jalan hutan selama 10 hingga 15 minit. Kendaraan kami tinggal di
rumah terakhir dan terus meredah hutan. Jalan masuk ke hutan tersebut adalah
lebih terang dan tidak semak dan boleh dimasukki dengan pakaian biasa.
Panglima Tok Bongkok memang berdarah raja mengikut
sesetengah versi sejarahnya. Ia tidak bersetuju dengan Temenggong Daing Ibrahim yang biarkan orang luar iaitu kebanyakkannya British
untuk memijak kepala orang melayu. Memang kapal British banyak yang rosak akibat
serangan Panglima Tok Bongkok. Dia pulak menyokong kata-kata orang melayu yang
sultan patut diberikan kepada orang yang sepatutnya. Jadi dia menyokong Sultan
Ali. Kapal-kapal orang melayu tidak diganggu oleh beliau kecuali kapal dagang British.
Pihak British berterima kasih ke atas Temenggong Daing Ibrahim kerana memberikan Singapura kepada British. Panglima Tok Bongkok pula amat
membantah. Sultan Ali dalam satu perjanjian, menyerahkan semua kuasa pemerintahan
kepada Temenggong Daing Ibrahim kecuali Kesang. Beliau tetap memakai nama Sultan
Johor dan Temenggong Daing Ibrahim akur dan tidak memakai gelaran Sultan.
Mungkin ini berlaku setelah Panglima Bongkok tiada lagi atau sudah tidak
bermaya.
Sultan Hussein, ayahanda Sultan Ali adalah Sultan Johor dan juga Sultan Singapura yang pertama. Ya, Singapura pun pakai Sultan. Ia menjadi republik atas dasar penduduk yang ramai dari negera luar yang dibawa masuk ke Singapura. Istananya di Kampung Gelam, pada tahun 2002, kalau tak silap, telah diambil oleh kerajaan Singapura dan dijadikan macam tempat bersejarah. Sultan Ali pula adalah penyambung ayahandanya tetapi telah mendapat berbagai masaalah terutama bidang ekonomi. Beliau mengadu tidak dapat peruntukan sepenuhnya. Pengikutnya telah dimusnahkan dan tinggallah Tok Bongkok. Tok Bongkok ni memang bongkok orangnya dan menguasai ilmu maritin. Kehadirannya di Tanjung Puteri menyebabkan perdagangan di Tanjung Puteri dan Singapura merosot dengan banyaknya akibat kapal mereka diserang oleh Tok Bongkok.
Dalam satu serangan yang dibuat oleh Raja Temenggong Daing Ibrahim dan tentera British melawan Panglima Tok Bongkok, Panglima Tok Bongkok telah mengetahui melalui perisikan dalam Istana. Beliau membuat helahnya sehingga beberapa kapal British apat dirosakkan dan ia membawa kemaraham pihak British. Mereka melabelkan Panglima Tok Bongkok sebagai Lanun. Panglima Tok Bongkok ni amat handal, dia mengetahui selok belok ilmu lautan. Dalam satu serangan yang lebih besar dengan Temenggong Ibrahim dan British, tentera Tok Bongkok tewas juga akhirnya tetapi tidak dapat membunuh Panglima Tok Bongkok. Dalam peperangan itu, beliau berjaya melepaskan diri.

Di bukit tempat makam Tok Bongkok, ada sebuat gua tempat Tok Bongkok menyembunyikan diri. Gua itu mungkin telah ditutup pintunya dengan batu-batuan dari kuari. Zaman 20 tahun dulu memang ada kenderaan kuari yang amat besar berwarna kuning dipanggil cat. Kenderaan itu amat-amat besar sehingga ada tangga untuk pemandunya. Mungkin kenderaan itu yang tutup pintu gua itu. Ada yang panggil gua itu gua bukit tunggal, gua dalam cerita P Ramli yang dikira berapa banyak harta yang telah dicuri oleh Badan dan Nyawa. Mungkin ini yang hendak disampaikan oleh P Ramli. Memang seseorang pernah berjumpa emas di sana mengikut cerita orang yang tolong membawa kami ke Makam Tok Bongkok.
Berdekatan dengan Makam Si Bongkok juga terdapat lagi satu lagi makam. Ia hanya ditanda dengan Botol.
![]() |
Jalan masuk tidaklah semak sangat macam masuk hutan. |
![]() |
Pusara Tok (Si) Bongkok Tanjung Puteri |
Tanjung Belungkur ada tempat feri. Kalau tak silap boleh bawa kereta ke Singapura macam dekat Pulau Pinang. Ia cuma beberapa batu dari Makam Tok Bongkok. Kalau dekat Tanjung Belungkur ada tempat untuk naik bot ke tanjung surat kat penghujung jalan dan tempat Feri Tanjung Belunkur pula dalam 1 atau 2 kilometer lagi. Tanjung Surat ni adalah pulau, sebab dikeliling oleh sungai. Di Tanjung Surat juga ada kesan istana lama tetapi kami tidak sempat ke sana. Tangjung surat juga ada tempat menarik. Kami hanya menyeberang ke Tanjung surat dengan bayaran Rm1.00 seorang. Dari Jeti ini kami cari orang yang bawa kami ke Makam Tok Bongkok yang duduk berdekatan dengan surau.
Di penghujung jalan Tanjung Belungkur kita boleh nampak dua bukit. Bukit yang lebih rendah itulah tempat makam Panglima Tok Bongkok. Sekiranya anda hendak mencarinya, anda ikut jalan kuari dan masuk ke kanan ke sebuah kampong dalam 3 atau 4 buah rumah. Berhenti di rumah terakhir. Dan jalan kaki meredah hutan.
Dalam 10 minit perjalanan anda akan jumpa makam Tok Bongkok. Kalau anda guna GPS, cuba kordinat dibawah.
![]() |
Lokasi makam Tok Bongkok Tanjung Puteri |
Memang Makam Tok Bongkok tidak berapa dikenali kerana ia
digelar lanun sehingga akhir hayatnya. Biasanya orang yang jadi ‘hero’ sampai
akhir hayat ni tidak akan diketahui kisah-kisahnya. Inipun pengakhir kisahnya, dia dan adiknya, Si Putih, meminati seorang
gadis yang sama. Dia telah memberitahu kelemahan ilmu kebalnya dan ada yang
menceritakan dia menikam dirinya sendiri. Walaupun cerita itu tidak logik bagi
seorang Panglima, ramai juga yang mempercayainya. Kemungkinan ia rebah jatuh di
tangan orang yang handal dan mengetahui kelemahan ilmu kebalnya.
Panglima Tok Bongkok diceritakan tidak berkahwin jadi tidak
berketurunan. Juga didapati logik kerana baru meminati gadis yang sama dengan
adiknya Si Putih, yang dipercayai bukan panglima yang pegang pada rukun islam yang lima walaupun seseteangah pendapat menulis "panglima si putih". Ada juga yang mengaku keturunannya.
Biasalah, orang yang tidak dikenali, kadang-kadang ada keturunan yang tidak
dihebahkan. Mungkin ini antara mereka sahaja yang tahu.
Berikutan kematian Panglima Tok Bongkok, akhirnya Kesang-Muar, pada masa itu sebuah negeri baru, telah diberi kuasa kepada Sultan Johor. Keluarga diraja mungkin ramai yang berpindah ke Kampung Gelam Singapura. Sultan Ali yang sepatutnya di Kesang telah dimakamkan di Umbai, Melaka dan Johor telah adakan undang-undang tubuhnya sendiri.

Dari Tanjung Belungkur kami terus ke Pengelih kawasan terhujung jalan yang hampir dengan Changi Singapura dan melihat kubu-kubu zaman dahulu.