28 Mac 2013
'Window dressing' pada 31hb Mac lebih dari 31 Disember
Saham terutama yang melibatkan indeks selalunya akan naik pada 31 Disember tiap-tiap tahun. Itu yang dinamakan 'Window dressing' atau jika diterjemahkan menjadi perhiasan tingkap.
Dari perhatian saya, "window dressing" ini sebenarnya lebih kepada penghujung suku pertama tiap-tiap tahun. Pada tahun ini 31 Mac 2013 jatuh pada hari Ahad maka perhiasan tingkapnya jatuh pada hari esok 29 Mac 2013.
Saya, sebagai remisier, berasa hairan bagaimana indeks boleh naik dengan begitu banyak pada hal harga kaunter-kaunter saham kebanyakkannya tidak banyak berubahdan sebahagiannya turun. Kemungkinan besar, esok pun indeks akan naik lagi.
Sebagai konsultan unit trust, saya merasakan ini semua adalah jelas teratur.
26 Mac 2013
Anda tidak perlu mahir dalam saham untuk berjaya dalam unit trust
Anda tidak perlu mahir dalam saham untuk berjaya dalam
industri unit trust.
Sekiranya anda lihat mereka yang jadi konsultan unit trust
ini, teramat kecil yang pakar dalam saham dan selebihnya tidak tahu mengenai
saham. Mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan pengurus pelaburan sebagai
cara untuk memmpromosikan dana-dana yang mereka promosikan. Jadi yang pertama
yang hendak diberitahu ialah “hendak join unit trust anda tidak perlu jadi
pakar”.
Di syarikat, ada menyediakan kursus-kursus yang amat banyak,
dibuat dari dua –tiga jam hingga berhari-hari. Kebanyakkanya mengambil masa 1
hari penuh. Kebanyakkannya dengan yuran RM10.00. RM 10.00 ini untuk nota-nota
dan penceramah yang mungkin datang dari luar kawasan. Kursus-sursus ini
berkualiti dan akan menjadikan anda lebih berkeyakinan dalam industri ini.
Selain dari itu ada juga disediakan kursus professional yang
lain dengan harga subsidi. Bayangkan anda masuk kursus-kursus professional
dengan harga, katakan, separuh harga asal sebab anda telah join kami.
25 Mac 2013
Tidak terdapat dalam buku-buku perniagaan
by Blog Teh Secawan (Notes) on Sunday, August 14, 2011 at
9:57am
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang
Berjaya. Beginilah kisahnya...
Ibubapa bukan liability
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila
saya ingin pulang kembali ke kota ,
dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada
duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar.
Untuk mendapat seratus ringgit di dalam
poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang
ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham.
Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi
saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa,
berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu.
Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu
menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga
memberinya.
24 Mac 2013
Saham modal rendah dan berisiko tinggi. Siri III
Apabila keadaan ekonomi menjadi rancak atau amat rancak,
saham-saham yang diminati ramai adalah saham-saham yang berisiko tinggi dan ini
biasanya adalah saham yang modal rendah. Saham yang berisiko tinggi ini
mempunyai pulangan yang agak tinggi berbanding saham harga sederhana dan harga
mewah. Biasanya saham ini pada dasarnya kurang memberi dividen.
Masa rancak, ramai yang tidak memperdulikan akan dividen.
Yang penting pada waktu itu, kadar keuntungan mesti lebih. Ramai orang pada
masa itu tidak kisahkan risiko yang penting pulangan tinggi.
Pada waktu ini, dana yang melibatkan saham modal rendah
akan naik dan kenaikannya amat banyak.. Public Islamic Oppurtunuties Fund, satu
dana amanah saham, adalah satu contoh yang baik. Dana ini tidak diluluskan
untuk pelaburan dari wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja disebabkan oleh
risikonya yang terlalu tinggi.
Waktu ini keadaan menentu sudah jadi keadaan rancak. Waktu
ini juga pasaran saham mungkin menjadi pilihan berbanding amanah saham. Waktu
ini keadaan pengangguran menjadi amat kurang dan ramai yang bertukar pekerjaan.
Sebahagian pekerja di sektor awan pun akan membuat perniagaan atau mungkin berhenti
kerja untuk memulakan bisness sendiri.
20 Mac 2013
Sambungan Siri II: Saham yang sederhana tinggi harganya dan di label "No 2" akan menjadi yang kedua naik
Saham yang sederhana, bagi saya ,akan akan naik selepas saham 'Blue Chip" dan saya letakkan label No 2.
Saya memberitahu bahawa pengurus dana akan memilih dari kaunter-kaunter yang difikirkan baik dari senarai yang dibenarkan di dalam dana tersebut. Apabila saham-saham mewah sudah tidak boleh naik lagi
disebabkan harga yang sudah tinggi, pasaran saham akan, juga pada pendapat
saya, memulakan kenaikan harga saham yang sederhana.
Sudah tentu waktu ini keadaan pasaran saham sudah berlainan
sedikit. Remisier akan untung lebih sedikit. Keadaan pasaran telah berubah ke
keadaan yang lebih menentu dan atas sebab itu saham-saham sederhana menjadi
kegemaran berbanding sebelum ini cuma saham mewah sahaja yang menjadi pilihan.
Kita lihat pada waktu itu, kenaikan harga dana yang
berkaitan saham sederhana seperti Public Islamic Select Treasures Fund akan
naik dengan banyaknya. Jadi pada waktu ini nanti ramai dari pelabur-pelabur
akan memasuki ke bidang pelaburan ini dan ada yang akan tersilap dengan
mengambil saham mewah sebagai pelaburan unit amanahnya. Akhirnya pengambilan
dana yang berkaitan saham mewah tidak menguntungkan sebagaimana diharapkan.
18 Mac 2013
Anda perlu tahu sedikit mengenai pasaran saham dan di bawah ini adalah antaranya. Siri I
Sebahagian unit trust consultant tidak paham mengenai produk dan meminta saya bawakan tajuk yang berkenaan dengan unit trust. Saya tidak dapat hendak bercerita pasal produk tanpa memberitahu mengenai pasaran saham itu sendiri. Jadi saya bawakan beberapa siri yang adalah pendapat semata-mata yang anda boleh bahas.
Pasaran saham saya boleh dibahagi kepada 3 tiga kumpulan. Mungkin orang lain membahagi kepada 4 atau 10 kumpulan terpulang kepada anda. Tiga kumpulan itu ialah.
1) Blue chip atau saham mewah
2) Saham sederhana yang munkin akan pergi ke blue chip.
3) Saham capital rendah
Saham ‘blue chip’ adalah saham yang harganya tinggi iaitu biasanya lima atau enam ringgit ke atas. Ia biasanya terdapat dalam indeks utama. Saham ‘blue chip’ biasanya orang akan beli pada masa indeks pasaran saham naik. Ia lebih digemari terutama dalam keadaan tidak menentu. Saham ini juga akan memberi kesan pada ekonomi negara.
9 Mac 2013
Pasaran Saham dan Ekonomi
Pasaran saham dan ekonomi mempunyai pergerakan yang sama cuma pasaran saham kita akan bergerak terlebih dahulu dari pergerakan ekonomi. Ini disebabkan pasaran saham bergerak mengikut apa yang dijangka akan berlaku. Kita akan jangka terlebih dahulu sebelum perkara yang sebenar berlaku.
Mengetahui keadaan pasaran saham yang bergerak terlebih dahulu, kita perlu memikir kehadapan samada keadaan ekonomi waktu akan datang samada ia baik, menjunam, terlampau baik atau bagaimana.
Bagi saya, kita telah selesai mengharungi kitaran kedua, dalam Dua Kitaran Hayat Ekonomi dan akan memasuki zaman rancak pada kitaran pertama. Pada kitaran kedua ini kita TIDAK merasa kejatuhan yang kita tidak tahu macammana hendak membetulkan keadaan. Ini sesuai dengan ayat Al-Quran
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh hujan rahmat, dan padanya mereka dapat memerah. (hasil anggur, zaitun dan sebagainya.)" (Yusuf 12:49)
Jadi gawat di Amerika Syarikat tahun 2008 merupakan kemelesetan ekonomi di Malaysia. Ia mengambil masa 7 tahun hijrah di Amerika Syarikat dan lebih pendek bagi ekonomi di Malaysia. Jadi, bagi saya jangkamasa itu sudah tamat di Malaysia dan kita di awal ekonomi yang bersifat rancak.
2 Mac 2013
Perkara yang perlu ditekankan dalam mencari keuntungan yang besar dalam unit trust.
Pengurus dana tidak semestinya beli pada harga rendah
Pertama kita perlu mencari pengurus yang berpengalaman. Pengurus pelaburan tidak semestinya membeli saham-saham di pasaran terbuka pada harga yang rendah dan menjual pada harga tinggi. Misalnya waktu saham naik , ramai orang akan membeli unit trust. Ini menambahkan dana yang ada. Dengan dana yang bertambah ini pengurus dana terpaksa membeli saham walaupun harganya terlalu tinggi. Bagi saya kita lebih menggunakan kepakaran pengurus dana ini untuk memilih saham-saham yang baik untuk dibeli. Pilihlah pengurus –pengurus yang telah lama berkhidmat dengan syarikat.
Nisbah atau ratio
Penggunaan ratio juga penting. Kita boleh guna pelbagai ratio dalam unit trust tetapi bagi saya semua ratio itu tidak menggambarkan kecekapan sesebuah dana. Mengakui kepentingannya, saya lebih tekankan ratio yang berkenaan perkerja seperti ratio pertukaran pekerja. Pekerja merupakan asset syarikat yang perlu dijaga, sekiaranya tidak ia akan bertukar pekerjaan. Dalam pemilihan pekerja pula, kita perlu pilih yang mempunyai sifat-sifat rasullullah. Jadi kita mengkaji imbang duga tetapi mengkaji kecekapan pemilihan dan pengekalan pekerja.
Semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. memang sudah dibuat sistem mudharabah. Apa yang penting di sini adalah cara-cara, kesopanan dan segala syarat yang perlu untuk membawa perniagaan untuk maju. Jadi sifat mudharib itu ditekankan di sini. Dalam keadaan sekarang ini, pekerja itu aset yang penting terutama dibahagian pengurusan.
Penggunaan ratio juga penting. Kita boleh guna pelbagai ratio dalam unit trust tetapi bagi saya semua ratio itu tidak menggambarkan kecekapan sesebuah dana. Mengakui kepentingannya, saya lebih tekankan ratio yang berkenaan perkerja seperti ratio pertukaran pekerja. Pekerja merupakan asset syarikat yang perlu dijaga, sekiaranya tidak ia akan bertukar pekerjaan. Dalam pemilihan pekerja pula, kita perlu pilih yang mempunyai sifat-sifat rasullullah. Jadi kita mengkaji imbang duga tetapi mengkaji kecekapan pemilihan dan pengekalan pekerja.
Semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. memang sudah dibuat sistem mudharabah. Apa yang penting di sini adalah cara-cara, kesopanan dan segala syarat yang perlu untuk membawa perniagaan untuk maju. Jadi sifat mudharib itu ditekankan di sini. Dalam keadaan sekarang ini, pekerja itu aset yang penting terutama dibahagian pengurusan.
Orang lain untung, kita tidak semestinya untung walaupun di syarikat unit trust yang sama.
Tidak semestinya orang lain untung kita pun mesti untung. Tidak semestinya orang lain rugi yang banyak, kita mesti kerugian yang banyak juga. Saya pernah menunjukkan pelanggan saya untung sewaktu index saham jatuh menjunam. Saya lebih tekankan pemilihan konsultan jadi amat-amat penting. Tetutama pada keadaan gawat, kita perlu fikirkan adakah perunding kita terus menjual unit trust dan tidak mengelakkan kerugian yang besar. Perunding yang baik akan menasihati kita bertukar ke dana lain. Walaupun ia akan mengecilkan pendapatannya dan seterusnya menasihatkan supaya berjimat dalam perbelanjaan harian. Peristiwa gawat ini dijangka mengambil masa tujuh tahun hirah dan dijangka akan turun dua per tiga mengikut kisah kemarau pada zaman nabi Yusuf.
Tidak semestinya orang lain untung kita pun mesti untung. Tidak semestinya orang lain rugi yang banyak, kita mesti kerugian yang banyak juga. Saya pernah menunjukkan pelanggan saya untung sewaktu index saham jatuh menjunam. Saya lebih tekankan pemilihan konsultan jadi amat-amat penting. Tetutama pada keadaan gawat, kita perlu fikirkan adakah perunding kita terus menjual unit trust dan tidak mengelakkan kerugian yang besar. Perunding yang baik akan menasihati kita bertukar ke dana lain. Walaupun ia akan mengecilkan pendapatannya dan seterusnya menasihatkan supaya berjimat dalam perbelanjaan harian. Peristiwa gawat ini dijangka mengambil masa tujuh tahun hirah dan dijangka akan turun dua per tiga mengikut kisah kemarau pada zaman nabi Yusuf.
Langgan:
Catatan (Atom)
Makam Si Bongkok.
Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...


-
Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...
-
Salam Filing untuk Cukai Pendapatan (Income Tax ) Ramai juga konsultant yang tidak tahu yang dia kena tukar dari borang BE cukai pendap...
-
Salaam Kepada sesiapa di Johor Bahru yang masih tidak tahu samaada dia patut masuk ke industri unit trust atau tidak, kami menyediakan ...
