27 Jun 2012

e-filling . Cukai pendapatan

Salam

Filing untuk Cukai Pendapatan (Income Tax )

Ramai  juga konsultant yang tidak tahu yang dia kena tukar dari borang BE cukai pendapatan ke borang B setelah ia masuk jadi konsultant pada tahun lepas atau tahun sebelumnya. Ini bagi membolehkan segala pendapatan dari public mutual ditafsirkan.

Pertukaran borang itu dengan mudah boleh dibuat di e-filing website. No income tax akan bertukar dari nombor dengan SG dihadapan ke nombor yang bermula OG di hadapan.

Pertukaran ini lebih baik kerana ia membolehkan segala perbelanjaan ditolak termasuklah pembelian kereta baru (20% allowance tahunan, 20% untuk pembelian baru), perbelanjaan kursus, Petrol, Pembelian dairi dan lain-lain. Untuk kegunaan yang bercampur dengan kegunaan peribadi, ianya boleh dibuat taksiran berapa peratus kegunaannya untuk kegunaan business. Misal kereta dianggarkan 20% adalah untuk business, maka 20% dari petrol, road tax, insurans boleh dimasukkan sebagai perbelanjaaan business..Biasanya setakat 1/3 untuk business itu tidak menjadi masaalah bagi pegawai di pejabat cukai pendapatan, pada pendapat saya.

Saya harap income tax ini, yang tarikh tutupnya 30 haribulan June dapat mengurangkan cukai pendapatan anda.

Selamat mencuba.

25 Jun 2012

Isteri sebagai tanah dalam ekonomi rumahtangga



Salam kepada semua konsultant dan bakal konsultant unit trust

Isteri itu tanah bagi bercucuk tanam, atau tempat kita berushasa untuk rezeki kita. Tapi tanah juga perlu seorang pengusaha, dan pegusaha memerlukan kepada tanah.

Allah berfirman yang maksudnya

"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman." (Al-Baqarah 2:223)

 Sebagai orang islam kita memang tahu bahawa sekiranya seseorang miskin, maka akan diberi rezeki oleh Allah.Seperti firman Allah yang bermaksud

" Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." ( Surah An Nur ayat 32 )

Di sini terletak satu rezeki yang biasa didapati apabila kita berkahwin dan ramai orang yang mengakui kehidupan berkahwin selalu diikuti dengan rezeki yang melimpah.

Tetapi ramai di antara kita yang kurang bersyukur atas rezeki yang diberi Allah selepas berkahwin, selepas ia mendapat rezeki dari Allah dan ia menjadi sebab untuk kurangnya rezeki. Apabila kita faham bahawa tanah memerlukan pengusaha, dan pengusaha memerlukan tanah, kita patut bersyukur sebab kita tidak boleh buat sendirian tapi kena buat bersama. Kita patut menghentikan segala yang tidak baik untuk hubungan suami-isteri, patut lebih banyak masa untuk dikongsi bersama sebab inilah yang menjadikan suasana harmoni untuk segala tanaman tumbuh. Sekira kita bermasaalah dengan suami/isteri kita, segala yang di pejabat akan ikut menjadi masaalah. Dan masaalah ini kita hendak buang dengan segera.

 Konsultant dan bakal konsultant, ajaklah pasangan anda untuk sebaiknya masuk sebagai unit trust consultant dan jika tidak pun untuk join mengetahui aktiviti unit trust yang terlalu baik untuk 7 tahun ini. Sebab 7 tahun selepas itu dijangka akan jadi gawat yang amat sangat. Datanglah ke Business Oppurtunity Preview pada 27/6/12 pukul 8.00 malam di Johor Bahru. Hubungi penulis di cekapsaham@yahoo.com

Sekian

22 Jun 2012

kita disuruh mengimpan untuk hari hari merudum atau hari yang susah

Simpan duit untuk hari-hari gawat.


Disuruh kita  menyimpan untuk hari gawat yang pasti akan terjadi seperti dalam ayat

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
(Al-Kahfi 18:8) |

Hari yang gawat itu benar-benar gawat dan hanya membenarkan kita mengunakan wang simpanan kita sahaja.

Cara bagi kita menyimpan adalah

-Simpan dahulu dan belanja yang lebih
Ini yang dilakukan dengan duit kita di KWSP. Simpan dan tak boleh keluar kecuali mencapai syarat tentu.

bukan
-Belanja dahulu dan simpan yang lebih
sebab kemungkinannya kita bukan tak menyimpan, tetapi bebelanja lebih dari kemampuan.

17 Jun 2012

Business Oppurtunity Preview

Assalammualaukum

Terdapat satu Business Opppurtunuti Preview seperti berikut.

Taikh 27/6/2012
Masa 8.00 malam
Tempat : Public Mutual, Tingkat 30, Bangunan Public Bank, JB. (dekat persada)

Bagi sesiapa yang terfikir nak join tapi tak tahu bagaimana , ade prospek ke nak join, atau apa-apa lah, join business oppurtunitu preview n.

Anda perlu confirmkan kehadiran sebelum 26/6.

Penulis boleh dihubungi di dfariz@yahoo.com

13 Jun 2012

Response saya mengenai artikle pasal saham - Tun Dr Mathir.


Salam pelabur yang dihormati,

Baru-baru ini saya terbaca satu artikel di http://www.wangcyber.com berkaitan pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan ketidakrealistik melabur dalam pasaran saham.

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata adalah tidak realistik untuk melabur dalam pasaran saham dengan berharap harganya akan meningkat. Malah, tindakan itu tidak menyumbang kepada ekonomi negara, kata beliau.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut ucapan beliau mengenai pelaburan saham yang tidak realistik pada majlis pelancaran Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2011 di sini hari ini.
Beliau menyifatkan pelaburan dalam pasaran saham semasa sebagai tidak realistik dan umpama memperjudikan nasib. Katanya, pelaburan dalam saham-saham yang tidak menentu untung atau rugi tidak menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara.  Malah, katanya, pelaburan jenis itu hanya untuk mereka yang ingin wang melalui jualan singkat (short-selling).
“Saya fikir jika anda melabur dalam pasaran saham kerana saham sesebuah syarikat membuat untung dan anda menjangkakan mendapat keuntungan daripada dividen, itu adalah realistik. Tetapi apabila anda melabur dalam pasaran saham dengan berharap harga saham meningkat naik, ia tidak akan menyumbang terhadap ekonomi,” jelas beliau.
Beliau juga berkata, Eropah kini turut menyatakan mereka menentang penjualan singkat kerana ia bukan satu perniagaan yang menyumbang kepada ekonomi. Ketika ditanya tentang pakatan rakyat yang mengumumkan belanjawannya sendiri hari ini, Mahathir menjawab, ia menyenangkan lagi kerja kerajaan. “Senang… bila mereka mahu belanja duit yang kita tidak ada. kita tidak boleh kawal, kita pun senang belanja,” tambah beliau.
 Sumber :Utusan Melayu

Secara peribadi, saya bersetuju dengan pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamed ini. Memang ada kebenaran dan biar saya terangkan.
Saham memang penting untuk dilabur. Tetapi saham yang penting itu ialah apabila dibeli pada pasaran utama iaitu pada ‘Initial Public Offering’ atau IPO. Pasaran IPO memang penting dan bermanfaat  dan memang menguntungkan  ekonomi negara. Walaubagaimanapun, pelaburan saham di pasaran kedua atau di Bursa Malaysia mungkin sesuatu yang kurang bernilai dari segi ekonomi negara. Mengapa? Sebab keuntungan bagi suatu pihak  mungkin merupakan kerugian pada suatu yang lain.

Bagi pasaran utama, setiap syarikat yang memerlukan pelaburan tambahan, boleh menjual saham syarikat mereka di sini. Tak kisahlah samaada harga saham mereka akan naik atau tidak di masa hadapan,  saham  telahpun berjaya dijual pada nilai ‘IPO’. Syarikat kini berjaya memperolehi dana tambahan dan mampu mengembangkan perniagaan mereka.

Tapi apakah pula pentingnya pasaran saham kedua seperti di  Bursa Malaysia?
  
Katakanlah tiada pasaran kedua seperti di Bursa Malaysia. Ini mungkin menyebabkan tiada saham yang akan ditawarkan pada harga kos yang rendah, iaitu  semasa pelancaran IPO. Ini juga bermakna sesiapa yang membeli saham semasa ‘IPO’ tidak dapat menjualkannya semula kepada pasaran kedua. Agak-agak... masih adakah orang yang mahu sanggup nak beli saham pada ‘IPO’ jika tidak boleh di jual semual di pasaran kedua?  Logik juga kalau ‘IPO’ itu sendiri pun tidak wujud.

Secara kasar, mungkin pasaran saham di Bursa Malaysia tidak memberi satu pertambahan apa-apa dari segi ekonomi negara. Tetapi, dengan wujudnya pasaran kedua ini,  ia memberi  sebab untuk wujudnya ekonomi yang lebih baik.. Pasaran kedua membuka lebih banyak peluang serta manfaat untuk pasaran utama iaitu ‘IPO’ berkembang.  Selain itu, ia membolehkan saham syarikat dijual pada bila-bila masa  ataupun boleh dicagarkan untuk mendapatkan tambahan wang tunai.

Seperti yang dibincangkan terdahulu, dijangkakan setiap 22 hingga 27 tahun hijrah  ekonomi kita akan mengalami ekonomi kegawatan yang amat sangat. Tempoh kitaran ini dinamakan sebagai ‘2 kitaran hayat ekonomi. Sesuatu ekonomi  mengalami 2 tempoh kitaran yang menjadikannya sesuatu ekonomi yang lengkap, sebelum ini berkitar semula seperti sebelumnya.Sila ikuti penjelasan lebih lanjut di http://blog.pakarsaham.com (anda sedang mengikutinya sakarang)

PELABURAN SAHAM VS. PELABURAN SAHAM

Pelaburan emas juga amat penting. Namun, pelaburan saham   tidak perlu dibuat sekiranya keuntungannya lebih kecil  berbanding pelaburan  saham.

Ketika ekonomi berada di dalam keadaan kegawatan yang melampau harga emas biasanya akan naik dengan banyaknya. Contohnya seperti pada tahun 1997, bagi negara-negara Asia ataupun pada tahun 2007 di Amerika Syarikat. Perhatikan graf harga emas di Amerika Syarikat seperti di bawah.








 
Perhatikan pergerakan harga emas bermula tahun 2007. Ia menunjukkan cerun  graf yang menaik dan menarik pada tahun 2007 – 2011. (selepas tahun 2011 saham emas ini nampak seperti turun). Ini bersesuaian dengan kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat yang dijangka berlarutan sehingga tahun 2014.  Bolehlah diperhatikan bahawa harga emas telah naik dengan banyaknya secara perlahan-lahan bermula 2007 sehingga sekarang, walaupun terdapat turun naik harga dari masa ke semasa.

Pelaburan emas ini juga merupakan contoh pasaran seperti kedua.  Sekiranya pasaran kedua ini tidak wujud, maka harga emas tetapi tidaklah akan  sehebat ini walaupun pelaburan emas masih wujud .
 Cube perhatikan  harga emas di Malaysia. Kenaikan harga emas tidaklah sehebat di Amerika Syarikat kerana tiadanya pasaran terbuka untuk emas di sini. Jika kita hendak menjual emas, kita terpaksa pula mengeluarkan kos tambahan untuk membayar kos upah yang menjejah 20-30 peratus . Jadi, ini bermakna seseorang itu akan rugi 20 peratus atau 1/5 dari pelaburan mereka. Pertukaran emas adalah terlalu sukar kerana tiada , setakat setahu saya, pasaran kedua untuk jual beli emas ini. yang lebih rendah iaitu di bawah 2% upah  atau kommisyen di Malaysia

Kalaupun ada,  perjanjian mungkin dibuat dengan agen dan bukannya dengan syarikat/ pihak ketiga yang berinsurans beli membeli semula emas pada harga yang ditetapkan. Semua ini memberikan  risiko yang tinggi bagi pelaburan anda.

Di sini saya ingin mencadangkan kepada semua pelabur-pelabur supaya bijak menguruskan pelaburan anda. Sekiranya jangkaan ekonomi seperti yang dinyatakan dalam ‘2 kitaran hayat ekonomi ‘itu tepat, maka bermula tahun ini sehinggalah tahun 2018/2019, merupakan masa yang sangat sesuai untuk melabur ke dalam pasaran saham di Malaysia. Apabila tiba tempoh gawat, mungkin lebih sesuai ditukar ke pelaburan emas pula nanti.

Untuk yang baru berminat untuk menjadi konsultan unit trust yang banyak untuk dan mendapat tahu lebih rahsia-rahsia ekonomi samada di dalam Al-Quran atau tidak, boleh berhubung dengan saya di dfariz@yahoo.com 

Sekian.

5 Jun 2012

Tarikh dajjal dijangka keluar. Juga berkenaan ekonomi kita


Unit trust consultant dan bakal-bakal unit trust consultant sekalian. Saya menceritakan mengenai tarikh ini kerana ia berkaitan dengan ekonomi kita. Ketatuhan dan kenaikan ekonomi kta.

Tarikh dijangka dajjal akan keluar

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita

1 hari = Setahun (British / Pound)
Inilah satu hari yang dikatakan umpama setahun. Setahun bagi hari-hari yang susah itu adalah umpama 1000 tahun seperti di dalam Al-Quran Allah berfirman



Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (Al-Hajj 22:47)

Jadi 1 hari di sini bersamaan 1000 tahun. Tahun yang sentiasa digunakan di sini adalah tahun hijrah. Kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah. Oeh yang demikian:

353 Hijrah + 1000 tahun = 1353H.

Inilah masa Dajjal menguasai pound dan Kejatuhan Empier Eropah

1 hari = Sebulan ( Amerika Syarikat / Dollar)
1 hari bersamaan 1000 tahun dibahagi dengan 12 bulan. Ia akan besamaan 83.33 tahun hijrah. Jika ditambah dengan 1353H , hari kejatuhan empier Eropah ia kan jadi

1353H + 83.33 = 1436.33H

Pada hari saya menulis article ini, tahunnya adalah 1433 Hijrah. Hampir tiba 1436.33 hijrah dan hampir jatuh zaman perdagangan menggunakan wang Dollar  dan hampir jatuhnya empier Amerika Syarikat.

Kejatuhan empier Amerika Syarikat memang dapat dilihat dari tarikh hari ini. Mengikut ekonomi Negeri China akan mengalahkan ekonomi Amerika Syarikat pada 2016. Adalah kita bersedia untuk kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat ini? Saya , sebagai remisier dan unit trust consultant, berharap lebih ramai oraang yang berminat dalam industri unit trust ini.

1 hari = Seminggu  (Israel / Matawang Electronic )
1 hari lagi bersamaan seminggu. Inilah sesuatu yang akan datang tetapi kita mengetahui yang Allah mengetahui zaman yang akan datang dan memberitahu kita untuk kita membuat persediaan. Dikira 1 tahun mempunyai 51 minggu mengikut tahun hijrah. Jadi 1000 tahun, bersamaan 1 tahun dan 1 minggu akan bersamaan 19.6 tahun. Satu minggu di sini menggambarkan 19.6 tahun satu sistem matawang yang baru yang mungkin adalah Matawang Electronic.

Matawang electronic ini memang sudah lama digunakan di dalam dunia internet. Kita lihat terlalu banyak laman web yang mengiklankan forex iaitu satu laman foreign exchange dengan kadar investment yang rendah tetapi dengan interest rate yang tinggi. Ia membenarkan orang yang melabur supaya melabur sejumlah yang sedikit tetapi pinjaman yang besar, dan membolehkan seseorang pelabur meminjam sehingga 1000 kali ganda jumlah yang disimpan sebagai deposit. Maasya Allah.

Kita lihat sahaja laman web Yahoo, Google, Wikipedia, E-bay,  Myspace, Facebook. Semua milik orang Yahudi. Dimanakan kita di kalau dibandingkan dengan Yahudi pada waktu itu.

37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia secara nyata.

Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Matawang Electronic. Mungkin masa ini telah digunakan sejata nuclear untuk perang dunia ketiga. Sebab itu senjata nuclear ini amat diperhatikan terutama apabila negara Islam yang membuat senjata nuclear. Berbagai sekatan akan dikenakan keatas negara tersebut.

Sungai Tabarah atau Sea of Galilea hampir kering

Sungai tabarah sudah semakin kering dan telah surut beratus meter sesuai dengan hadis seperti di bawah.

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

 Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Sea of Galilee atau Tasek Tabarah telah surut dengan banyaknya. Dan dijangkakan antara 20 tahun lagi ianya akan kering. Cuba lihat youtube di bawah.


Juga ingat seperti  yang diumpamakan sungai di dalam Al-Quran, kekeringan Tasek Tabarah juga bermakna kurangnya aliran baja atau dalam zaman sekarang ini, bermakna kurangnya duit sebagai pelancar ekonomi di sana.

Sekian. Penulis boleh dihubungi di dfariz@yahoo.com

Makam Si Bongkok.

Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...