Darihal Penulis : Dzulfariz Azman
Bismillahir Al-Rahman Al-Rahim. Wa bihi Nasta’in. La haula wa laa quuwata illa billaah. Rabishrahli Sadri. Wa yasirli Amri. Wahlul ‘Uqdatam milisani. Yafqahu qauli.
Bismillahir Al-Rahman Al-Rahim. Wa bihi Nasta’in. La haula wa laa quuwata illa billaah. Rabishrahli Sadri. Wa yasirli Amri. Wahlul ‘Uqdatam milisani. Yafqahu qauli.
Siapa diantara kita di sini yang terasa amat payah untuk
berucap di khalayak ramai? Mugkin ramai juga antara kita yang takut dan ada
beberapa orang seperti guru sekolah yang rasa ini adalah perkara biasa. Bagi
yang tidak biasa, di sini saya ada tip untuk anda.
Kita berasa amat takut untuk berjumpa dengan orang
lebih-lebih lagi apabila berjumpa itu dengan orang yang amat besar pangkatnya.
Apatah lagi kita jumpa itu untuk pasal hendak mencerita pasal amanah saham,
kebaikan dan kelebihannya apabila melabur dengan kita.
Adalah menjadi perkara biasa untuk kita berasa takut untuk
berjumpa pula dengan orang yang lebih berkuasa dan lebih berpangkat. Untuk ini
kita diajarkan supaya menjadi berani. Pertama kita mesti ada sesuatu yang benar
untuk disembahkan dan kedua kita kena berdoa.
Ingat dua perkara penting di sini.
1) Kita
kena ada perkara yang hendak sampaikan. Kita perlu sampaikan dengan baik dan
sempurna dan dengan benar dan
2) Kita
perlu berdoa sebagai orang Islam. Berdoa itu senjata kita orang mukmin. Kita
tidak hanya percaya pada diri sendiri, tetapi kita berdoa kepada Allah yang
mengurniakan dengan apa yang hendak dikurniakanNya,
Doa yang saya baca tadi iaitu “Rabishrahli Sadri. Wa yasirli
Amri. Wahlul ‘Uqdatam milisani. Yafqahu qauli” adalah doa Nabi Musa yang saya
ambil dari Surah Taha ayat 20:25-28.
Dalam Surah Taha, Allah berfirman kepada Nabi Musa tentang
mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi Musa. Allah memberikan
mukjizat kepada Nabi Musa sebagai sesuatu yang benar yang datangnya dari Allah.
Kita lihat sebahgian dari surah Taha.
Allah berfirman yang bermaksud
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu
wahai Musa?"
Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya
semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada
kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".(Taha 20:18)
Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu
itu wahai Musa!" (Taha 20:19)
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor
ular yang bergerak menjalar.(Taha 20:20)
Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau
takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.(Taha 20:21)
"Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia
putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.(Taha 20:22)
"(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak
memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.(Taha 20:23)
"Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui
batas".(Taha 20:24)
Dalam ayay-ayat di atas, Allah memang banyak memberi kita
nikmat seperti dalam cerita Nabi Musa, diberinya satu mukjizat yang besar untuk
dia berjumpa dengan firaun dan berjumpa dengan segala macam tukang sihir. Sudah
tentu mukjizat itu lebih besar dari ilmu-ilmu sihir yang ada.
Sekiranya anda mempunyai mukjizat seperti itu, belum pasti
anda akan pergi menghadap firaun. Mungkin anda akan rasa takut. Di sini juga
juga ada diceritakan mengenai adap untuk berselisih pendapat yang saya tidak
ceritakan di sini.
Bukan saya mengecilkan kelebihan nabi yang ulul azmi, Nabi Musa
adalah seorang yang gagap. Tiga perenggan di bawah ini saya ambil dari http://takusahrisau.wordpress.com/2011/04/05/benarkah-nabi-musa-as-gagap/
Sewaktu kecil, Musa as pernah mendiami istana Firaun
laknatullah. Dalam satu peristiwa, Musa as yang kectika itu baru sahaja pandai
merangkak telah diuji oleh Firaun. Ini adalah detik musibah kepada Musa as yang
memberi kesan kepada lidahnya kemudian hari.
Dalam ujian itu, Firaun telah menguji Musa as dengan memberi
pilihan kepada baginda antara kurma dan bara api. Pada mulanya, Musa as telah
memilih kurma tetapi telah ditepis oleh Jibrail as. Ia menyebabkan Musa as
mengambil bara untuk diletakkan di mulutnya. Akibatnya, Musa as meraung dan
lidahnya melecur teruk dan apabila dewasa, Musa as tidak dapat mengucap sesuatu
perkataan dengan elok dan sering tergagap-gagap.
Ujian daripada Firaun laknatullah itu adalah untuk menguji
sama ada Musa as yang adalah seorang pembinasa kerajaannya kemudian hari atau
seorang kanak-kanak biasa. Umum mengetahui bahawa Firaun telahpun bermimpi
tentang seorang kanak-kanak akan muncul di kerajaannya untuk meruntuhkan
empayar di bawah kekuasaannya. Dek kerana mimpi itu juga, semua bayi yang baru dilahirkan
telah dibunuh dengan kejam dan Musa as adalah kanak-kanak yang bertuah kerana
terselamat daripada kekejaman Firaun.
Jadi orang yang membaca ayat doa tadi, bukan sahaja boleh
menjadi seseorang yang gagap supaya boleh bercakap dengan baik tetapi juga
mengampaikan hujah-hujah supaya orang-orang mendengar dan dipermudahkan segala
urusan dan dilapang dada.
Saya tulis balik doa tadi dan saya berikan makna
terjemahannya dari http://www.surah.my
Allah berfirman,
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku,
lapangkanlah bagiku, dadaku;
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
"Supaya mereka faham perkataanku;
Baru semalam saya mendengar seorang rakan membaca doa
tersebut dan berkata dia tidak tahu apa hendak diceritakan tetapi dia telah
bertahun-tahun diminta bercakap. Mula-mula disangka tidak boleh bercakap sebab
duduk di pejabat pun jarang jumpa orang tetapi bila sampai waktunya dia
bercakap dia boleh pulak bercakap.
Pasal apa dia boleh berucap? “Bukankah Doa Nabi Musa Tu” saya berfikir. Ia
tidak semestinya berkesan pada kali pertama tetapi jika diteruskan menjadi
amalan harian kita akan lihat kesannya.
Saya sendiri memang jauh dari rakan saya tadi bila pasal
berucap, apabila berucap saya tidak tahu apa yang hendak dicakap. Apabila suruh
juga saya bercakap, saya bercakap lah jugak. Syukur Alhamdu lillah ada doa dari
Nabi Musa yang cukup bagi saya cukup mujarab.
Jadi kita, sebagai bakal-bakal Konsultan Unit Amanah, anda
tidak perlu takut kerana anda bukan buat kerja seorang-seorang tetapi dalam
pasukan. Anda sekarang bolehlah membaca doa Nabi Musa a.s. untuk menjadi lebih
terserlah dalam bidang pelaburan ini.
Konsultan unit amanah perlu sentiasa kemas kini, apa yang
anda belajar mengenai dua sub kitaran hayat ekonomi itu benar dari hati saya,
dan amatlah sukar untuk menyakinkan orang tentang keadaan gawat yang
menakutkan. Untuk itu anda perlu mengambil keuntungan masa rezeki kita sedang
meningkat seperti zaman sekarang ini dan memberitahu pelanggan anda masa yang
tidak patut untuk melabur dalam ekuiti. Seperti
namanya, ia adalah konsep yang diambil yang perbagai sumber yang mencadangkan
bahawa ada satu kitaran yang rancak diikuti oleh kitaran yang gawat yang
melampau yang akan menutup kitaran pertama. Kemudiannya akan ada kitaran yang
kedua yang bersifat sederhana.
Hubungi dfariz@pakarsaham.com
bagi mereka yang berminat menjadi konsultan unit trust.
Dzulfariz Azman.