22 Ogo 2013

Update: Kejatuhan pasaran saham yang memberi peluang kepada semua.

Update: Setakat sekarang (4:12 pm) indeks turun 25 mata turun 1.44%.

Harga untuk hari ini telah menutup gap pada 1712. Saya rasa sudah mencapai target. Mungkin ia jatuh atau naik dalam jangka masa terdekat ini tetapi secara teknikalnya saya rasa ia akan naik. Ini untuk menutupi gap yang berada di atas pada 1740.

Ini adalah pendapat peribadi saya.

Ia juga disokong oleh Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi yang mana kita tidak mempunyai masaalah seperti di Amerika Syarikat. Kita sedang maju dan rancak sedangkan Amerika akan mendapat ekonomi yang sederhana.

20 Ogo 2013

Index FBMKLCI turun 37 mata. turun 2.1%. Memang dasyat tapi kenapa?

Sekarang ini pukul 3.55 petang. pada 20hb Ogos 2013

Index FBMKLCI turun 37 mata. Ia sekarang pada 1740.

"Itu 2.1 peratus tu. Ish-ish dasyat. Index ni nak jatuh lagi ke." tanya seorang rakan.

Saya pun menceritakan pasal indeks yang jatuh banyak.

"Sebenarnya apa yang berlaku, antaranya ialah Amerika Syarikat nak tarik balik pakej ransangan yang telah dibuat. Akhirnya bukan Amerika syarikat sahaja yang pasaran sahamnya turun tetapi turut ke seluruh dunia" jawabku.

"Kenapa Amerika Syarikat hendak tarik balik pekej ransangannya? Kalau saya, saya lihat dari Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi. Masa gawatnya bermula tahun 2008. Selepas 7 tahun hijrah dari 2008 adalah tahun 2014" tambahku lagi sambil memberitahu bahawa pendapat peribadi saya, anda digesa mendapatkan pandangan lain. Saya bukan membuat nasihat untuk membeli atau menjual cuma memberi pendapat.

"Masa gawat sehingga tahun hadapan?" tanya seorang rakan

"Ya. tahun hadapan. Masa ini pakej ransangan untuk mengurangkan kesan kejatuhan ekonomi amat-amat tidak berfaedah. Kerana kesan kejatuhan itu tidak lagi terasa, apatah lagi bila diberi kusyen empok. Masanya pun tinggal tahun hadapan, ada pendapat mengatakan sudah masanya" jawabku

"Apabila sudah hampir habis tempoh gawat yang kita tahu mengambil masa 7 tahun, segala kusyen lembut akan menjadi bantal." Jawabku lagi secara berlawak.

"Jadi bagi orang yang memahami Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi, dia akan tahu 7 tahun hijrah untuk masa gawat. Dan beberapa tahun selepas itu adalah zaman ekonomi yang sederhana. Dia juga akan mengetahui bahawa ekonomi di Malaysia sedang masuk ke zaman rancak untuk 7 tahun." aku memberi penjelasan.

"Kalau begitu, kenapa ekonomi Malaysia pun turun, dan banyak pulak tu." tanya seorang rakan lagi.

"Pasaran sahamnya bukan ekonominya. Pasaran saham bergerak seiring dengan ekonomi. Di sini pasaran saham akan bergerak ke bawah disebabkan adanya berita buruk mengenai ekonomi. Berita buruk ini akan menjadi bertambah buruk dengan adanya orang yang takut dan disokong pula dengan penjualan margin. Dan saya rasakan ia akan pulih semula dalam jangka pendek." jawabku sambil menulis dengan pena untuk memberi penerangan.

"Jadi kita tunggu di bawah kalau hendak beli. Tapi berapa banyak di akan turun" tanya rakan tadi.

Aku pun memberi penerangan sedikit. Kita kena lihat gap, yang saya sendiri percaya ia akan ditutupi. Setidak-tidaknya gap ini akan ditutupi. Jadi paling tidak, saya jangkakan di sini tapi carilah orang lain yang lebih arif.

Sekian. Sekiranya anda berminat menjadi konsultan unit trust, dan berminat mencerikan kepada pelanggan anda tentang masa gawat selama 7 tahun dan pelanggan anda tidak digalakkan untuk melabur waktu itu, hubungi saya. dfariz@pakarsaham.com


*penulis bukan orang yang layak memberi nasihat tentang saham, carilah orang yang lebih berkemahiran.

19 Ogo 2013

Zaman sekarang era zaman rancak yang mengambil masa 7 tahun.

: Dzulfariz Azman

Sekiranya anda terasa untuk memasuki unit amanah saham ini, masuk segera. Kerana apa yang anda terasa kekurangan itu, kami ada cara mengatasinya. Misal kata anda tidak tahu lanung pasal saham, kami beri kursus untuk anda tahu sedikit demi sedikit. Bukan sahaja syarikat kami beri kursus dengan bayaran yang teamat rendah, saya juga beri kursus untum anda tahu sedkit demi sedikit pasal industri ini.

Sekiranya anda tidak mempunyai atau kurang prospek, saya boleh jadikan yang kurang itu prospek yang besar. Sekiranya anda tiada prospek, saya akan bagikan sedikit senarai orang yang boleh dijadikan prospeks.

Sekiranya anda tidak pasti ekonomi dalam negara itu sama ada naik atau tidak, saya akan bagitau anda berdasarkan dua sub kitaran hayat ekonomi, kita sedang memasuki era zaman yang naik pada zaman rancak yang melampau selama tujuh tahun. Mungkin zaman rancak ada waktu-waktu turun sedikit, tetapi secara putara untuk 7 tahun itu ekonomi kita sedang naik seperti zaman yang berakhir tahun 1993.

Tahun 1993, saya belum jadi remisier tapi telah membantu remisier kerana waktu itu remisier tengah terlalu sibuk. Sibuk tak sibuk lah kalau penjual sayar di pasar pun berada di galeri pasaran saham. Siapa yang jaga perniagaan di pasar, saya pun tak tahu. Saya boleh beritahu, perniagaan saham pada waktu itu memang yang terbaik. Waktu itu pembayar cukai terbesar adalah remisier. Ramai pengurus bank jadi remisier. Dan masih ramai lagi, para pengurus bank,  yang masih berkhidmat di sini, UOB Kian Hian Secirities.

15 Ogo 2013

Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi. Kaedah Baru Dalam Memahami Pasaran Saham.



Salam.

Buku ini saya tulis untuk manfaat ramai. Hubungi cekapsaham@yahoo.com. Bakal berada di kedai-buku berhampiran.

13 Ogo 2013

Anda tidak Mahir. Apa itu kitaran pertama, Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi

: Dzulfariz Azman

Anda tidak perlu mahir untuk berjaya, tekat itu lebih penting atau buat sambilan dahulu. Terutama dalam industri unit trust ini.

Sekiranya anda lihat mereka yang jadi konsultan unit trust ini, Sedikit sangat yang pakar dalam saham dan selebihnya tidak tahu mengenai saham. Dan mereka bukan mahir di bidang ekonomi. Mereka ambil kursus-kursus yang tersangat murah di Public Mutual dan mereka nampak berilmu.

Orang yang anda kata mahir dalam ekonomi, bukan mahir mana pun. Anda pun boleh jadi lebih mahir. Melalui Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi, bakal teori yang saya bawa di sini akan menjadikan anda lebih mengetahui tentang ekonomi dan saham, serta memahami kehendak zaman ekonomi baik sangat iaitu mengimpan sedikit pemberian Allah kerana waktu itu manusia akan jadi pelupa. Pelupa untuk menyimpan yang akan menjadikan kita lebih baik amalannya. Pelupa untuk bersyukur. Pelupa yang suatu masa nanti akan jadi kegawatan yang panjang yang akan memakan duit simpanan di unit trust kita. Oleh itu janganlah disimpan di pelaburan ekuiti jika telah masuk waktu gawat.

Kebanyakkan kursus di Public mengambil masa 1 hari penuh. Kebanyakkannya dengan yuran RM10.00 untuk untuk nota-nota, tempat dan tetamu dari yang mungkin datang dari luar kawasan untuk berceramah. Kursus-sursus ini berkualiti dan akan menjadikan anda lebih berkeyakinan dalam industri ini.

MITI telah memberi peruntukan untuk UMW Oil & Gas Corporation

Salaam.

Ramai di antara pelabur yang ingin mengetahui sama ada permohonan untuk minat melabur mereka diterima. Jadi MITI telahpun menhantar surat jawapan kepada permohonan anda. Sekiranya anda menghantar sendiri (bukan melalui saya) sila semak surat-surat anda. Waktu sebegini anda mungkin balik kampung atau mungkin hilang dalam proses pos. Jadi semak surat-surat anda. Atau hubungi MITI untuk kepastian.

UMW Oil & Gas Corporation adalah saham terbitan baru yang saya secara peribadi menggalakkan anda memohon samada melalui MITI, (bagi bumiputra yang layak) atau secara undian. Selain unit trust yang lebih rendah risikonya berbanding pasaran saham terbuka, saham-saham ini adalah antara yang risiko lebih rendah dan pulangan lebih cepat.

Sekian. Selamat melabur.

6 Ogo 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Assalammualaikum.


Kami di pakarsaham ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua yang beragama Islam yang yang telah lama mengikuti kami.atau pun yang baru mengikuti kami. 


Walaupun kami amat percaya kepada "Dua sub kitaran hayat ekonomi", kami memohon ampun sekiranya ada apa sahaja kesilapan kami terutamanya dalam menceritakan pasal konsep-konsep berkenaan ekonomi yang baru. Kami juga momohon maaf atas kesilapan kami yang tidak disahajakan.


Makam Si Bongkok.

Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...