Orang yang membiarkan rezekinya dikecilkan dari
usahanya sendiri ibarat semut di zaman Nabi Allah Sulaiman yang makan separuh
gandum yang diberikan.
Cerita di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,
apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut berjalan atas batu, lantas Nabi
Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang
kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai
semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun
menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku
yakin di atas batu kering di padang
pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut,
berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana
engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar
sebiji gandum sebulan". Ada
yang meriwaratlkan bahawa semut itu makan sebiii gandum setahun. Nabi Allah
Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan
tak payah kamu berjalan di atas batu di padang
pasir aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia
angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi Allah Sulaiman ambil
sebiji gandum, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal
semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Ada yang meriwayatkan ia disimpan selama
setahun sebab semut itu memakan sebiji gandum sebulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum
sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah
Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu
kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan
setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong,
kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama
seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki
itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. (Bagi orang
yang mengusaha sendiri, pasti ada rezeki dari Allah.) Tetapi bila kamu masukkan
aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak
percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua
bulan. Aku takut kamu lupa".
Semut pun beriman, macammana dengan manusia?
Itu adalah apa yang terjadi apabila kita makan gaji,
iaitu apabila gaji kita di tangan orang
lain. Apabila kita percaya adanya Allah dan Allah tidak pernah lupakan hambanya
dengan sebab itu duit boleh didapati di dalam hutan, di dalam sungai dan laut
dan boleh dikatakan di mana sahaja. Ini hanya boleh difahami oleh yang percaya
kepada Tauhid. Mereka yang tidak makan gaji adalah orang yang tidak boleh di
ubah fikiranya oleh majikannya atau orang yang mempunyai kuasa ke atas mereka.
Orang yang makan gaji sahaja tanpa membuat usaha berusaha
sendiri ini akan percaya dia mempunyai cukup kekuatan untuk mengusaha untuk
majikan mereka tetapi mereka tidak sedar faktor usia dan faktor melapetaka.
Mungkn tiba masanya, ia masuk ke hospital untuk empat bulan, dan majikannya
terpaksa mencari pekerja baru. Mungkin majikan telah rasa lebih baik dia cari
pekerja yang lebih muda dan memberhentian kita. Waktu usia yang lanjut ini
barulah ia sedar susah untuk dapat kerja yang baru. Mungkin guru-guru kerajaan
akan diswastakan dan akibatnya kerja yang telahpun banyak kini
bertambah-tambahlah banyak lagi kerja dan mungkin sebahahgian akan berhenti
kerja. Itu semua seribu satu kemungkinan akan berlaku.
Apabila kita menyempitkan rezeki kita kepada seorang majikan
sahaja, kita terpaksa menyimpan lebih iaitu separuh dari hasil gaji kita
mengikut cerita semut ini. Ingatlah serita tadi bahawa semua itu menyimpan
separuh dari gandum takut-takut ia Nabi Allah Sulaiman lupa padanya. Pada
kebiasaannya, menurut dua kitaran hayat ekonomi kita perlu menyimpan dua per lima atau satu per tiga
apabila kita tidak menyempitkan rezeki kita.
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya
mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang
ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu
digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali
kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris
sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal di kubur tersebut,
barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.
Dia hendak melihat macam mana rupa mayat setelah disoal oleh
Munkar Nakir. Dia korek satu kubur. Kemudian kubur ke dua beberapa hari selepas
kematian. Kemudian tiga buah kubur sampai ke kubur yang ke seratus. Lepas itu,
penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya mengenai apa yang
dijumpainya. "Ya Imam, kenapakah daripada seratus kubur orang Islam yang digali,
dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat sembilan puluh
lapan lagi telah beralah ke belakang”.
Yang sembilan puluh lapan lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:"
Di akhir zaman hanya dua dari seratus umat Islam yang percaya rezeki itu di
tangan Allah.manakala sembilan puluh lapan orang lagi tidak percaya bahawa
rezeki di tangan Tuhan".
Kenapakah Imam Suffian berkata begitu iaitu berkenaan
rezeki. Apakah yang menyebabkan umat islam pada masa itu hanya dua dari seratus
yang percaya bahawa bahawa rezeki di tangan Allah. Adakah anda makan gaji dan
menceritakan bossnya tidak betul di belakang bossnya tanpa ada tindakan yang
mengubah keadaan? Mengapa anda sendiri tidak ubah keadaan?
Adakah anda macam semut yang beriman dalm cerita tadi atau
sembilan puluh lapan orang yang tidak beriman? Adakah iman anda beralih ke
belakang dihadapan boss anda dan akan berubah menjadi betul semula di belakang
boss anda?
Sekiranya anda berminat dengan kerjaya berlesen sebagai unit
trust consultant dan telah penat dengan multi level marketing dan money game
sila sila hububungi penulis di dfariz@yahoo.com
Anda perlu
Kad pengenalan
Gambar 6 kpg
Diut untuk Exam rm250
T/tangan contract agency agreement (saya berikan)
T/tangan letter of aoth (saya berikan)
Sijil SPM yang Oraginal