Darihal Penulis : Dzulfariz Azman

Adakah terdapat perkara yang berbeza antara iblis dan
syaitan.
Saya tpernah mendapat sedikit kata-kata guru melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengenai
nama iblis dan syaitan dan saya teruskan mencari nas-nas Al-Quran mengenai
perkara ini, dan saya telah menjumpai perkara yang akan dibincangkan di sini.
Iblis dari sudut bahasa arab, beerti putus asa. Putus asa
bermaksud kecewa dan tidak dapat kembali dari rahmat Allah. Putus asa ini amat
dahsyat kerana ia adalah permulaan kepada perkara-perkara negetif yang lain.
Dalam Islam kita memang disuruh berfikiran positif, kerana
segala yang positif itu ada dalam nama Alah, Asma Ul Husna. Kita sentiasa
berfikiran positif sebab terdapat banyak kelebihannya dan kita tidak putus asa
dari rahmat Allah. Apabila kita putus asa, ditakuti kita akan menjadi seperti
iblis.
Kenapa iblis dikatakan putus asa? Kita lihat ayat Al-A’raaf
ayat 13
“Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana
engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah,
sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”
Iblis diberitakan asalnya hidup dalam Syurga. Di syurga
dikatakan bukan tempat untuk orang yang menyombong diri. Apabila iblis telah
menyombong diri dengan tidak mahu sujud kepada Adam atas perintah Allah s.w.t.,
maka Allah telah berfirman dengan ayat tadi.
Sebelum itu semua malaikat disuruh untuk sujud kepada Adam.
Dan semua malaikat sujud kecuali iblis. Kita boleh lihat ayat sutah Al-A’raaf
ayat 13
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami
membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia
tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
(Al-A'raaf 7:11)
Nama ‘iblis’ digunakann di sini. Iblis menampakkan
kedegilannya atas sebab merasa megah kerana ia diperbuat dari api sedangkankan
Adam diperbuat dari tanah. Ini dapat dilihat dari ayat Al-a’raaf ayat 12 .
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu
daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih
baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia
Engkau jadikan dari tanah."
(Al-A'raaf 7:12) |
Azazil, nama asal kepada Iblis telah dijadikan dari api dan
Adam itu dijadikan dari tanah yang diberi bentuk. Atas sebab itu , Azazil
enggan tunduk menyembah kepada Adam. Maka jadilah ia dengan nama Iblis, yang
putus asa atau putus harapan.
Apabila ia diperintahkan supaya turun dari Syurga, maka
iblis pada masa ini telah berputus asa dari rahmat tuhan. Maka keluarlah,
sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.
Putus asa ini tidaklah terlalu besar kesalahan, jika dilihat
dari mata kasar, tetapi ia akan jadi permulaan kepada perkara buruk yang lain
iaitu khianat. Khianat ini boleh diumpamakan seperti ular yang mematuk mangsa
tetapi tidak makan. Mematuk mangsa itu tidak memberi manfaat kepada ular
tersebut sebab kalau mati mangsanya ia tidak boleh makan mangsa. Ular itu
mematuk mangsanya diumpamakan perbuatan yang khianat.
Iblis tidak meminta ampun atas kesilapannya sebaliknya terus
berputus asa. Kita tahu Allah s.w.t maha pengampun, walau bergunung kesilapan
yang pernah kita buat, dia tetap pengampun. Nabi Adam a.s pun apabila
mengetahui kesilapannya, memakan buah larangan, telah merayu kepada Allah. Ini
dikatakan dalam ayat 23 surah Al-A’raaf.
Kita boleh nampak perbezaan Iblis dengan Nabi Adam a.s. Nabi
Adam a.s terus meminta ampun atas kesilapannya dan tidak berputus asa tetapi
Iblis terus berputus asa.
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah
menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan
memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang
rugi".
(Al-A’raaf 7:23)
Kita tahu rahmat Allah amatlah besar. Kita tidak harus putus
asa dengan rahmat Allah walau apa pun terjadi. Sekiranya Allah tidak
mengampunkan kita dan memberi rahmatnya maka jadilaj kita orang-orang yang
rugi.
Kita berbalik ke ayat 19 dari surah Al-A’raaf yang mana
Allah mengingatkan kita bahawa Nabi Adam a.s masih tinggal di Syurga.
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di
dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu
berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya)
maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
(Al-A'raaf 7:19)
Iblis telah meminta agar ia diberi sehingga penghujung waktu
dan telah diperkenaankan. Bererti iblis tidak mati atas izin Allah sehingga
hari kiamat. Dalam waktu-waktu itu, iblis telah beruasaha untuk menggoda Adam
a.s..
Ayat berikutnya baru digunakan perkataan Syaitan. Iaitu ayat
surah Al-a’raaf (7:20)
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka
berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang
(sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:
"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini,
melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari
orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
(Al-A'raaf 7:20)
Di sini nama syaitan digunakan. Syaitan membisikkan agar
memakan buah larangan. Memakan buah larangan itu tidak menguntungkan bagi Iblis
atau Syaitan. Adam a.s. yang akan terima balasan jika ia ingkar dan makan buah
larangan tersebut. Syaitan tidak mendapat utung di sini. “Syaitan itu menyuruh
Adam a.s membuat perkara ingkar” itu merupakan perbuatan khianat.
Bagi saya yang lemah ilmu pengetahuan ini, syaitan ini
adalah bermaksud pengkhianat. Sebab itu dalam surah Al-A’raaf, apabila
peringkat pertama ia berputus asa ia disebut Iblis dan bila ia menghasut Nabi
Adam a.s, untuk melakukan perkara yang tidak menguntungkan ia(Iblis), ia terus
di disebut syaitan. Jadi dalam Surah Al-A’raaf, terdapat istilah iblis dan
syaitan.
Dari wikipedia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Syaitan kita
dapati
Syaitan di dalam bahasa arab, bermaksud 'Penuduh(The
Accuser), Speculator(Pembuat Andaian/Spekulasi)
Jadi kita telah mengetahui, sekiranya benar pendapat saya,
iblis bermaksud putus asa. Sesuatu yang memang tidak harus ada pada kita kerana
dikhuatiri kita akan menjadi pengkhianat atau syaitan. Penghianat dan Penuduh
atau pembuat andaian, seperti dalam wikipedia di atas, memang tidak jauh lari
maknanya.
Dalam perkara ini, apabila kita berhubung orang yang kafir
atau berkawan dengan orang yang tidak percaya dengan pendirian kita terutamanya
dari sudut agama, kita boleh ambil perhatian bahawa musuh yang tidak khianat
adalah lebih baik dari musuh yang khianat. Kedua Iblis dan Syaitan itu tidak
baik tetapi kita tahu bahawa Iblis lebih baik dari syaitan.
Kita kena berusaha memahami makna iblis san syaitan dan
memahami bahawa rakan yang putus asa itu lebih baik dari rakan yang khianat
kerana dalam kehidupan kita akan mungkin rakan-rakan kita yang khianat,
terutama apabila kita membuat pendapat untuk masa hadapan yang lebih baik atau
masa hadapan yang mungkin gawat yang tersangat.
--Dzulfariz Azman