Anda tidak perlu mahir dalam saham untuk berjaya dalam
industri unit trust.
Sekiranya anda lihat mereka yang jadi konsultan unit trust
ini, teramat kecil yang pakar dalam saham dan selebihnya tidak tahu mengenai
saham. Mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan pengurus pelaburan sebagai
cara untuk memmpromosikan dana-dana yang mereka promosikan. Jadi yang pertama
yang hendak diberitahu ialah “hendak join unit trust anda tidak perlu jadi
pakar”.
Di syarikat, ada menyediakan kursus-kursus yang amat banyak,
dibuat dari dua –tiga jam hingga berhari-hari. Kebanyakkanya mengambil masa 1
hari penuh. Kebanyakkannya dengan yuran RM10.00. RM 10.00 ini untuk nota-nota
dan penceramah yang mungkin datang dari luar kawasan. Kursus-sursus ini
berkualiti dan akan menjadikan anda lebih berkeyakinan dalam industri ini.
Selain dari itu ada juga disediakan kursus professional yang
lain dengan harga subsidi. Bayangkan anda masuk kursus-kursus professional
dengan harga, katakan, separuh harga asal sebab anda telah join kami.
Anda tidak akan dapat kursus-kursus dengan harga RM10 dan
ini memang untuk membantu anda dalam industri ini.
Kebanyakkan pelabur tidak akan marah sekiranya pelaburannya
turun untuk jangkamasa pendek kerana ini biasa dalam pelaburan. Bagi saya
mereka lebih takut kepada harga yang menjunam ke bawah untuk tempoh yang
panjang. Jika keadaan itu berlaku, anda boleh, antaranya cari pelabur yang lain
yang tidak marah untuk terus melabur, Atau anda boleh lebih berhati-hati dengan
menceritakan mengenai kegawatan dan cara-cara untuk pelanggan anda tidak teruk
terjejas dan anda juga tidak terlalu terjejas.
Saya, mencadangkan cara yang kedua. Ini bersesuaian dengan
ayat Al-Quran dalam surah Yusuf yang bermaksud
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (Yusuf 12:48).
“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya
orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil
anggur, zaitun dan sebagainya)". (Yusuf 12:49)
Dari ayat-ayat ini ada menggambarkan bahawa adanya dua sub kitaran dari kitaran hayat ekonomi yang perlu kita menyimpan untuk mengharungi 7 tahun yang gawat. Ini adalah gambaran yang saya bayangkan dan bolehlah dirujuk kepada yang lebih arif.
Untuk yang hendak menjadi konsultan unit trust atau
perunding unit amanah anda boleh menghubungi saya di cekapsaham@yahoo.com
Anda perlu menduduki peperiksaan yang senang dan perlu ada
1) Kad pengenalan
2) gambar passport 6
keping
3) Sijil Spm atau ke
atas yang original
4) Duit Rm250.00
5) Sign agency
contract (saya beri)
6) Sign letter of
aoth (saya beri)
7) buka akaun public
bank dan apply e-banking (saya tunjukkan)
Moga-moga kita di anugerah Allah dengan apa yang Dia
kehendaki.