26 Apr 2013

Jangan tekan untuk menjual tapi






Salaam,

Ada anda suka jika ada jurujual mengekori anda untuk dapat pembelian dari anda? Suka atau tidak? Sudah tentu tidak.

Begitu juga orang lain. Kalau kita buka booth orang tidak pandang pada kita sebab mereka tahu kita hendak buat jualan.

Dalam unit trust saya kata jangan menjual. Dan memang benar kita tidak menjual tapi kita berkongsi macammana orang lain manfaatkan pelaburan mereka. Semestinya melalui strategi yang betul.

Jika anda mempunyai strategi, misalnya jual sebelum gawat, anda tekankan strategi itu dan beritahu apa kebaikkannya kepada bakal pelanggan anda.

21 Apr 2013

Orang yang senang dapat jualan akan bersama-sama dengan arang yang senang dapat jualan juga

: Dzulfariz Azman



Salaam,

Ada orang dengan senang je dapat jualan. Ada orang susah dapat jualan. Ada orang kata tidak suka buat jualan, tetapi membuat jualan juga, iaitu menjual dirinya dengan harga 1/3 dari sepatutnya.

Seseorang yang merasa susah untuk membuat jualan unit trust biasanya akan bersama-sama dengan orang yang susah membuat jualan juga. Mereka adalah orang yang bersusah payah untuk membuat jualan. Anda yang susah buat jualan kena berubah dan bersama-sama dengan orang yang senang buat jualan supaya dia juga senang buat jualan.

Sebelum kita memjual kepada pelanggan kita, kita kena jual diri kita dahulu. Pelanggan kita beli sebab utamanya mereka suka pada kita, sebab yang lain jadi no 2. Yang pertama adalah diri anda. Apabila anda telah berjaya yakinkan potensi anda kepada pelanggan anda, menjadi amat sukar untuk orang lain masuk mengantikan tempat anda. Anda akan dapat bisnes dari mereka dan dapat referal dari mereka. Bisness menjadi mudah untuk anda.

Untuk menjual anda perlu paham kehendak orang yang kita jumpa. Tanya soalan yang patut ditanya.Apabila anda berjaya jual diri anda, kemudian baru buat rundingan unit trust. Saya akan tulis sedikit pasal ini akan datang.

Kenapa kita jangan jual unit trust? Pelanggan anda orang yang pandai, dia sepatutnya tahu masa yang dia patut beli atau tidak. Terutama untuk masa gawat, adalah tidak patut untuk anda menjual unit trust. Itulah jangka masa yang amat lama, iaitu tujuh tahun, yang dijangka tidak boleh berbuat apa-apa.

Kenapa dalam satu artikel yang lepas saya kata istighfar kurang-kurang 70 kali boleh mengurangkan masaalah seperti dalam kisah nabi Nuh? Memang benar, istigfar dan selawat akan memberikan aura untuk kita bertemu pelanggan. Dengan istighfar kita mudah untuk membuat jualan. Hanya bagi orang Islam terdapat istighfar tetapi kena buat betul-betul bukan setakat istighfar tetapi bertaubat yang betul-betul dengan bilangan minima 70 kali. Anda buat betul-betul dan beritahu saya hasilnya.

Rasa bersyukur memang telah banyak ditulis sebagai amalan yang sangat baik dalam membuat jualan. Dalam buku "the secret" juga menceritakan rasa bersukur dengan mengucapkan "Thank you universe". Di dalam buku "the secret" tidak ada diceritakan pasal tuhan. Sehingga cerita "Star Wars" juga tiada tuhan kecuali "The Force" sehingga dikatakan "May the force be with you". Kita, umat Islam, percaya kepada Allah dan rasa bersyukur kepada Allah adalah amalan yang baik, dan Allah juga yang memberi rezeki kepada kita. Sekiranya anda masih tidak percaya bahawa Allah akan memberi rezeki yang terlalu banyak kepada anda, sebab itulah anda gagal. Kata-kata guru, Yoda dalam "Star Wars" juga menceritakan perkara yang sama. Contohnya apabila Luke mengatakan "I dont believe it". ""That is why you failed" kata Yoda

Orang yang menjadi konsultan unit trust dan percaya bahawa 7 tahun yang rancak ini akan menjadi orang yang teramat-amatlah besar keuntungannya kerana 7 tahun selepas itu adalah gawat yang sangat. Banyak itu berapa banyak. Saya bagi gambaran sahaja iaitu misal kata anda atau anak hendak makan sesuatu yang hanya ada di Jeddah, anda hanya membuat satu panggilan telefon untuk terbang dan makan di Jeddah. Dan sekiranya anda makan di tempat anda, anda tidak lihat pada harga. Perkara ini benar-benar berlaku dalam industri unit trust tetapi saya menggalakkan anda bersederhana dalam berbelanja.

Sekiranya anda berminat menjadi konsultan unit trust, anda boleh hubungi saya di dfariz@yahoo.com. atau anda boleh menyemak artikel saya yang sebelum ini.

19 Apr 2013

SONA PETROLEUM BERHAD



Salaam,

Salah satu aktiviti pelaburan yang biasanya akan mendapat keuntugan ialah pelaburan dari terbitan awam. Antara cara untuk mendapat keuntungan yang lebih sedikit adalan dengan mendaftar minat di MITI untuk melangaan saham-saham syarikat tersebut.

Ditutup pada 30 April 2013, saham Sona Petrolium adalah salah satu saham yang dibuka untuk pendaftaran minat untuk melanggan.

Pendaftaran untuk minat untuk melanggan ini satu cara mendapatkan jumlah saham yang lebih sedikit daripada cara undian terbitan awam nanti. Disebabkan sedemikian kita perlu menunjukkan bukti kelayakan kepada pihak MITI.

Saya rasa amat rugi kalau anda meninggalkan pendaftaran minat untuk melanggan. Di bawah adalah sedikit maklumat. Orang yang patut dihubungi juga terdapat di bawah.


SONA PETROLEUM BERHAD
a) Jumlah Saham Khas : 176,340,000 unit
b) Harga Par : RM 0.01 seunit
c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian
d) Aktiviti Utama Syarikat :
- Sona Petroleum adalah sebuah syarikat pemerolehan kegunaan khas
e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama
f) Bank Penasihat :
- CIMB Investment Bank Berhad
- OSK Investment Bank Berhad
- RHB Investment Bank Berhad
g) Pegawai Untuk Dihubungi :
CIMB Investment Bank Berhad :
Client Service Management
(+603-2084 6440) – ipocentre@cimb.com
RHB Investment Bank Berhad /
OSK Investment Bank Berhad :
MITI Call Centre Service
(+603 2071 9001) – ipomiti@rhbinvestmentbank.com
h) Tarikh Tutup Pendaftaran Minat Untuk Melanggan
: Penghantaran Borang Pendaftaran Minat Untuk Melanggan.
Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi
Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen
berkaitan pada 16 April 2013 (Selasa) telah
dilanjutkan sehingga 30 April 2013 (Selasa)
jam 5.00 petang



17 Apr 2013

Seminar Kerjaya.


Salaam

Kepada sesiapa di Johor Bahru yang masih tidak tahu samaada dia patut masuk ke industri unit trust atau tidak, kami menyediakan Seminar Kerjaya untuk anda. Anda tidak perlu masuk terus tetapi dengar dahulu tanpa apa-apa syarat.

Sesiapa yang berminat untuk join Seminar kerjaya ini bolehlah berhubung dengan saya.

Masa : Pukul 8.00 Magrib di sana
Tarikh 24 April
Tempat :Public Mutual, Tingkat 30, Bangunan Public Bank, Johor Bahru. (dekat Persada)

12 Apr 2013

Dana "Public Islamic Equity Fund" . Siri V

: Dzulfariz Azman
Ini adalah siri kelima dalam menceritakan pasal dana yang macam mana putuh dipengang sesuai dengan cara anda atau mengkin pelanggan anda. Kali ini kita lihat "Public Islamic Equity Fund".

Dana Public Islamic Equity Fund adalah satu dana yang mencampurkan saham-saham mewah, saham sederana dan saham berkapita rendah. Ianya penting pada orang yang tidak mahu mengambil tahu waktu ini waktu saham yang mana, saham mewah atau saham sederhana.

Dana Public Islamic Equity Fund ini bebas mengambil apa-apa dari saham yang patuh shariah. Jadi anda tidak perlu fikir saham yang mana hendak ambil asalkan pasaran kita normal dan tidak gawat, kita boleh ambil Public Islamic Equity Fund.

10 Apr 2013

Dana Seinbang - Kursus Siri IV




Ini adalah siri IV dalam kursus bagi mereka yang ingin mengetahui pasal unit trust. Kali ini saya cerita sedikit pasal dana  seimbang. 

Dana ini adalah seimbang dari sudut ekuiti  dan sukuk atau bond. Dana seimbang tidaklah terlalu tinggi risikonya dan boleh diberi sedikit kelonggaran kepada pengurus untuk mengimbangi dana. Bermakna lebih banyak dibeli ekuiti pada waktu yang difikirkan telah murah dan lebih susuk dibeli pada waktu equity telah mahal.

Kita lihat balance fund ini memberi pulangan rendah sedikit dari misalnya dana yang berkaitan saham mewah. Jadi ia sesuai untuk mereka yang takut risiko yang tinggi maka risiko sederhana adalah amat sesuai.

Sukuk dan ekuiti adalah berbeza diri sudut kenaikan. Ini membolehkan dana yang balance ini mendapat pulngan pada waktu saham sedang jatuh iaitu dari kenaikan harga sukuk..

9 Apr 2013

Kesihatan sangat penting walau apa yang dicita-citakan



Salaam.

Teringat saya satu cerita oleh seorang rakan saya, sekarang di Public Mutual jadi perunding unit amanah. Sebelum beliau ke Public Mutual, beliau sorang yang berpangkat hampir setiap minggu beliau ke luar negara, kadang ke Hong Kong, China, Jakarta, dan merata tempat. Jagi memanglah banyaklebih-lebih lagi bersangkut-paut dengan kaunter tersenarai di Bursa Malaysia.

Saya pendekkan cerita,  Beliau pada satu hari di lapangan terbang, rasa lain sedikit dan terus pengsan. Beliau tidak tahu apa yang terjadi waktu itu tetapi apabila beliau sedar beliau terus menulis sebuah surat kepada tempat beliau bekerja, yang beliau ingin berhenti kerja.

Disebabkan surat itu, beliau diziarahi oleh ramai orang terutama orang yang tidak ingin beliau berhenti kerja. "Ambillah masa anda, tapi jangan berhenti kerja" kata rakannya.

"Maaflah, saya dah pun tulis surat berhenti kerja" jawab beliau.

Makam Si Bongkok.

Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...