Darihal saya, Dzulfariz Azman.
Assalamialaikum
Dengan nama dan kehendak Allah yang maha pemurah, maha pengasih. DenganNya aku meminta pertolongan. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan dan kehendak Allah semata-mata.
Saya ingin jelaskan bahawa dalam mencari kekayaan material, kita sering terlupa pada kesihatan kita. Saya bawakan cerita nabi Ayyub itu kerana menjadi pengajaran pada kita.
Seorang bangsa Yahudi pernah memberitahu saya bahawa apa yang dia fahami dari membaca kitab 'the old testiment' atau 'kitab taurat yang diubahsuai' ialah 2 perkara amat penting. Iaitu pentingnya kesihatan dan pentingnya pasangan hidup.
Konsultan unit trust dan bakal-bakal konsultan unit trust sekalian.
Bukan saya mencari perkara yang buruk mengenai nabi Ayyub 'alahis salam, dia adalah nabi. Tetapi cerita kisah nabi Ayyub itu telah menceritakan bahawa kesihatan yang tidak dijaga itu membawa kepada kefakiran.
Ada dua perkara yang melampau atau 'extreme'. Satu adalah kesihatan nabi Ayyub yang teramat sakit dan yang kedua adalah keadaan nabi Ayyub dari kaya-raya hingga menjadi seorang yang terbuang dan dicela oleh masyarakat.
Ini adalah apa yang akan terjadi sekiranya kita melampau tidak jaga kesihatan. Sekiranya kita tidak menjaga kesihatan sedikit-sedikit kita akan menjadi seperti nabi Ayyub yang tidak menjaga kesihatan dengan sebab tidak mahu atau segan berdoa kepada Allah.
Sekiranya kita sedikit-sedikit kurang menjaga kesihatan kita, rezeki kita akan sedikit-sedikit berkurangan. Itulah yang saya ingin terangkan di sini. Walaupun perkara yang melampau yang diberitahu tetapi antara melampau itu terdapat titik-titik pertengahan yang juga akan mengurangkan rezeki kita. Jadi yang terbaik, jagalah kesihatan.
Saya menulis ini atas sebab saya sendiri pernah kena angin ahmar atau stroke pada umur 30-an. Saya pernah membuat perniagaan yang dikira tidak menjadi sebelum itu. Anda buat perniagaan? Jika "ya" , Alhamdu lillah. Tapi kesihatan anda terjaga? Jika "ya" pun Alhamdu lillah. Jika tidak, berubahlah.
Lebih teruk lagi adalah mereka yang makan gaji. Mereka ini tertekan. Lagi naik jawatan, lagi tertekan dengan gaji cuma lebih kurang 1/3 daripada yang sepatutnya. (jika diumpamakan dalam 2 sub kitaran ekonomi). Saya rasa mereka tahu apa yang saya maksudkan.
Bukan saya hendak mengecilkan sesiapa tetapi rezeki itu memang 90% dari perniagaan. Walaupun ada hadis yang mengatakan tetapi tiada dalam hadis sahih. Walaubagaimanapun saya masih mengatakan bahawa perniagaan adalah sebahagian besar dari rezeki. Sekiranya anda makan gaji, dengan tekanan yang diberikan, saya rasa tidak berbaloi. Saya minta maaf kepada mereka yang makan gaji, ini bukan untuk mengecilkan sesiapa setakat mencari kebebasan kewangan. Saya akan ceritakan mengenai kebebasan kewangan nanti.
Sekiranya anda belum tahu apa perniagaaan yang anda boleh buat, saya ajak anda ikuti sebagai konsultan unit trust. Anda buat perundingan, anda dapat duit sekiranya berjaya. Tetapi ada masanya anda tidak digalakkan melabur dalam ekuiti. Bila, bagaimana. Itulah yang kita hendak rundingkan. Di bawah saya, saya akan ajarkan cara hendak buat rundingan. Hubungi saya di dfariz@pakarsaham.com sekiranya anda berminat atau ingin tahu lanjut mengenai unit trust.
Jadi ikutlah pengajaran dari cerita nabi Ayyub, kesihatan itu penting untuk kekayaan. Atau pun kesihatan penuh itu membawa kepada kebebasan kewangan dan tidak jaga kesihatan itu membawa kepada kefakiran.
Satu lagi adalah pentingnya pasangan hidup dalam mencari kekayaan material. Kekayaan material yang saya tekankan di sini sebab kekayan itu dari banyak sudut samada material atau bukan termasuk contohnya berapa orang anak. Ada yang boleh kira dan ada yang tidak boleh kira, dan yang lebih banyak adalah yang tidak boleh kira seperti kesihatan. Jadi bagaimana pasangan hidup penting dalam mencari kekayaan material. Saya mungkin akan ceritakan kisah nabi Sulaiman yang mempunyai, kalau tidak silap saya sehingga 1000 isteri.
30 Sep 2013
19 Sep 2013
Sekarang zaman ekonomi rancak untuk 7 tahun.
Darihal Saya : Dzulfariz Azman
"Cuma 2 kali sahaja lagi yang boleh keluar dalam tahun ni.
Tahun depan sudah masuk jadual basic saving yang baru” kata seorang rakan
Kalau saya kira secara purata pelanggan yang dapat keluar RM10,000, orang yang sama akan
boleh keluar RM3,000 sahaja selepas tahun hadapan.
Kenapa EPF keluarkan satu jadual basic saving yang baru?
Saya tidak dapat jawab soalan itu. Mungkin ada banyak sebab
dan saya tidak tahu sebab yang mana yang membuatkan kerajaan menukarkan ke
jadual Basic Savings mulai 2014. Akan tetapi, salah satu sebabnya mungkin
“untuk musim ekonomi yang rancak
selama 7 tahun ini, konsultan unit trust akan mendapat income yang terlalu
banyak. Saya katakan antara RM4000 – RM5000 itu terlalu sedikit. Untuk itu dikurangkan
sedikit pendapatannya dengan cara dikurangkan keupayaan untuk orang melabur
melalui duit simpanan EPF mereka.”
17 Sep 2013
Perbezaan Syaitan dan Iblis
Darihal Penulis : Dzulfariz Azman

Adakah terdapat perkara yang berbeza antara iblis dan
syaitan.
Saya tpernah mendapat sedikit kata-kata guru melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengenai
nama iblis dan syaitan dan saya teruskan mencari nas-nas Al-Quran mengenai
perkara ini, dan saya telah menjumpai perkara yang akan dibincangkan di sini.
Iblis dari sudut bahasa arab, beerti putus asa. Putus asa
bermaksud kecewa dan tidak dapat kembali dari rahmat Allah. Putus asa ini amat
dahsyat kerana ia adalah permulaan kepada perkara-perkara negetif yang lain.
Dalam Islam kita memang disuruh berfikiran positif, kerana
segala yang positif itu ada dalam nama Alah, Asma Ul Husna. Kita sentiasa
berfikiran positif sebab terdapat banyak kelebihannya dan kita tidak putus asa
dari rahmat Allah. Apabila kita putus asa, ditakuti kita akan menjadi seperti
iblis.
Kenapa iblis dikatakan putus asa? Kita lihat ayat Al-A’raaf
ayat 13
“Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana
engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah,
sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”
(Al-A’raaf 7:13)
10 Sep 2013
Nabi Ayyub - Kesihatan yang tidak dijaga membawa kefakiran.
Darihal Penulis : Dzulfariz Azman

Salam, konsultan dan bakal konsultan sekalian
Saya masukkan balik cerita Nabi Ayyub a.s. Cerita seorang nabi yang tidak menjaga kesihatan sebab malu untuk berdoa akan menambahkan kefakiran. Terdapat penambahan sedikit yang saya buat di sini.
Sebelum
ini saya ada menceritakan mengenai pencarian pasangan hidup atau berkahwin atau
membuat sesuatu yang menyenangkan pasangan anda adalah salah satu daripada yang
menambahkan rezeki dan sebaliknya, merosakkan rumahtangga dengan cara apa
sekalipun akan mengurangkan rezeki. Kita tahu bahawa kita semasa bujang,
selepas kahwin, selepas anak satu, selepas anak dua dan seterusnya, rezeki itu
ada di mana sahaja. Walaupun gaji atau rezeki itu tidaklah naik sehingga
berkali ganda, tetapi boleh cukup untuk seorang anak dan cukup untuk anak yang
kesepuluh. Saya akan bercerita lagi akan datang.
Sekarang
saya ceritakan mengapa kita perlu beri perhatian kepada kesihatan melalui kisah
Nabi Ayyub. Kisah yang memberitahu kita bahawa kesihatan yang tidak dijaga akan
menjatuhkan orang yang kaya walaupun mempunyai isteri yang sabar.
Kita
ikuti kisahnya yang saya ambil dari laman web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9128.0
Bahawa Nabi Ayyub bin ‘Ish bin
Ishaq a.s adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak puteri Nabi Luth
a.s. Dan Nabi Ayyub adalah seorang laki-laki yang pandai, bersih, sopan santun
serta bijaksana. Sedangkan ayahnya seorang yang kaya raya, memiliki ternak,
unta, lembu, domba, kuda, keldai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria ) yang
dapat menyainginya dalam hal kekayaan.
6 Sep 2013
Anda takut hendak bercerita perkara yang benar. Ini tip untuk anda.
Darihal Penulis : Dzulfariz Azman
Bismillahir Al-Rahman Al-Rahim. Wa bihi Nasta’in. La haula wa laa quuwata illa billaah. Rabishrahli Sadri. Wa yasirli Amri. Wahlul ‘Uqdatam milisani. Yafqahu qauli.
Bismillahir Al-Rahman Al-Rahim. Wa bihi Nasta’in. La haula wa laa quuwata illa billaah. Rabishrahli Sadri. Wa yasirli Amri. Wahlul ‘Uqdatam milisani. Yafqahu qauli.
Siapa diantara kita di sini yang terasa amat payah untuk
berucap di khalayak ramai? Mugkin ramai juga antara kita yang takut dan ada
beberapa orang seperti guru sekolah yang rasa ini adalah perkara biasa. Bagi
yang tidak biasa, di sini saya ada tip untuk anda.
Kita berasa amat takut untuk berjumpa dengan orang
lebih-lebih lagi apabila berjumpa itu dengan orang yang amat besar pangkatnya.
Apatah lagi kita jumpa itu untuk pasal hendak mencerita pasal amanah saham,
kebaikan dan kelebihannya apabila melabur dengan kita.
Adalah menjadi perkara biasa untuk kita berasa takut untuk
berjumpa pula dengan orang yang lebih berkuasa dan lebih berpangkat. Untuk ini
kita diajarkan supaya menjadi berani. Pertama kita mesti ada sesuatu yang benar
untuk disembahkan dan kedua kita kena berdoa.
Ingat dua perkara penting di sini.
1) Kita
kena ada perkara yang hendak sampaikan. Kita perlu sampaikan dengan baik dan
sempurna dan dengan benar dan
2) Kita
perlu berdoa sebagai orang Islam. Berdoa itu senjata kita orang mukmin. Kita
tidak hanya percaya pada diri sendiri, tetapi kita berdoa kepada Allah yang
mengurniakan dengan apa yang hendak dikurniakanNya,
Langgan:
Catatan (Atom)
Makam Si Bongkok.
Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...


-
Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...
-
Salam Filing untuk Cukai Pendapatan (Income Tax ) Ramai juga konsultant yang tidak tahu yang dia kena tukar dari borang BE cukai pendap...
-
Salaam Kepada sesiapa di Johor Bahru yang masih tidak tahu samaada dia patut masuk ke industri unit trust atau tidak, kami menyediakan ...
