30 Jul 2012

Switching. Perturan dari Fund A ke Fund B

Bakal Unit trust konsultan dan investors sekallian

Switching adalah satu cara untuk menukar dari fund A ke Fund B. Misalnya dari Public Islamic Dividend Fund ke Public Islamic Select Enterprise Fund.

Swithing ni bagi membolehkan investors memilih Fund apa yang diminati olehnya apabila fund yang dia masuk sekarang kurang disukainya. Jadi untuk switching jadi lebih berkesan, jenis fund mesti banyak supaya kita boleh bersesuaian. Lihat jenis Fund di Public Mutual, kita tahu ada fund yang banyak ditawarkan. Switching adakan dikenakan bayaran (Kecuali Mutual Gold) bayaran RM25.

Apabila market terlalu tinggi kita buat switching ke fund dalam  kumpulan bond. Apabila ia sudah jatuh kita buat switching ke fund dalam kumpulan equity. Cara ini lebih baik dari menjual semua fund semasa market tinggi dan masuk semula apabila market rendah, kerana caj yang tinngi akan dikenakan atas fund baru..

Bagi saya yang percaya bakal teori "Dua kitaran Ekonomi" saya menggalakkan buat swithing pada dua waktu. Iaitu kegawatan pada kitaran pertama dan kitaran yang kedua. Kitaran kedua kita telah hadapi tahun 2008 yang mana ini kena buat swiching kerana market turun walaupun tidak banyak. Tahun 2018 /  2019 dijangka akan berlaku kitaran pertama dan kita kena ajak investor untuk tukat.(switch) ke fund yang sesuai pada masa itu.

Swithching tidak menguntungkan konsultan dari sudut komisyen, ia menguntungkan sebab kita advise pelanggan untuk bersiap sedia.

Sampai sini dahulu. Kemudian saya akan ceritakan bagai saya menggalakkan klien saya buat switching pada awal tahun 2008. Tunggu

25 Jul 2012

IHH Healthcare.



Salam

Satu lagi saham IHH healthcare yang baru disenaraikan tadi, sekarang dah naik ke RM3.10 (waktu ini)

Saya telah ajak ramai supaya mohon saham ni melalui miti dan melalui cabutan. Ramai juga yang berjaya melalui cabutan.

Kita lihat ramai juga yang kata ,untungnya kecil, dalam 10 peratus. Saya hendak beritahu di sini keuntungannya mungkin 10% tapi dalam masa sebulan atau dua bulan. Kalau terdapat satu IPO sebulan, kalilah dengan 12. Saya menggalakkan syarikat IPO yang berkaitan dengan kerajaan sahaja.

Unit trust konsultan dan bakal unit trust konsultant harap tidak lepaskan peluang untuk anda sendiri, dan untuk rakan pelabur anda. Konsultan unit trust akan dapat manfaaat untuk menceritakan mengenai unit trust yang hendak dicadangkan. Kita tidaklah dikatakan terlalu fikirkan unit trust sahaja sebab kita memberitahu juga pasal investment lain yang menguntungan.

Kongsikan keuntungan dengan pelabur dan kongsikan cerita mengenai keadaan apabila ekonomi jatuh yang kita tidak boleh buat apa-apa, iaitu dijangka 2018/2019. Juga kongsikan bahawa tiap-tiap yang jatuh banyak akan didahului dengan keadaan yang amat-amat baik.

Kepada peminat untuk menjadi konsultan unit trust, anda boleh hubungi dfariz@pakarsaham.com. Yang anda perlu adalah

2 salinan photocopy Kad Pengenalan
 6 keping gambar passport
 Duit RM250 untuk Cute Exam (senang sangat)
 Sign letter of aoth - saya berikan
 Sign Agency Contract - saya berikan
 Sijil spm atau ke atas. mesti credit dalam Mathematik dan Bahasa. Yang Original. (Kalau hilang tak apa)

21 Jul 2012

Selamat mengambut awal ramadhan 1433

Assalamualaikum.

Salah satu antara doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah

Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

DZULFARIZ, remisier dan unit trust consultant







16 Jul 2012


Salam,

Dalam banyak-banyak kelebihan yang saya kongi bersama pembaca, komisyennya ada satu yang saya terlupa nak beritahu pembaca. Maklumlan cerita pasal benda-benda lain pun menarik sangat .

Komisyen adakan 2% dari jualan melalui wang KWSP dan 2.75 untuk tunai. Saya hanya menggunakan wang KWSP maka saya akan gunakan 2 peratus sebagai kommisyen.

Tiap-tiap seorang yang masuk melabut melalui wang KWSP mereka, secara putara (Untuk pelanggan saya purata RM7500 dilaburkan) mereka keluarkan 7500. Seorang itu sahaja akan berikan Ringgit Malaysia seratus lima puluh.

Misal kata pada road show, anda boleh buat sehari tak banyak cuma 6 orang, bermakna anda telah buat kommisyen RM900.  Sekianya anda berkerja ,pun tak banyak,18 hari sebulan, anda dapat kommisyen RM16,200.

Jangan terkejut, memang ini kenyataan. Kalau upline saya tengok saya kiraan ini, dia kata sikit sangat. Dan memang pun sikit sangat. Saya nak buat kiraan yang mampu dicapai nanta ada orang kata “betul ke ni”

Itu tidak dikira incentive trip, iaitu pakej perlancongan.

Nak cari orang boleh melabur melalui KWSP ni tak susah. Pelanggan saya terdiri dari Manager ke atas dan juga daripada dispatch atau kerani pejabat. Senang cerita ,semua orang boleh dikira layak melabur melalui wang KWSP.

Saya menggalakkan anda masuk sekarang, sebab exan dia lebih senang. Ini akan dijadikan susah dalam sikit masa lagi. Market kita akan naik yang banyak dalam 7 tahun kehadapan ini Insya Allah bukan saya pandai-pandai kata.  Kalau betul kita memang tahu bahawa exam dia akan menjadi lebih susah dan  syarat masuk pun jadi susah.

Saya tidak mahu bercerita lebih panjang. Untuk  maklumat lanjut boleh hubungi dfariz@yahoo.com

Keapa sesiapa yang berminat dibawah ini adalah syaratnya.

2 salinan photocopy Kad Pengenalan
 6 keping gambar passport
 Duit RM250 untuk Cute Exam (senang sangat)
 Sign letter of aoth - saya berikan
 Sign Agency Contract - saya berikan
 Sijil spm atau ke atas. mesti credit dalam Mathematik dan Bahasa. Original. (Kalau hilang tak apa)


13 Jul 2012

Pelanggan hendak berjumpa anda buat kali pertama. Apa nak buat

Salam

Apa nak buat? Jangan panik. Itu rezeki

Baca bismillah

Mulakan dengan bismillah. Dan bacalah doa lain seperti yang diberitahu dalam ayat. Ingat lagi bahawa kebun itu bermakna tempat untuk mengambil hasil ekonomi kita.

 Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu, (Al-Kahfi 18:39)

Datang Awal
Jangan terlewat, Datang lewat menunjukkan kita tidak tidak begitu seruis dalam business ni. Biar kita menunggu pelanggan jangan pelanngan menunggu kita.

Beri Business Card.
Sediakan banyak business card. Business card akan menjadi agen marketing secara senyap-senyap.

Saya akan beri kepada orang yang ada di sekitar tempat saya menunggu pelanggan. Sebab itu saya suruh datang awal jadi kita boleh jumpa memberi lebih ramai pelangaan.. Malah, saya akan berikan kepada penyambut tetamu pada ketika itu.

Beri business card akan memberi kenyakinan kepada anda dan akan rasa lebih yakin bila ramai orang bertanya.

Gunakan fakta atau petikan ayat Al-Quran
Kita lebih banyak guna fakta kerana fakta lebih menyakinkan daripada apa yang kita anggap betul. Saya mempunyai senarai beberapa pelanggan yang saya rahsiakan namanya, keuntungannya berapa banyak yang dia capai, tarikh akaun dibuka dan lain-lain untuk dijadikan fakta apabila berjumpa. Anda mungkin boleh guna pocket calculator, FP advisor,  jam pelaburan dan lain-lain lagi.

Carikan keburukan produk dan kegawatan ekonomi
Kita juga tahu cerita mengenai kegawatan kecuali melalui Al-Quran. Kita cerita kepada pelanggan kita tentang kegawatan ekonomi akan datang dan yang lepas. Ceritakan strategi kita.?

Sebelum kegawatan yang besar akan ada ekonomi baik yang teramat sangat. Sehingga dalam Bible ada menceritakan 1 tahun Sabbath cukup untuk 3 tahun Sabbath. Apa strategi kita?

Selain ekonomi, keburukan pouduk juga perlu diketengahkan di sini.

Soalan akan memudahkan kita bercerita tentang produk
Kita tanya pelanggan sekiranya ada soalan. Soalan itu akan memudahkan kita untuk bercerita lebih terperinci mengenai tajuk soalan itu diajukan.

Close sale itu jika boleh hari itu jugak.
Close the sale kejap itu juga kerana masa lain boleh digunakan untuk prospek anda yang lain. Misal pelanggan kata.

“Saya nak berbincang dengan suami/isteri dulu”

Anda yakin suami/isteri akan terima tanpa anda menerangkan padanya?

Kalau saya, saya kata “Encik/Abang/Kakak kat sini nak melabur. Nak tambahkan duit Encik/Abang/Kakak jadi lebih banyak. Suami/Isteri tak akan marah, sebab duit Encik/Abang/Kakak. Kalau nak pergi beli dan bagi perabih duit, masa itu tanya suami/iseri dulu. “

Tanya tentang perpect lain
Tanyalah kau dia boleh beri nama dan  nombor telephone prospec yang lain.

Tanya pelanggan kalau berminat jadi UTC.
Beritahu padanya bahawa dia nampak seperti orang yang kita cari sebagai Konsultan Unit Trust.. Katakan mungkin satu hari saya ajak pergi ke Business Oppurtuniti Preview.

Sabar je lah.

Salam

Anda tentu tertanya-tanya ini blog yang islamic ke? Atau blog untuk unit trust konsultan dan bakal unit trust  konsultan? Banyak betul ayat-ayat Al-Quran dan cerita nabi.

Semua teori saya memang diambil dari Al-Quran dan tidak terdapat dalam buku teks dan sebagainya. Saya cerita mengenai nabi yang terdiri nari Nabi Yusuf, Nabu Lut, Nabi Yusuf dan Nabi Ayyub dan lian-lain lagi di sini. Semua ini akan menjadi satu toeri apabila saya telah cerita semuanya dan saya ceritakan hubungan cerita nabi itu dengan konsep mencari kekayaan.

Diharap semuanya bersabar. Cerita Nabi Ayyub je dah panjang berjela-jela dan saya masih menulis berkenaan konsep tersebut. Konsep yang pernah diajar oleh orang Yahudi kepada saya dan diperbaiki dengan bersabitkan dengan ayat Quran dan Hadis serta beberapa kisah Nabi.

Anda boleh letakkan email anda di "follow by email" supaya dapat semua posting di sini. Atau like di http/www.facebook.com/unittrustconsultants

Dan sekiranya terdapat pembaca yang berminat untuk menjadi konsultant, anda perlu ada

2 salinan photocopy Kad Pengenalan
6 keping gambar passport
Duit RM250 untuk Cute Exam (senang sangat)
Sign letter of aoth - saya berikan
Sign Agency Contract - saya berikan
 Sijil spm atau ke atas. mesti credit dalam Mathematik dan Bahasa. Original. (Kalau hilang tak apa)

email ke dfariz(at)yahoo.com

9 Jul 2012

Kisah Nabi Ayyub - Kesihatan yang tidak dijaga akan memberi kemiskinan berdasarkan kisah Nabi Ayyub.


Salam

Konsultan unit trust dan bakal-bakal konsultan sekalian,

Sebelum ini saya ada menceritakan mengenai pencarian pasangan hidup atau berkahwin atau membuat sesuatu yang menyenangkan pasangan anda adalah salah satu daripada yang menambahkan rezeki dan sebaliknya, merosakkan rumahtangga dengan cara apa sekalipun akan mengurangkan rezeki. Kita tahu bahawa kita semasa bujang, selepas kahwin, selepas anak satu, selepas anak dua dan seterusnya, rezeki itu ada di mana sahaja. Walaupun gaji atau rezeki itu tidaklah naik sehingga berkali ganda, tetapi boleh cukup untuk seorang anak dan cukup untuk anak yang kesepuluh. Saya akan bercerita lagi akan  datang.

Sekarang saya ceritakan mengapa kita perlu beri perhatian kepada kesihatan melalui kisah Nabi Ayyub. Kisah yang memberitahu kita bahawa kesihatan yang tidak dijaga akan menjatuhkan orang yang kaya walaupun mempunyai isteri yang sabar.

Kita ikuti kisahnya yang saya ambil dari laman web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9128.0

Bahawa Nabi Ayyub bin ‘Ish bin Ishaq a.s adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak puteri Nabi Luth a.s. Dan Nabi Ayyub adalah seorang laki-laki yang pandai, bersih, sopan santun serta bijaksana. Sedangkan ayahnya seorang yang kaya raya, memiliki ternak, unta, lembu, domba, kuda, keldai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria) yang dapat menyainginya dalam hal kekayaan.

Ketika dia (Ish bin Ishak) meninggal dunia, maka semua harata kekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub telah berkahwin dengan Siti Rahmah anak puteri Afrayin putera Nabi Yusuf a.s. Dan Allah telah menguniakan 12 kali kehamilan yang tiap2 kali hamil melahirkan 2 orang anak, seorang laki-laki dan seorang perempuan.

Disini saya ingin ceritakan bahawa Nabi Ayyub adalah seorang yang kaya raya sehinnga dikatakan bapanya tidak ditandingi dari sudut kekayaan. Dan Isterinya pula adalah cucu kepada Nabi Yusuf yang pakar dalam ekonomi seperti yang saya ceritakan sebelum ini.

Kemudian dia diutuskan Allah kepada kaumnya, dan mereka adalah penduduk Hauran dan Tiih. Allah swt menyempurnakanya dengan budi pekerti yang baik, lemah lembut selama orang tidak menyalahi, mendustakan, dan mengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya, ayah dan ibunya.

Maka dia menyampaikan beberapa syariat serta membangun beberapa rumah ibadat untuk mereka. Dan Nabi Ayyub a.s mempunyai meja makan yang khusus disediakan untuk tamunya iaitu orang fakir miskin dan tamu lainnya.

Dan adalah ternakanya setiap tahun beranak kembar atau dua-dua namun demikian dia tidak bergembira dengan hal itu sedikitpun dan dia berkata: “Tuhanku, ini semua adalah pemberian Engkau kepada para hamba-Mu di penjara dunia ini, maka bagaimanakah pemberian Engkau di syurga kepada para ahli karamah yang mendapat kemuliaan dari Engkau, di kampong (Hari yang tiada akhirnya) di mana disediakan hidangan?”

Dengan itu semua, Nabi Ayyub a.s tampak tidaklah lupa sedikitpun hatinya bersyukur atas nikmat yang diperolehinya serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Tuhannya.

Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata: “Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan di akhirat dan Iblis ingin merosak salah satu atau kedua-duanya; dunia dan akhirat tersebut.

Lalu Iblis terkutuk, di saat itu naik ke langit yang ke tujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai, pada suatu hari dia naik sebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman kepadanya: “Hai Iblis terkutuk! Bagaimana engkau melihat hambaKu Ayyub? Apaka engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupuan sedikit?”

Kata Iblis: “Tuhanku, sesungguhnya Ayyub mahu menyembahMu kerana engkau telah memberinya kelapangan hidup(harta yang berlimpah) dan kesihatan; kerana tidak kerana hal itu tentu dia tidak menyembahMu, maka dia sebenarnya hamba kesihatan.” Firman Allah swt kepada Iblis: “Engkau dusta! Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui, bahawa sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima kasih kepadaKu, walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia.

Dicerikan disini bahawa Nabi Ayyub telah diberikan kekayaan dan kesihatan. Dua elemen yang penting sehingga apabila kesihatan tidak dijaga maka tiada guna kekayaan. Kita ikuti kisah seteusnya.

Kata Iblis: “Tuhanku, berilah aku kekutan untuk menggoda Ayyub; maka perhatikanlah bagaimana saya membuat dia lupa mengingatiMu dan menyibukan dia dari berbuat ibadat kepadaMu.”

Maka Allah pun memberikan kekuasaan kepada Iblis terhadap sesuatunya, kecuali jiwa(hati) dan lidah(ucapanya) Nabi Ayyub.

Maka Iblis kembali dan menuju ke tepi laut lalu berseru dengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa Jin baik laki-laki dan wanita berkumpul di sisinya seraya berkata: “Apakah gerangan yang menimpa engkau?” Iblis menjawab: “Sesungguhnya saya mendapat kesempatan yang belum pernah saya perolehi seperti hal ini, semenjak saya telah berhasil mengeluarkan Adam dari syurga. Maka oleh sebab itu, bantulah saya dalam memperdayakan Ayyub.”

Maka mereka cepat-cepat bertebaran dan membakar serta merosakan semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s. Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s yang dia sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadahnya.

Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu dalam keadaan yang kritikal ini, sesungguhnya Dia Tuhanmu telah menuangkan api dari langit, yang memusnahkan semua harta kekayaanmu, sehingga semuanya menjadi abu?” Nabi Ayyub tidak menjawabnya, sampai dia selesai merampungkan solatnya, lalu berkata: “Alhamdulillah! Dia yang telah memberikan kurnia lalu mengambilnya pula dari saya.” Lalu dia bangkit kembali memulai solatnya.

Maka Iblis pun pulang dengan tangan hampa, serta merasa terhina dan menyesali terhadap kegagalannya. Dan Nabi Ayyub itu mempunyai 14 orang anak, lapan lelaki dan enam orang wanita, dan mereka makan setiap harinya di rumah-rumah saudaranya, sedangkan waktu itu mereka sedang di rumah saudaranya yang terbesar, namanya Hurmula.

Maka berkumpullah para syaitan dan mengelilingi rumah itu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub a.s sehingga mereka itu mati semuanya di satu meja makan. Di antara mereka, ada yang sedang memasukan sesuap makanan ke dalam mulutnya dan ada pula yang sedang memegang gelas di tanganya.

Maka Iblis pergi kepada Ayyub, sedangkan dia(Ayyub) dalam keadaan berdiri menunaikan solat. Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu! dan sesungguhnya Dia telah melempar ke rumah di mana anak-anak mu berada, sehingga mereka mati semuanya?”

Nabi Ayyub tidak menjawab sedikitpun, sampai dia selesai mengerjakan solatnya. Lalu Nabi Ayyub berkata: “Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah! Dia telah member dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk laki-laki dan wanita, maka Dia (Allah) mengambilnya dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.”

Iblis pun kembali dengan tangan hampa, rugi besar dan terkutuk. Lalu Iblis datang kembali, sedangkan Nabi Ayyub sedang mengerjakan solat. Maka ketika Nabi Ayyub sujud, Iblis meniupkan di hidung dan mulutnya sampai badan Nabi Ayyub a.s berkembang dan berpeluh banyak sekali dan dia merasa badannya menjadi berat.

Berkata isterinya Rahmah: “Ini semua adalah dari sebab dari kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan anak-anak yang telah mati, sedangkan engkau tetap beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari tanpa henti-hentinya, walaupun satu saat dan masih juga tidak merasa cukup.” Lalu Nabi Ayyub a.s terkena penyakit kudis seluruh tubuhnya, mulai dari kepala sampai ke kakinya, bahkan mengalir dari badannya darah bercampur nanah serta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya. Sampai-sampai sanak keluarganya dan teman-temannya menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Ayyub a.s mempunyai tiga isteri; maka yang dua minta cerai dan diapun menceraikannya dan tinggal satu iaitu Rahmah, yang selalu melayaninya siang malam sehingga datanglah para wanita tetangganya seraya berkata: “Hai Rahmah! Kami semua takut kalau penyakit suamimu Ayyub akan menjalar kepada anak-anak kami. Maka keluarkanlah dia dari lingkungan kita bertetangga ini dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan engkau disini dengan cara paksa!!”

Disini diterangkan bahawa disebabkan oleh penyakit yang dialami oleh Nabi Ayyub, maka bekas isteri Nabi Ayyub turut menghalau Nabi Ayyub dara rumahnya. Amatlah kejam manusia ini sehingga dari mana ia berasal sudah dilupakan. Nabi Ayyub telah  lapan puluh tahun diberi kesihatan yang sempurna tetapi penyakit yang telah menular hanya beberapa tahun sahaja tetapi tidak dapat diterima oleh bekas isteri Nabi Ayyub.

Maka Siti Rahmah pergi dengan membungkus pakaiannya, serta membawanya (Nabi Ayyub a.s) dan berseru dengan suara yang keras: “Duhai,berat nian, kami harus pergi merantau dan berpisah; mereka telah mengusir kami dari negeri kami dan kampong kami.” Dan dia mendukung Nabi Ayyub di punggungnya sedangkan air mata mengalir di pipinya, serta pergi jauh sambil menangis ke bekas rumah yang sudah rosak yang dijadikan tempat pembuangan sampah dan meletakkan Nabi Ayyub di atas sampah. Lalu keluarlah penduduk desa itu dan mereka melihat keadaan Nabi Ayyub, maka mereka berkata: “Bawalah suamimu itu jauh-jauh dari kami, kalau tidak maka akan kami bawakan anjing-anjing kami biar memakannya.”

Dari cerita ini, bekas isteri Nabi Ayyub dikhabarkan sanggup membawa anjing-anjing sepaya memakan Nabi Ayyub. Kita telah tahu Nabi Ayyub menghadapi penyakit kulit yang berdarah akibat digaru. Anjing memang gemar kepada keadaan begini.

Siti Rahmah pun membawanya sambil menangis ketempat yang jauh dan meletakkannya di tempat itu, kemudian datang lagi dengan membawa kapak dan tali temali, untuk membuat rumah dari kayu. Kemudian dia datang lagi dengan membawa rajutan tikar dan menghamparkannya di bawah Nabi Ayyub dan diambilkannya pula batu untuk bantalnya dan membawa tempat air yang biasa digunakan oleh para penggembala untuk minum binatang-binatang ternak mereka.


Dari keadaan kaya raya hingga ke keadaan fakir yang digambarkan disini. Ia  memang sesuatu amat sukar diterima oleh akal bahawa ini berlaku tetapi berlaku di sini dan berlaku ke atas seorang Nabi.

Kemudian Siti Rahmah pergi ke sebuah desa, maka Nabi Ayyub memanggilnya: “Kembalikan engkau, dan saya berpesan kepadamu, seandainya engkau hendak pergi bebas dariku dan akan meninggalkan aku di sini.” Kata Siti Rahmah: “Engkau jangan khuatir, wahai suamiku, sesungguhnya saya tidak akan m eninggalkan engkau selama hayat di kandung badan.”

Diberitahu disini bahawa Nabi Ayyub mempunyai seorang isteri yang amat tabah. Nabi Ayyub mempunyai tiga orang isteri tetapi dua telah diceraikan. Tinggal Rahmah  puteri  kepada putera Nabi Yusuf ada sebagai isteri Nabi Ayyub. Mengapakah isterinya masih sabar dengan apa yang terjadi? Mungkinkan Rahmah itu lebih mengetahui kebaikan menjadi orang yang sabar? Mungkinkan bahawa isteri sebagai tanah yang suci itu membuatkan ia sabar seperti juga Nabi Yusuf yang dihumban ke dalam telaga dan dipenjarakan? Inikan juga yang hendak dikhabarkan dikhabarkan disini.

Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah desa dan bekerja setiap hari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya Ayyub. Lalu hal itu diketahui oleh penduduk desa itu, bahawa dia adalah isteri Ayyub. Maka mereka tidak mahu lagi memberinya pekerjaan, malahan mereka berkata: “Pergilah engkau jauh-jauh kerana kami merasa jijik kepadamu.”

Maka Siti Rahmah menangis dan berdoa: “ Ya Tuhanku, Engkau talah melihat keadaanku, sesungguhnya terasa sempit dunia ini bagiku, sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia ini, maka janganlah Engkau kiranya merendahkan kami di akhirat kelak, ya tuhanku. Mereka telah mengusir kami dari Rumah Engkau kelak di hari kiamat.”

Siti Rahmah pun pergi kepada seorang penjual roti sambil berkata: “Sesungguhnya pujaanku Ayyub telah lapar, maka sudilah kiranya engkau memberikan hutang kepada saya berupa roti?” kata wanita itu: “Pergilah engkau jauh-jauh dari saya, supaya suamiku tidak melihatmu, tetapi berilah ikatan sanggulmu.” Siti Rahmah mempunyai dua belas kepang rambut yang panjangnya sampai ke tanah. Panjang rambutnya yang ikal itu indah sekali, sama dengan yang didapatkan oleh Nabi Yusuf a.s.

Nabi Ayyub sangat senang sekali dengan sanggul ikal tersebut. Maka datanglah wanita penjual roti dengan membawa gunting dan memotong kepang rambut serta memberikan 4 potong roti kepada Siti Rahmah. Kata Siti Rahmah: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya perbuatanku ini hanya lah kerana ketaatanku kepada suami dan untuk memberi makan kepada Nabi Mu, maka telah ku jual rambutku.”

Maka ketika Nabi Ayyub melihat roti yang masih segar serta utuh, dia sangat memperhatikannya dan menyangka bahawa isterinya telah menjual dirinya maka dia bersumpah, seandainya Allah telah menyembuhkannya, dia akan memukul isterinya 100 jilid.

100 jilid itu seperti yang kemudian difirmankan Allah swt sebagai tebusan dari sumpahnya:

“Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput, lalu pukulkanlah kepadanya(isterimu) dan kamu tidak terkena sumpah.”

Ketika hukuman itu telah dilaksanakan, maka Nabi Ayyub menangis seraya berkata: “Wahai tuhanku! Telah hilang daya upaya ku, sehingga sampai sebuah persoalan, isteri Nabi Mu telah menjual rambutnya, semata-mata untuk memberi nafkah untuk diriku.”

Kata Siti Rahmah: “Wahai suamiku, janganlah engkau bersusah hati pada hari ini, sesungguhnya rambut ku itu akan tumbuh kembali dengan lebih baik(indah) daripada yang sudah.” Lalu Siti Rahmah memotong roti dan memberikan makan kepadanya serta duduk disampingnya.

Adalah Nabi Ayyub, tiap-tiap ada ulat yang terjatuh dari badannya, maka diambilnya dan diletakkannya kembali dibadanya dan dia berkata: “Makanlah olehmu setiap apa-apa yang telah direzekikan kepadamu oleh Allah swt.” Maka tidak tertinggal dagingnya dan hanyalah tinggal tulang-belulang yang dilapisi kulit dengan jaringan saraf saja yang Nampak.

Apabila matahari menyinarinya, maka sinar itu seakan-akan tembus dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah hati dan lidahnya. Hatinya tidak pernah kosong dari rasa syukur kepada Allah dan lidahnya tidak pernah diam dari zikir kepada Allah.Ada diriwayatkan bahawa Nabi Ayyub mengalami sakit seperti itu selama 18 tahun.

Pada suatu hari Siti Rahmah berkata kepada Nabi Ayyub: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah swt supaya Dia (Allah) menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub a.s kepada Siti Rahmah: “Lapan puluh tahun.” Kata Nabi Ayyub: “Sesungguhnya saya merasa malu kepada Allah swt, untuk meminta kepadaNya sebab waktu cubaanNya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.”

Disini ada diceritakan bahawa Nabi Ayyub tidak berdoa kerana merasa malu untuk meminta kepada Allah kerana tempoh kesenangan yang diberi oleh Allah terlalu besar dan terlalu lama iaitu lapan puluh tahun. Adalah sepatutnya bagi kita supaya sentiasa berdoa untuk apa-apa hajat dan mengambil iktibar dari cerita ini.

Dan ketika pada badan Nabi Ayyub sudah tidak ada lagi daging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling memakan di antara mereka, hingga akhirnya tinggal 2 ekor ulat yang selalu berkeliaran di badan Nabi Ayyub dalam usaha mencari makan daging, tidak mereka dapatkan kecuali hati dan lidahnya. Maka yang satu pergi ke hati dan memakan hatinya dan satu lagi pergi ke lidah dan menggigitnya.

Disaat itulah Nabi Ayyub a.s berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat, sedangkan Engkau Zat Yang Maha Pengasih.”Hal ini tidaklah termasuk dalam kategori keluh kesah dan tidak pula bererti keluar dari golongan orang yang sabar. Oleh kerana itu Allah swt berfirman: “Sesungguhnya dia Kami dapatkan sebagai orang yang sabar.”

Kerana sesungguhnya, Nabi Ayyub itu tidak bersusah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya, yang telah hilang musnah, bahkan dia merasa susah kerana cemas terputus “dari syukur dan zikir” kepada Allah swt. Maka seakan akan dia berkata: “Tuhanku, aku bersabar atas segala cubaanMu selama hatiku masih sibuk untuk bersyukur kepada Mu dan lidahku dapat berzikir kepada Mu, dan apabila keduanya itu telah rosak (hilang) daripadaku, bererti terputuslah cintaku dan zikirku pada Mu. Maka aku tidak menjadi bersabar terhadap terputusnya keduanya itu, sedangkan engkau Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

Kemudian Allah swt memberikan wahyu kepadanya: “Ya Ayyub, lidah, hati dan ulat adalah milik Ku, sedangkan rasa sakitpun milik Ku, apakah ertinya susah?”

Diterangkan pula: “Bahawa Allah swt memberikan wahyu kepadanya: “Sesungguhnya ada 70 orang Nabi yang meminta, seperti halmu ini kepada Ku, dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan kemuliaanmu dan ini hanya bentuk lahirnya saja bencana, akan tetapi hakikatnya cinta-kasih.” Dan sesungguhnya Nabi Ayyub merasa susah kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah swt, kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi bertafakkur dan berzikir kepadaNya.

Lalu Allah swt menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayyub, maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia.

Adalah menjadi permahaman saya bahawa lintah dan lebah menjadi menjadi dua makluk yang memberi faedah kepada manusia terutama penyakit kulit.

Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s dengan membawa 2 buah delima dari syurga. Kata Nabi Ayyub a.s : “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaKu?” Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruh mu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.”

Juga menjadi pemahaman saya bawa dua biji buah delima juga menjadi ubat untuk penyakit kulit.

Ketika Nabi Ayyub memakan kedua delima itu, Jibril a.s berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub pun berdiri. Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub memukulkan kakinya yang kanan ke tanah sehinggalah keluar air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga dia minum dari air tersebut.

Kemudian, hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar mahupun di bahagian dalam. Dan tunuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula, wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama. Sebagaimana firman Allah swt:

“ Maka Kami terima dan kabulkan doanya, dan Kami hilangkan semua penyakit yang membahayakan dan Kami kembalikan semua keluarganya dan seperti mereka dahulu bersama-sama dengannya.”

Alah telah mengkabulkan doanya dan menghilangkan segala penyakit yang merbahayakan dan kembalilah Nabi Ayyub dari kefakiran yang amat sangat kepada kekayaan yang melimpah ruah seperti asalnya, Di sini juga bermaksud pemulihan dari penyakit atau kesihatan yang terjaga adalah satu prasyarat untuk kekayaan yang melimpah ruah.

Kata Imam Muqattil: Allah telah menghidupkan mereka dan member rezeki kepada Nabi Ayyub semula.
Kata Adh Dhahhak: Allah swt member wahyu kepadanya: “Apakah kamu ingin supaya mereka (anak-anakmu) Kami bangkitkan?” Kata Nabi Ayyub: “Ya Tuhanku, biarkanlah mereka itu disyurga”, maka dengan ini, maka datanglah keluarganya di akhirat, dan Allah swt memberikan kepadanya, hal-hal seperti yang diberikan kepada mereka di dunia, dengan telah lahirnya beberapa orang anak, yang demikian itu sebagai “Rahmat” atau “Nikmat” dari Kami”, untuk Nabi Ayyub dan “sebagai peringatan”, atau nasihat bagi orang-orang yang beribadah”, supaya mereka mengetahui bahawa bala bencana atau cubaan yang paling hebat itu kepada para Nabi, lalu kepada para Wali, kemudian kepada yang sepertinya dan demikian seterusnya. Maka hendaklah mereka berbuat seperti mereka telah perbuat dan bersabar seperti mana mereka yang telah bersabar.

Dari sini dapatlah diketahui bahawa jalan kepada Allah untuk perbuatan yang baik itu lebih dekat daripada pemberian yang baik.

Maka tamatlah sudah kisah Kesabaran Nabi Allah Ayyub a.s.
Saya sangat berharap para pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut.
Kisah di atas dipetik daripada Kitab Duratun Nasihin.
Pada bab Kisah Kesabaran Nabi Ayyub. m/s: 722-731.
Apa yang baik dari Allah dan apa yang kurang adalah dari kelemahan diri saya.
Wassalam..

Saya berikan ucapan terima kasih kepada laman web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9128.0 yang memuatkan cerita ini yang saya cut and paste di sini.

Kita perlu melihat kepada kesan yang berpunca daripada perbuatan kita. Dari kisah ini kita lihat kurus kering sehingga tinggal pembalut tulang menjadi kesan kepada kesihatan yang tidak terjaga. Juga badan yang gemuk adalah kesan dari, contohnya, makan yang terlebih-lebih. Kita boleh kaji sama ada darah tinggi, kencing manis, gaut dan kita boleh mengkaji sama ada kita telah mencari penyelesaian dan telah cukup melakukan atau cukup makan dan minum atau mengurangkan makan dan minum atau telah cukup mandi dalam air yang berubat.

Untuk penyelesaian penyakit mengikut apa yang diceritan di sini, bagi pendapat saya, ialah

1)      Jibril memberikan 2 biji buah delima bermakna makan dengan betul
2)      Ulat-ulat yang jatuh ke tanah bermakna sebelum penyakit kulit sembuh terdapat tanda-tanda awal seperti ulat yang jatuh ke tanah atau mati. Kemudian akan pulih sepenuhnya.
3)      Jibril suruh bangun dan berjalan bermakna buatlah senaman
4)      Keluar air panas untuk mandi bermaksud air panas semulajadi baik penyakit kulit
5)      Keluar air yang dingin untuk mandi bermaksud air perlu diminum lebih banyak untuk menghilangkan penyakit.

Saya teringat kisah seorang dari konsultan unit trust, yang sebelum ia memasuki unit trust di adalah orang penting di syarikat tersenai di Bursa Malaysia. Dia banyak perjalan ke Hong Kong, Amerika Syakikat, Thailand dan beberapa negara lain atas urusan rasmi syarikat. Pada suatu hari ,di lapangan terbang, beliau merasa sakit di dada. Selepas diperiksa oleh doktor didapati dia dapati yang penyakitnya adalah sakit jantung. Doktor itu bertanya “barapa kali awak bersenam dalam seminggu.” Dia menjawab “Tidak ada buat senaman. Saya sibuk ke luar negara.” Selepas berbincang dengan doctor tersebut dia pun menghantar surat untuk berhenti kerja pada hari yang sama. Beliau masuk industri unit trust dan perdapatannya hampir tiga kali ganda.

Sudahkah anda berfikir masa yang anda luangkan untuk kesihatan anda? Seminggu mempunyai 168 jam, berapa jamkah anda betul-betul menjaga kesihatan anda. Adalah anda sibuk dengan kerjaya anda dan anda tidak dapat menjaga kesihatan anda.  Fikirkan.

Ini mungkin sebahagin kecil dari yang hendak saya ceritakan. Iaitu kurang lima peratus daripada apa yang hendak disampaikan. Bakal konsultan sekalian, sekiranya anda ingin menyetahui lebih lanjut, masuklah sebagai unit trust konsultan di bawah saya.

Di sini pengajaran dalam bidang ekonomi yang dapat diberikan ialah  
1)Kesihatan adalah penting bagi kita dan tanpanya kita tidak dihormati dan kekayaan pun tidak berguna malah menjadi musuh kita. Kita kena jaga kesihatan dengan bersenam  selalu contohnya dan memakan makanan yang sepatutnya juga sebagai contoh dan juga dengan berdoa kepada Allah supaya dukurniakan kesihatan yang baik. Apa yang berlaku disini ialah Nabi  yang tidak menjaga kesihatan atas sebab merasa malu terhadap apa yang diberi oleh Allah. Usaha tanpa doa adalah dikatakan tidak mencukupi.

2) Perlunya isteri dalam mendapatkan kekayaan. Berbuat baiklah terhadap isteri kamu dan rezeki itu datang dari arah yang kamu tidak ketahui.

Para konsultan unit trust  dan bakal konsultan sekalian, saya mencerita hal ekonomi dari beberapa kisah nabi untuk memberi peringatan kepada kita tentang kesihatan. Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa kesihatan itu penting dan tanpanya tidak berguna kekayaan.  Dan ada beberapa sebab yang akan saya kaitkan beberapa kisah nabi ini untuk kita mendapat kekayaan. Ia akan diterangkan dalam posting yang akan datang.

Lawatilah blog saya di http://blog.pakarsaham.com atau http://kitaranekonomi.blogspot.com

Bakal konsultan boleh hubungi penulis di cekapsaham@yahoo.com. --Dzulfariz

Makam Si Bongkok.

Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...