Darihal Penulis : Dzulfariz Azman
Anda tidak perlu mahir untuk berjaya, tekat itu lebih penting atau buat sambilan dahulu. Terutama dalam industri unit trust ini.
Anda tidak perlu mahir untuk berjaya, tekat itu lebih penting atau buat sambilan dahulu. Terutama dalam industri unit trust ini.
Sekiranya anda lihat mereka yang jadi konsultan unit trust
ini, Sedikit sangat yang pakar dalam saham dan selebihnya tidak tahu mengenai
saham. Dan mereka bukan mahir di bidang ekonomi. Mereka ambil kursus-kursus
yang tersangat murah di Public Mutual dan mereka nampak berilmu.
Orang yang anda kata mahir dalam ekonomi, bukan mahir mana
pun. Anda pun boleh jadi lebih mahir. Melalui Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi,
bakal teori yang saya bawa di sini akan menjadikan anda lebih mengetahui
tentang ekonomi dan saham, serta memahami kehendak zaman ekonomi baik sangat
iaitu mengimpan sedikit pemberian Allah kerana waktu itu manusia akan jadi
pelupa. Pelupa untuk menyimpan yang akan menjadikan kita lebih baik amalannya.
Pelupa untuk bersyukur. Pelupa yang suatu masa nanti akan jadi kegawatan yang
panjang yang akan memakan duit simpanan di unit trust kita. Oleh itu janganlah
disimpan di pelaburan ekuiti jika telah masuk waktu gawat.
Kebanyakkan kursus di Public mengambil masa 1 hari penuh.
Kebanyakkannya dengan yuran RM10.00 untuk untuk nota-nota, tempat dan tetamu dari
yang mungkin datang dari luar kawasan untuk berceramah. Kursus-sursus ini
berkualiti dan akan menjadikan anda lebih berkeyakinan dalam industri ini.
Selain dari itu ada juga disediakan kursus professional yang
lain dengan harga subsidi. Bayangkan anda masuk kursus-kursus professional
dengan harga, katakan, separuh harga asal sebab anda telah join kami.
Kami menyediakan senarai prospek bagi yang tidak tahu di
mana hendak mencari prospek. Atau kami terangkan bagaimana hendak berjumpa
prospek bagi yang sudak ada prospek. Ini adalah sesuatu yang sangat bernilai
yang kami berikan untuk bakal-bakal konsultan dan konsultan kami.
Kebanyakkan pelabur tidak akan marah sekiranya pelaburannya
turun untuk jangkamasa pendek kerana ini biasa dalam pelaburan. Bagi saya
mereka lebih takut kepada harga yang menjunam ke bawah untuk tempoh yang
panjang. Jika keadaan itu berlaku, anda boleh, antaranya cari pelabur yang lain
yang tidak marah untuk terus melabur, Atau anda boleh lebih berhati-hati dengan
menceritakan mengenai kegawatan dan cara-cara untuk pelanggan anda tidak teruk
terjejas dan anda juga tidak terlalu terjejas.
Saya, mencadangkan kita melabur dan berhati-hati. Ini
bersesuaian dengan ayat Al-Quran dalam surah Yusuf yang bermaksud
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam
bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam
biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu
jadikan untuk makan. (Yusuf 12:47)
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau
yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali
sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (Yusuf 12:48).
“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya
orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil
anggur, zaitun dan sebagainya)". (Yusuf 12:49)
Dari ayat-ayat ini ada menggambarkan bahawa adanya dua sub
kitaran dari kitaran hayat ekonomi yang perlu kita menyimpan untuk mengharungi
7 tahun yang gawat. Itu kitaran pertama. Ayat 12:49 pula kitaran kedua. Saya katakana
bahawa sekarang kita berada pada 7 tahun kitaran pertama yang menaik
.
Ini adalah gambaran yang saya bayangkan dan bolehlah dirujuk
kepada yang lebih arif.
Saya telah membantu ayah saya menjadi remisier tahun 1993 (saya jadi remisier tahun 1996). Waktu itu peniaga sayur dan ikan di pasar pun berada di pasaran saham. Ramai manager bank yang berhenti kerja dan masuk jadi remisier dan masih lagi remisier di sini. Pembayar income tax terbanyak adalah remisier. Tapi itu dahulu. Kali ini, saya menjangkakan konsultan unit trust yang akan jadi seperti remisier dalam tahun 1993.
Untuk yang hendak menjadi konsultan unit trust atau
perunding unit amanah anda boleh menghubungi saya di dfariz@pakarsaham.com atau cari di http://www.facebook.com/unittrustconsultants
Anda perlu menduduki peperiksaan yang senang (akan jadi susah jika lambat) dan perlu ada
1) Kad pengenalan
2) gambar passport 6
keping
3) Sijil Spm atau ke
atas yang original. Kredit dalam Bahasa dan Math
4) Duit Rm250.00
5) Sign agency
contract (saya beri)
6) Sign letter of
aoth (saya beri)
7) buka akaun public
bank dan apply e-banking (saya tunjukkan)