9 Mac 2013
Pasaran Saham dan Ekonomi
Pasaran saham dan ekonomi mempunyai pergerakan yang sama cuma pasaran saham kita akan bergerak terlebih dahulu dari pergerakan ekonomi. Ini disebabkan pasaran saham bergerak mengikut apa yang dijangka akan berlaku. Kita akan jangka terlebih dahulu sebelum perkara yang sebenar berlaku.
Mengetahui keadaan pasaran saham yang bergerak terlebih dahulu, kita perlu memikir kehadapan samada keadaan ekonomi waktu akan datang samada ia baik, menjunam, terlampau baik atau bagaimana.
Bagi saya, kita telah selesai mengharungi kitaran kedua, dalam Dua Kitaran Hayat Ekonomi dan akan memasuki zaman rancak pada kitaran pertama. Pada kitaran kedua ini kita TIDAK merasa kejatuhan yang kita tidak tahu macammana hendak membetulkan keadaan. Ini sesuai dengan ayat Al-Quran
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh hujan rahmat, dan padanya mereka dapat memerah. (hasil anggur, zaitun dan sebagainya.)" (Yusuf 12:49)
Jadi gawat di Amerika Syarikat tahun 2008 merupakan kemelesetan ekonomi di Malaysia. Ia mengambil masa 7 tahun hijrah di Amerika Syarikat dan lebih pendek bagi ekonomi di Malaysia. Jadi, bagi saya jangkamasa itu sudah tamat di Malaysia dan kita di awal ekonomi yang bersifat rancak.
Saya ingin ingatkan pelabur-pelabur untuk
1) Laburlah di unit amanah yang bersesuaian dengan anda waktu yang rancak ini.
2) Keluarlah dari pelaburan itu sebelum ekonomi gawat kerana jika tidak anda akan mendapat pulangan yang biasa sahaja.
Makam Si Bongkok.
Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...

-
Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...
-
Salam Filing untuk Cukai Pendapatan (Income Tax ) Ramai juga konsultant yang tidak tahu yang dia kena tukar dari borang BE cukai pendap...
-
Nak beli kereta baru masa GAWAT? Nak tunggu gaji naik sikit? Beli nanti, bila tetapi tak mampu bayar, lagi masaalah. Betul tak? Nak beli k...