23 Mei 2013

Waktu sekarang waktu untuk saham sederhana dan saham rendah.

: Dzulfariz Azman

Saya ada bagi kursus sebelum ini yang mengatakan market kita terbahagi 3 , blue Chip, second liner atau saham sederhana dan saham bercapital rendah. Blue Chip naik dulu, mungkin sebelum pilihanraya. Saham harga sederhana naik selepas pilihanraya dan saham rendah juga naik selepas itu.

Kalau anda belum membaca pasal kursus itu anda boleh pergi ke Siri I, Siri II, Siri III, Siri IV dan Siri V




Saham sederhana boleh diwakili oleh dana PISTF yang mana saya letakkan graf kenaikan dari awal bulan 5. Kenaikan yang dekat 10% itu sebanarnya banyak.

Piof yang mewakili saham rendah (tak boleh masuk bagi EPF), juga naik yang amat banyak.

PIEF yang kurang untung sebelum ini, tiba-tiba telah meningkat keuntungannya. Ini kerana PIEF mempunyai saham dari blue chip, saham sederhana, dan saham rendah. Sebab itu PIEF, saya syorkan untuk orang yang malas hendak mengambil tahu kaunter mana yang hendak dibeli.

18 Mei 2013

Malaysian Investment & Stock Exchange Expo, Persada


Hari ini kami di Persada, Johor Bahru sebagai exhibitor di remisier station untuk hari terakhir. Saya telah belajar sesuatu yang baru di sini dan mengharapkan supaya lebih ramai orang akan hadir di expo ini yang berakhir hari ini, Ahad 19 Mei 2013. Dan sesiapa yang ingin berjumpa saya bolehlah datang di expo ini.
Terlalu banyak perkara baru yang boleh dipelajari di sini. Anda mencari francis, baru nak belajar saham atau hennak dengar debat, datanglah ke sini.

Makam Si Bongkok.

Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...