Unit trust consultant dan bakal-bakal unit trust consultant
sekalian. Saya menceritakan mengenai tarikh ini kerana ia berkaitan dengan
ekonomi kita. Ketatuhan dan kenaikan ekonomi kta.
Tarikh dijangka
dajjal akan keluar
Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan
hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:
Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal
akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari
sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan
selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah,
ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang
?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR
Muslim)
Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:
1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita
1 hari = Setahun (British / Pound)
Inilah satu hari yang dikatakan umpama setahun. Setahun bagi
hari-hari yang susah itu adalah umpama 1000 tahun seperti di dalam Al-Quran
Allah berfirman
Dan mereka meminta kepadamu (wahai
Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan
memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari
dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu
hitung. (Al-Hajj 22:47)
Jadi 1 hari di sini bersamaan 1000 tahun. Tahun yang
sentiasa digunakan di sini adalah tahun hijrah. Kiraan mengikut tahun Hijrah
menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah. Oeh yang
demikian:
353 Hijrah + 1000 tahun = 1353H.
Inilah masa Dajjal menguasai pound dan Kejatuhan Empier
Eropah
1 hari = Sebulan ( Amerika Syarikat / Dollar)
1 hari bersamaan 1000 tahun dibahagi dengan 12 bulan. Ia
akan besamaan 83.33 tahun hijrah. Jika ditambah dengan 1353H , hari kejatuhan
empier Eropah ia kan
jadi
1353H + 83.33 = 1436.33H
Pada hari saya menulis article ini, tahunnya adalah 1433
Hijrah. Hampir tiba 1436.33 hijrah dan hampir jatuh zaman perdagangan
menggunakan wang Dollar dan hampir
jatuhnya empier Amerika Syarikat.
Kejatuhan empier Amerika Syarikat memang dapat dilihat dari
tarikh hari ini. Mengikut ekonomi Negeri China akan mengalahkan ekonomi
Amerika Syarikat pada 2016. Adalah kita bersedia untuk kejatuhan ekonomi
Amerika Syarikat ini? Saya , sebagai remisier dan unit trust consultant,
berharap lebih ramai oraang yang berminat dalam industri unit trust ini.
1 hari = Seminggu (Israel / Matawang
Electronic )
1 hari lagi bersamaan seminggu. Inilah sesuatu yang akan
datang tetapi kita mengetahui yang Allah mengetahui zaman yang akan datang dan
memberitahu kita untuk kita membuat persediaan. Dikira 1 tahun mempunyai 51
minggu mengikut tahun hijrah. Jadi 1000 tahun, bersamaan 1 tahun dan 1 minggu akan
bersamaan 19.6 tahun. Satu minggu di sini menggambarkan 19.6 tahun satu sistem matawang
yang baru yang mungkin adalah Matawang Electronic.
Matawang electronic ini memang sudah lama digunakan di dalam
dunia internet. Kita lihat terlalu banyak laman web yang mengiklankan forex
iaitu satu laman foreign exchange dengan kadar investment yang rendah tetapi
dengan interest rate yang tinggi. Ia membenarkan orang yang melabur supaya
melabur sejumlah yang sedikit tetapi pinjaman yang besar, dan membolehkan seseorang
pelabur meminjam sehingga 1000 kali ganda jumlah yang disimpan sebagai deposit.
Maasya Allah.
Kita lihat sahaja laman web Yahoo, Google, Wikipedia, E-bay,
Myspace, Facebook. Semua milik orang Yahudi.
Dimanakan kita di kalau dibandingkan dengan Yahudi pada waktu itu.
37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan
Dajjal dan memerintah dunia secara nyata.
Sungai tabarah sudah semakin kering dan telah surut beratus
meter sesuai dengan hadis seperti di bawah.
Hendaklah semua duduk di atas
sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu
jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi:
“Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan
bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim
Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk
Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.
Kisah yang dia ceritakan itu sesuai
dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama
30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang
bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas.
Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di
atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang
terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa
dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina
dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang
itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah
Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu
Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah
kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin
berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang
itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang
sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu.
Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari
lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang
seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku.
Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia
berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar
membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama
satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan
binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali
jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya
dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk
menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke
tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa
tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka
terus sahaja mengemukakan soalan:
“Ceritakan kamu kepadaku keadaan
kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan
maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu
berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa
pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak
berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai
Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu
menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak
susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa
itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa
yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka
menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi:
“Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi:
“Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang
besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih
Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia
ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah
dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal
oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi,
“Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah
negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara
sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab:
“Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis
Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang
telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah
yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan
Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,”
kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Juga ingat seperti yang diumpamakan sungai di dalam Al-Quran, kekeringan Tasek Tabarah juga bermakna kurangnya aliran baja atau dalam zaman sekarang ini, bermakna kurangnya duit sebagai pelancar ekonomi di sana.
Sekian. Penulis boleh dihubungi di dfariz@yahoo.com