Salam
Konsultan
unit trust dan bakal-bakal konsultan sekalian,
Sebelum
ini saya ada menceritakan mengenai pencarian pasangan hidup atau berkahwin atau
membuat sesuatu yang menyenangkan pasangan anda adalah salah satu daripada yang
menambahkan rezeki dan sebaliknya, merosakkan rumahtangga dengan cara apa
sekalipun akan mengurangkan rezeki. Kita tahu bahawa kita semasa bujang,
selepas kahwin, selepas anak satu, selepas anak dua dan seterusnya, rezeki itu
ada di mana sahaja. Walaupun gaji atau rezeki itu tidaklah naik sehingga
berkali ganda, tetapi boleh cukup untuk seorang anak dan cukup untuk anak yang
kesepuluh. Saya akan bercerita lagi akan datang.
Sekarang
saya ceritakan mengapa kita perlu beri perhatian kepada kesihatan melalui kisah
Nabi Ayyub. Kisah yang memberitahu kita bahawa kesihatan yang tidak dijaga akan
menjatuhkan orang yang kaya walaupun mempunyai isteri yang sabar.
Kita
ikuti kisahnya yang saya ambil dari laman web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9128.0
Bahawa Nabi Ayyub bin ‘Ish bin
Ishaq a.s adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak puteri Nabi Luth
a.s. Dan Nabi Ayyub adalah seorang laki-laki yang pandai, bersih, sopan santun
serta bijaksana. Sedangkan ayahnya seorang yang kaya raya, memiliki ternak,
unta, lembu, domba, kuda, keldai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria ) yang
dapat menyainginya dalam hal kekayaan.
Ketika dia (Ish bin Ishak) meninggal
dunia, maka semua harata kekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s. Nabi
Ayyub telah berkahwin dengan Siti Rahmah anak puteri Afrayin putera Nabi Yusuf
a.s. Dan Allah telah menguniakan 12 kali kehamilan yang tiap2 kali hamil
melahirkan 2 orang anak, seorang laki-laki dan seorang perempuan.
Disini saya ingin ceritakan bahawa Nabi Ayyub adalah seorang
yang kaya raya sehinnga dikatakan bapanya tidak ditandingi dari sudut kekayaan.
Dan Isterinya pula adalah cucu kepada Nabi Yusuf yang pakar dalam ekonomi
seperti yang saya ceritakan sebelum ini.
Kemudian dia diutuskan Allah
kepada kaumnya, dan mereka adalah penduduk Hauran dan Tiih. Allah swt menyempurnakanya
dengan budi pekerti yang baik, lemah lembut selama orang tidak menyalahi,
mendustakan, dan mengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya,
ayah dan ibunya.
Maka dia menyampaikan beberapa
syariat serta membangun beberapa rumah ibadat untuk mereka. Dan Nabi Ayyub a.s
mempunyai meja makan yang khusus disediakan untuk tamunya iaitu orang fakir
miskin dan tamu lainnya.
Dan adalah ternakanya setiap
tahun beranak kembar atau dua-dua namun demikian dia tidak bergembira dengan
hal itu sedikitpun dan dia berkata: “Tuhanku, ini semua adalah pemberian Engkau
kepada para hamba-Mu di penjara dunia ini, maka bagaimanakah pemberian Engkau
di syurga kepada para ahli karamah yang mendapat kemuliaan dari Engkau, di
kampong (Hari yang tiada akhirnya) di mana disediakan hidangan?”
Dengan itu semua, Nabi Ayyub a.s
tampak tidaklah lupa sedikitpun hatinya bersyukur atas nikmat yang
diperolehinya serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Tuhannya.
Maka Iblis dengki kepadanya,
seraya berkata: “Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan di akhirat dan Iblis
ingin merosak salah satu atau kedua-duanya; dunia dan akhirat tersebut.
Lalu Iblis terkutuk, di saat itu
naik ke langit yang ke tujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai, pada suatu
hari dia naik sebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman
kepadanya: “Hai Iblis terkutuk! Bagaimana engkau melihat hambaKu Ayyub? Apaka
engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupuan sedikit?”
Kata Iblis: “Tuhanku,
sesungguhnya Ayyub mahu menyembahMu kerana engkau telah memberinya kelapangan
hidup(harta yang berlimpah) dan kesihatan; kerana tidak kerana hal itu tentu
dia tidak menyembahMu, maka dia sebenarnya hamba kesihatan.” Firman Allah swt
kepada Iblis: “Engkau dusta! Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui, bahawa
sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima kasih kepadaKu, walaupun dia
tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia.
Dicerikan disini bahawa Nabi Ayyub
telah diberikan kekayaan dan kesihatan. Dua elemen yang penting sehingga
apabila kesihatan tidak dijaga maka tiada guna kekayaan. Kita ikuti kisah
seteusnya.
Kata Iblis: “Tuhanku, berilah
aku kekutan untuk menggoda Ayyub; maka perhatikanlah bagaimana saya membuat dia
lupa mengingatiMu dan menyibukan dia dari berbuat ibadat kepadaMu.”
Maka Allah pun memberikan
kekuasaan kepada Iblis terhadap sesuatunya, kecuali jiwa(hati) dan
lidah(ucapanya) Nabi Ayyub.
Maka Iblis kembali dan menuju ke
tepi laut lalu berseru dengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa
Jin baik laki-laki dan wanita berkumpul di sisinya seraya berkata: “Apakah
gerangan yang menimpa engkau?” Iblis menjawab: “Sesungguhnya saya mendapat
kesempatan yang belum pernah saya perolehi seperti hal ini, semenjak saya telah
berhasil mengeluarkan Adam dari syurga. Maka oleh sebab itu, bantulah saya
dalam memperdayakan Ayyub.”
Maka mereka cepat-cepat
bertebaran dan membakar serta merosakan semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s.
Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s yang dia sedang berdiri menunaikan
solat di dalam rumah ibadahnya.
Kata Iblis: “Apakah engkau tetap
menyembah Tuhanmu dalam keadaan yang kritikal ini, sesungguhnya Dia Tuhanmu
telah menuangkan api dari langit, yang memusnahkan semua harta kekayaanmu,
sehingga semuanya menjadi abu?” Nabi Ayyub tidak menjawabnya, sampai dia
selesai merampungkan solatnya, lalu berkata: “Alhamdulillah! Dia yang telah
memberikan kurnia lalu mengambilnya pula dari saya.” Lalu dia bangkit kembali
memulai solatnya.
Maka Iblis pun pulang dengan
tangan hampa, serta merasa terhina dan menyesali terhadap kegagalannya. Dan
Nabi Ayyub itu mempunyai 14 orang anak, lapan lelaki dan enam orang wanita, dan
mereka makan setiap harinya di rumah-rumah saudaranya, sedangkan waktu itu
mereka sedang di rumah saudaranya yang terbesar, namanya Hurmula.
Maka berkumpullah para syaitan
dan mengelilingi rumah itu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub a.s
sehingga mereka itu mati semuanya di satu meja makan. Di antara mereka, ada
yang sedang memasukan sesuap makanan ke dalam mulutnya dan ada pula yang sedang
memegang gelas di tanganya.
Maka Iblis pergi kepada Ayyub,
sedangkan dia(Ayyub) dalam keadaan berdiri menunaikan solat. Kata Iblis:
“Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu! dan sesungguhnya Dia telah melempar ke
rumah di mana anak-anak mu berada, sehingga mereka mati semuanya?”
Nabi Ayyub tidak menjawab
sedikitpun, sampai dia selesai mengerjakan solatnya. Lalu Nabi Ayyub berkata:
“Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah! Dia telah member dan mengambilnya pula dari
saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk laki-laki dan wanita, maka Dia
(Allah) mengambilnya dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk
beribadah kepada Tuhan saya.”
Iblis pun kembali dengan tangan
hampa, rugi besar dan terkutuk. Lalu Iblis datang kembali, sedangkan Nabi Ayyub
sedang mengerjakan solat. Maka ketika Nabi Ayyub sujud, Iblis meniupkan di
hidung dan mulutnya sampai badan Nabi Ayyub a.s berkembang dan berpeluh banyak
sekali dan dia merasa badannya menjadi berat.
Berkata isterinya Rahmah: “Ini
semua adalah dari sebab dari kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan
anak-anak yang telah mati, sedangkan engkau tetap beribadah di waktu malam dan
berpuasa di siang hari tanpa henti-hentinya, walaupun satu saat dan masih juga
tidak merasa cukup.” Lalu Nabi Ayyub a.s terkena penyakit kudis seluruh
tubuhnya, mulai dari kepala sampai ke kakinya, bahkan mengalir dari badannya
darah bercampur nanah serta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya.
Sampai-sampai sanak keluarganya dan teman-temannya menjauhkan diri daripadanya.
Nabi Ayyub a.s mempunyai tiga
isteri; maka yang dua minta cerai dan diapun menceraikannya dan tinggal satu
iaitu Rahmah, yang selalu melayaninya siang malam sehingga datanglah para
wanita tetangganya seraya berkata: “Hai Rahmah! Kami semua takut kalau penyakit
suamimu Ayyub akan menjalar kepada anak-anak kami. Maka keluarkanlah dia dari
lingkungan kita bertetangga ini dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan
engkau disini dengan cara paksa!!”
Disini diterangkan bahawa disebabkan oleh penyakit yang
dialami oleh Nabi Ayyub, maka bekas isteri Nabi Ayyub turut menghalau Nabi
Ayyub dara rumahnya. Amatlah kejam manusia ini sehingga dari mana ia berasal
sudah dilupakan. Nabi Ayyub telah lapan
puluh tahun diberi kesihatan yang sempurna tetapi penyakit yang telah menular
hanya beberapa tahun sahaja tetapi tidak dapat diterima oleh bekas isteri Nabi
Ayyub.
Maka Siti Rahmah pergi dengan
membungkus pakaiannya, serta membawanya (Nabi Ayyub a.s) dan berseru dengan
suara yang keras: “Duhai,berat nian, kami harus pergi merantau dan berpisah;
mereka telah mengusir kami dari negeri kami dan kampong kami.” Dan dia
mendukung Nabi Ayyub di punggungnya sedangkan air mata mengalir di pipinya,
serta pergi jauh sambil menangis ke bekas rumah yang sudah rosak yang dijadikan
tempat pembuangan sampah dan meletakkan Nabi Ayyub di atas sampah. Lalu
keluarlah penduduk desa itu dan mereka melihat keadaan Nabi Ayyub, maka mereka
berkata: “Bawalah suamimu itu jauh-jauh dari kami, kalau tidak maka akan kami
bawakan anjing-anjing kami biar memakannya.”
Dari cerita ini, bekas isteri Nabi Ayyub dikhabarkan sanggup
membawa anjing-anjing sepaya memakan Nabi Ayyub. Kita telah tahu Nabi Ayyub
menghadapi penyakit kulit yang berdarah akibat digaru. Anjing memang gemar
kepada keadaan begini.
Siti Rahmah pun membawanya
sambil menangis ketempat yang jauh dan meletakkannya di tempat itu, kemudian
datang lagi dengan membawa kapak dan tali temali, untuk membuat rumah dari
kayu. Kemudian dia datang lagi dengan membawa rajutan tikar dan
menghamparkannya di bawah Nabi Ayyub dan diambilkannya pula batu untuk
bantalnya dan membawa tempat air yang biasa digunakan oleh para penggembala
untuk minum binatang-binatang ternak mereka.
Dari keadaan kaya raya hingga ke keadaan fakir yang
digambarkan disini. Ia memang sesuatu
amat sukar diterima oleh akal bahawa ini berlaku tetapi berlaku di sini dan
berlaku ke atas seorang Nabi.
Kemudian Siti Rahmah pergi ke
sebuah desa, maka Nabi Ayyub memanggilnya: “Kembalikan engkau, dan saya
berpesan kepadamu, seandainya engkau hendak pergi bebas dariku dan akan
meninggalkan aku di sini.” Kata Siti Rahmah: “Engkau jangan khuatir, wahai
suamiku, sesungguhnya saya tidak akan m eninggalkan engkau selama hayat di
kandung badan.”
Diberitahu disini bahawa Nabi Ayyub mempunyai seorang isteri
yang amat tabah. Nabi Ayyub mempunyai tiga orang isteri tetapi dua telah
diceraikan. Tinggal Rahmah puteri kepada putera Nabi Yusuf ada sebagai isteri
Nabi Ayyub. Mengapakah isterinya masih sabar dengan apa yang terjadi?
Mungkinkan Rahmah itu lebih mengetahui kebaikan menjadi orang yang sabar?
Mungkinkan bahawa isteri sebagai tanah yang suci itu membuatkan ia sabar
seperti juga Nabi Yusuf yang dihumban ke dalam telaga dan dipenjarakan? Inikan
juga yang hendak dikhabarkan dikhabarkan disini.
Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah
desa dan bekerja setiap hari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya
Ayyub. Lalu hal itu diketahui oleh penduduk desa itu, bahawa dia adalah isteri
Ayyub. Maka mereka tidak mahu lagi memberinya pekerjaan, malahan mereka
berkata: “Pergilah engkau jauh-jauh kerana kami merasa jijik kepadamu.”
Maka Siti Rahmah menangis dan
berdoa: “ Ya Tuhanku, Engkau talah melihat keadaanku, sesungguhnya terasa
sempit dunia ini bagiku, sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia
ini, maka janganlah Engkau kiranya merendahkan kami di akhirat kelak, ya tuhanku.
Mereka telah mengusir kami dari Rumah Engkau kelak di hari kiamat.”
Siti Rahmah pun pergi kepada
seorang penjual roti sambil berkata: “Sesungguhnya pujaanku Ayyub telah lapar,
maka sudilah kiranya engkau memberikan hutang kepada saya berupa roti?” kata
wanita itu: “Pergilah engkau jauh-jauh dari saya, supaya suamiku tidak
melihatmu, tetapi berilah ikatan sanggulmu.” Siti Rahmah mempunyai dua belas
kepang rambut yang panjangnya sampai ke tanah. Panjang rambutnya yang ikal itu
indah sekali, sama dengan yang didapatkan oleh Nabi Yusuf a.s.
Nabi Ayyub sangat senang sekali
dengan sanggul ikal tersebut. Maka datanglah wanita penjual roti dengan membawa
gunting dan memotong kepang rambut serta memberikan 4 potong roti kepada Siti
Rahmah. Kata Siti Rahmah: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya perbuatanku ini hanya
lah kerana ketaatanku kepada suami dan untuk memberi makan kepada Nabi Mu, maka
telah ku jual rambutku.”
Maka ketika Nabi Ayyub melihat
roti yang masih segar serta utuh, dia sangat memperhatikannya dan menyangka
bahawa isterinya telah menjual dirinya maka dia bersumpah, seandainya Allah
telah menyembuhkannya, dia akan memukul isterinya 100 jilid.
100 jilid itu seperti yang
kemudian difirmankan Allah swt sebagai tebusan dari sumpahnya:
“Dan ambillah dengan tanganmu
seikat rumput, lalu pukulkanlah kepadanya(isterimu) dan kamu tidak terkena
sumpah.”
Ketika hukuman itu telah
dilaksanakan, maka Nabi Ayyub menangis seraya berkata: “Wahai tuhanku! Telah
hilang daya upaya ku, sehingga sampai sebuah persoalan, isteri Nabi Mu telah
menjual rambutnya, semata-mata untuk memberi nafkah untuk diriku.”
Kata Siti Rahmah: “Wahai
suamiku, janganlah engkau bersusah hati pada hari ini, sesungguhnya rambut ku
itu akan tumbuh kembali dengan lebih baik(indah) daripada yang sudah.” Lalu
Siti Rahmah memotong roti dan memberikan makan kepadanya serta duduk
disampingnya.
Adalah Nabi Ayyub, tiap-tiap ada
ulat yang terjatuh dari badannya, maka diambilnya dan diletakkannya kembali
dibadanya dan dia berkata: “Makanlah olehmu setiap apa-apa yang telah
direzekikan kepadamu oleh Allah swt.” Maka tidak tertinggal dagingnya dan
hanyalah tinggal tulang-belulang yang dilapisi kulit dengan jaringan saraf saja
yang Nampak.
Apabila matahari menyinarinya,
maka sinar itu seakan-akan tembus dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah
hati dan lidahnya. Hatinya tidak pernah kosong dari rasa syukur kepada Allah
dan lidahnya tidak pernah diam dari zikir kepada Allah.Ada diriwayatkan bahawa
Nabi Ayyub mengalami sakit seperti itu selama 18 tahun.
Pada suatu hari Siti Rahmah
berkata kepada Nabi Ayyub: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap
Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah swt supaya Dia (Allah)
menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub a.s kepada Siti Rahmah: “Lapan puluh tahun.”
Kata Nabi Ayyub: “Sesungguhnya saya merasa malu kepada Allah swt, untuk meminta
kepadaNya sebab waktu cubaanNya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.”
Disini ada diceritakan bahawa Nabi
Ayyub tidak berdoa kerana merasa malu untuk meminta kepada Allah kerana tempoh
kesenangan yang diberi oleh Allah terlalu besar dan terlalu lama iaitu lapan
puluh tahun. Adalah sepatutnya bagi kita supaya sentiasa berdoa untuk apa-apa
hajat dan mengambil iktibar dari cerita ini.
Dan ketika pada badan Nabi Ayyub
sudah tidak ada lagi daging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling
memakan di antara mereka, hingga akhirnya tinggal 2 ekor ulat yang selalu
berkeliaran di badan Nabi Ayyub dalam usaha mencari makan daging, tidak mereka
dapatkan kecuali hati dan lidahnya. Maka yang satu pergi ke hati dan memakan
hatinya dan satu lagi pergi ke lidah dan menggigitnya.
Disaat itulah Nabi Ayyub a.s
berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya
yang dahsyat, sedangkan Engkau Zat Yang Maha Pengasih.”Hal ini tidaklah
termasuk dalam kategori keluh kesah dan tidak pula bererti keluar dari golongan
orang yang sabar. Oleh kerana itu Allah swt berfirman: “Sesungguhnya dia Kami
dapatkan sebagai orang yang sabar.”
Kerana sesungguhnya, Nabi Ayyub
itu tidak bersusah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya, yang telah hilang
musnah, bahkan dia merasa susah kerana cemas terputus “dari syukur dan zikir”
kepada Allah swt. Maka seakan akan dia berkata: “Tuhanku, aku bersabar atas
segala cubaanMu selama hatiku masih sibuk untuk bersyukur kepada Mu dan lidahku
dapat berzikir kepada Mu, dan apabila keduanya itu telah rosak (hilang)
daripadaku, bererti terputuslah cintaku dan zikirku pada Mu. Maka aku tidak
menjadi bersabar terhadap terputusnya keduanya itu, sedangkan engkau Zat Yang
Maha Pengasih dan Penyayang.”
Kemudian Allah swt memberikan
wahyu kepadanya: “Ya Ayyub, lidah, hati dan ulat adalah milik Ku, sedangkan
rasa sakitpun milik Ku, apakah ertinya susah?”
Diterangkan pula: “Bahawa Allah
swt memberikan wahyu kepadanya: “Sesungguhnya ada 70 orang Nabi yang meminta,
seperti halmu ini kepada Ku, dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan
kemuliaanmu dan ini hanya bentuk lahirnya saja bencana, akan tetapi hakikatnya
cinta-kasih.” Dan sesungguhnya Nabi Ayyub merasa susah kalau hati dan lidahnya
dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah
swt, kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi bertafakkur dan berzikir
kepadaNya.
Lalu Allah swt menjatuhkan kedua
ulat itu dari diri Nabi Ayyub, maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi
lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah dan yang satu lagi
jatuh di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi
ubat untuk manusia.
Adalah menjadi permahaman saya bahawa lintah dan lebah
menjadi menjadi dua makluk yang memberi faedah kepada manusia terutama penyakit
kulit.
Kemudian datanglah Malaikat
Jibril a.s dengan membawa 2 buah delima dari syurga. Kata Nabi Ayyub a.s : “Ya
Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaKu?” Kata Jibril: “Ya, dan Dia
mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruh mu memakan kedua buah delima ini,
maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.”
Juga menjadi pemahaman saya bawa dua
biji buah delima juga menjadi ubat untuk penyakit kulit.
Ketika Nabi Ayyub memakan kedua
delima itu, Jibril a.s berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub
pun berdiri. Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi
Ayyub memukulkan kakinya yang kanan ke tanah sehinggalah keluar air hangat dan
dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air
dingin, sehingga dia minum dari air tersebut.
Kemudian, hilanglah segala
penyakitnya, baik yang dibahagian luar mahupun di bahagian dalam. Dan tunuhnya
menjadi lebih gagah tegap dari semula, wajahnya lebih bersinar daripada bulan
purnama. Sebagaimana firman Allah swt:
“ Maka Kami terima dan kabulkan
doanya, dan Kami hilangkan semua penyakit yang membahayakan dan Kami kembalikan
semua keluarganya dan seperti mereka dahulu bersama-sama dengannya.”
Alah telah mengkabulkan doanya dan menghilangkan segala
penyakit yang merbahayakan dan kembalilah Nabi Ayyub dari kefakiran yang amat
sangat kepada kekayaan yang melimpah ruah seperti asalnya, Di sini juga
bermaksud pemulihan dari penyakit atau kesihatan yang terjaga adalah satu prasyarat
untuk kekayaan yang melimpah ruah.
Kata Imam Muqattil: Allah telah
menghidupkan mereka dan member rezeki kepada Nabi Ayyub semula.
Kata Adh Dhahhak: Allah swt
member wahyu kepadanya: “Apakah kamu ingin supaya mereka (anak-anakmu) Kami
bangkitkan?” Kata Nabi Ayyub: “Ya Tuhanku, biarkanlah mereka itu disyurga”,
maka dengan ini, maka datanglah keluarganya di akhirat, dan Allah swt
memberikan kepadanya, hal-hal seperti yang diberikan kepada mereka di dunia,
dengan telah lahirnya beberapa orang anak, yang demikian itu sebagai “Rahmat”
atau “Nikmat” dari Kami”, untuk Nabi Ayyub dan “sebagai peringatan”, atau
nasihat bagi orang-orang yang beribadah”, supaya mereka mengetahui bahawa bala
bencana atau cubaan yang paling hebat itu kepada para Nabi, lalu kepada para
Wali, kemudian kepada yang sepertinya dan demikian seterusnya. Maka hendaklah
mereka berbuat seperti mereka telah perbuat dan bersabar seperti mana mereka
yang telah bersabar.
Dari sini dapatlah diketahui
bahawa jalan kepada Allah untuk perbuatan yang baik itu lebih dekat daripada
pemberian yang baik.
Maka tamatlah sudah kisah
Kesabaran Nabi Allah Ayyub a.s.
Saya sangat berharap para
pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut.
Kisah di atas dipetik daripada
Kitab Duratun Nasihin.
Pada bab Kisah Kesabaran Nabi
Ayyub. m/s: 722-731.
Apa yang baik dari Allah dan apa
yang kurang adalah dari kelemahan diri saya.
Wassalam..
Saya berikan ucapan terima kasih kepada laman web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9128.0
yang memuatkan cerita ini yang saya cut and paste di sini.
Kita perlu melihat kepada kesan yang berpunca daripada
perbuatan kita. Dari kisah ini kita lihat kurus kering sehingga tinggal
pembalut tulang menjadi kesan kepada kesihatan yang tidak terjaga. Juga badan
yang gemuk adalah kesan dari, contohnya, makan yang terlebih-lebih. Kita boleh
kaji sama ada darah tinggi, kencing manis, gaut dan kita boleh mengkaji sama
ada kita telah mencari penyelesaian dan telah cukup melakukan atau cukup makan
dan minum atau mengurangkan makan dan minum atau telah cukup mandi dalam air
yang berubat.
Untuk penyelesaian penyakit mengikut apa yang diceritan di
sini, bagi pendapat saya, ialah
1)
Jibril memberikan 2 biji buah delima bermakna makan
dengan betul
2)
Ulat-ulat yang jatuh ke tanah bermakna sebelum penyakit
kulit sembuh terdapat tanda-tanda awal seperti ulat yang jatuh ke tanah atau
mati. Kemudian akan pulih sepenuhnya.
3)
Jibril suruh bangun dan berjalan bermakna buatlah senaman
4)
Keluar air panas untuk mandi bermaksud air panas
semulajadi baik penyakit kulit
5)
Keluar air yang dingin untuk mandi bermaksud air perlu
diminum lebih banyak untuk menghilangkan penyakit.
Saya teringat kisah seorang dari konsultan unit trust, yang
sebelum ia memasuki unit trust di adalah orang penting di syarikat tersenai di Bursa Malaysia .
Dia banyak perjalan ke Hong Kong, Amerika
Syakikat , Thailand
dan beberapa negara lain atas urusan rasmi syarikat. Pada suatu hari ,di
lapangan terbang, beliau merasa sakit di dada. Selepas diperiksa oleh doktor
didapati dia dapati yang penyakitnya adalah sakit jantung. Doktor itu bertanya
“barapa kali awak bersenam dalam seminggu.” Dia menjawab “Tidak ada buat senaman.
Saya sibuk ke luar negara.” Selepas berbincang dengan doctor tersebut dia pun
menghantar surat
untuk berhenti kerja pada hari yang sama. Beliau masuk industri unit trust dan
perdapatannya hampir tiga kali ganda.
Sudahkah anda berfikir masa yang anda luangkan untuk
kesihatan anda? Seminggu mempunyai 168 jam, berapa jamkah anda betul-betul menjaga
kesihatan anda. Adalah anda sibuk dengan kerjaya anda dan anda tidak dapat
menjaga kesihatan anda. Fikirkan.
Ini mungkin sebahagin kecil dari yang hendak saya ceritakan.
Iaitu kurang lima
peratus daripada apa yang hendak disampaikan. Bakal konsultan sekalian,
sekiranya anda ingin menyetahui lebih lanjut, masuklah sebagai unit trust
konsultan di bawah saya.
Di sini pengajaran dalam bidang ekonomi yang dapat diberikan
ialah
1)Kesihatan adalah penting bagi kita dan tanpanya kita tidak
dihormati dan kekayaan pun tidak berguna malah menjadi musuh kita. Kita kena
jaga kesihatan dengan bersenam selalu contohnya
dan memakan makanan yang sepatutnya juga sebagai contoh dan juga dengan berdoa
kepada Allah supaya dukurniakan kesihatan yang baik. Apa yang berlaku disini
ialah Nabi yang tidak menjaga kesihatan
atas sebab merasa malu terhadap apa yang diberi oleh Allah. Usaha tanpa doa
adalah dikatakan tidak mencukupi.
2) Perlunya isteri dalam mendapatkan kekayaan. Berbuat
baiklah terhadap isteri kamu dan rezeki itu datang dari arah yang kamu tidak
ketahui.
Lawatilah blog saya di http://blog.pakarsaham.com atau http://kitaranekonomi.blogspot.com
Bakal
konsultan boleh hubungi penulis di cekapsaham@yahoo.com. --Dzulfariz