Salam pelabur yang dihormati,
Baru-baru ini saya terbaca satu artikel di http://www.wangcyber.com
berkaitan pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan ketidakrealistik melabur
dalam pasaran saham.
KUALA LUMPUR 4
Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata adalah
tidak realistik untuk melabur dalam pasaran saham dengan berharap harganya akan
meningkat. Malah, tindakan itu tidak menyumbang kepada ekonomi negara, kata
beliau.
Mahathir berkata
demikian ketika diminta mengulas lanjut ucapan beliau mengenai pelaburan saham
yang tidak realistik pada majlis pelancaran Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur
(KLIFF) 2011 di sini hari ini.
Beliau menyifatkan
pelaburan dalam pasaran saham semasa sebagai tidak realistik dan umpama
memperjudikan nasib. Katanya, pelaburan dalam saham-saham yang tidak menentu
untung atau rugi tidak menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara. Malah, katanya, pelaburan jenis itu hanya untuk
mereka yang ingin wang melalui jualan singkat (short-selling).
“Saya fikir jika
anda melabur dalam pasaran saham kerana saham sesebuah syarikat membuat untung
dan anda menjangkakan mendapat keuntungan daripada dividen, itu adalah
realistik. Tetapi apabila anda melabur dalam pasaran saham dengan berharap
harga saham meningkat naik, ia tidak akan menyumbang terhadap ekonomi,” jelas
beliau.
Beliau juga
berkata, Eropah kini turut menyatakan mereka menentang penjualan singkat kerana
ia bukan satu perniagaan yang menyumbang kepada ekonomi. Ketika ditanya tentang
pakatan rakyat yang mengumumkan belanjawannya sendiri hari ini, Mahathir
menjawab, ia menyenangkan lagi kerja kerajaan. “Senang… bila mereka mahu
belanja duit yang kita tidak ada. kita tidak boleh kawal, kita pun senang
belanja,” tambah beliau.
Sumber :Utusan Melayu
Secara peribadi, saya bersetuju dengan
pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamed ini. Memang ada kebenaran dan biar saya terangkan.
.
Saham memang penting untuk dilabur. Tetapi
saham yang penting itu ialah apabila dibeli pada pasaran utama iaitu pada ‘Initial
Public Offering’ atau IPO. Pasaran IPO memang penting dan bermanfaat dan memang menguntungkan ekonomi negara. Walaubagaimanapun, pelaburan saham
di pasaran kedua atau di Bursa Malaysia mungkin sesuatu yang kurang bernilai dari
segi ekonomi negara. Mengapa? Sebab keuntungan bagi suatu pihak mungkin merupakan kerugian pada suatu yang
lain.
Bagi pasaran utama, setiap syarikat yang memerlukan
pelaburan tambahan, boleh menjual saham syarikat mereka di sini. Tak kisahlah
samaada harga saham mereka akan naik atau tidak di masa hadapan, saham telahpun
berjaya dijual pada nilai ‘IPO’. Syarikat kini berjaya memperolehi dana
tambahan dan mampu mengembangkan perniagaan mereka.
Tapi apakah pula pentingnya pasaran saham kedua seperti
di Bursa Malaysia?
Katakanlah tiada pasaran kedua seperti di
Bursa Malaysia. Ini mungkin menyebabkan tiada saham yang akan ditawarkan pada harga
kos yang rendah, iaitu semasa pelancaran
IPO. Ini juga bermakna sesiapa yang membeli saham semasa ‘IPO’ tidak dapat
menjualkannya semula kepada pasaran kedua. Agak-agak... masih adakah orang yang
mahu sanggup nak beli saham pada ‘IPO’ jika tidak boleh di jual semual di
pasaran kedua? Logik juga kalau ‘IPO’
itu sendiri pun tidak wujud.
Secara kasar, mungkin pasaran saham di Bursa
Malaysia tidak memberi satu pertambahan apa-apa dari segi ekonomi negara. Tetapi,
dengan wujudnya pasaran kedua ini, ia memberi sebab untuk wujudnya ekonomi yang lebih baik..
Pasaran kedua membuka lebih banyak peluang serta manfaat untuk pasaran utama
iaitu ‘IPO’ berkembang. Selain itu, ia
membolehkan saham syarikat dijual pada bila-bila masa ataupun boleh dicagarkan untuk mendapatkan
tambahan wang tunai.
Seperti yang dibincangkan terdahulu, dijangkakan
setiap 22 hingga 27 tahun hijrah ekonomi
kita akan mengalami ekonomi kegawatan yang amat sangat. Tempoh kitaran ini dinamakan
sebagai ‘2 kitaran hayat ekonomi. Sesuatu ekonomi mengalami 2 tempoh kitaran yang menjadikannya sesuatu
ekonomi yang lengkap, sebelum ini berkitar semula seperti sebelumnya.Sila ikuti
penjelasan lebih lanjut di http://blog.pakarsaham.com (anda sedang mengikutinya sakarang)
PELABURAN SAHAM VS. PELABURAN SAHAM
Pelaburan emas juga amat penting. Namun,
pelaburan saham tidak perlu dibuat sekiranya keuntungannya lebih
kecil berbanding pelaburan saham.
Ketika ekonomi berada di dalam keadaan kegawatan
yang melampau harga emas biasanya akan naik dengan banyaknya. Contohnya seperti
pada tahun 1997, bagi negara-negara Asia ataupun pada tahun 2007 di Amerika
Syarikat. Perhatikan graf harga emas di Amerika Syarikat seperti di bawah.
Perhatikan pergerakan harga emas bermula tahun
2007. Ia menunjukkan cerun graf yang menaik
dan menarik pada tahun 2007 – 2011. (selepas tahun 2011 saham emas ini nampak
seperti turun). Ini bersesuaian dengan kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat yang
dijangka berlarutan sehingga tahun 2014. Bolehlah diperhatikan bahawa harga emas telah
naik dengan banyaknya secara perlahan-lahan bermula 2007 sehingga sekarang, walaupun
terdapat turun naik harga dari masa ke semasa.
Pelaburan emas ini juga merupakan contoh pasaran
seperti kedua. Sekiranya pasaran kedua
ini tidak wujud, maka harga emas tetapi tidaklah akan sehebat ini walaupun pelaburan emas masih
wujud .
Cube
perhatikan harga emas di Malaysia. Kenaikan
harga emas tidaklah sehebat di Amerika Syarikat kerana tiadanya pasaran terbuka
untuk emas di sini. Jika kita hendak menjual emas, kita terpaksa pula
mengeluarkan kos tambahan untuk membayar kos upah yang menjejah 20-30 peratus . Jadi, ini bermakna seseorang itu akan rugi 20 peratus atau 1/5 dari
pelaburan mereka. Pertukaran emas adalah terlalu sukar kerana tiada , setakat
setahu saya, pasaran kedua untuk jual beli emas ini. yang lebih rendah iaitu di bawah 2% upah atau kommisyen di Malaysia.
Kalaupun ada, perjanjian mungkin dibuat
dengan agen dan bukannya dengan syarikat/ pihak ketiga yang berinsurans beli membeli semula emas pada harga yang ditetapkan. Semua
ini memberikan risiko yang tinggi bagi pelaburan
anda.
Di sini saya ingin mencadangkan kepada semua
pelabur-pelabur supaya bijak menguruskan pelaburan anda. Sekiranya jangkaan ekonomi
seperti yang dinyatakan dalam ‘2 kitaran hayat ekonomi ‘itu tepat, maka bermula
tahun ini sehinggalah tahun 2018/2019, merupakan masa yang sangat sesuai untuk
melabur ke dalam pasaran saham di Malaysia. Apabila tiba tempoh gawat, mungkin
lebih sesuai ditukar ke pelaburan emas pula nanti.
Untuk yang baru berminat untuk menjadi konsultan unit trust yang banyak untuk dan mendapat tahu lebih rahsia-rahsia ekonomi samada di dalam Al-Quran atau tidak, boleh berhubung dengan saya di dfariz@yahoo.com
Sekian.