Kisah-kisah adab
menyambut tetamu
Kita perhatikan
ayat Al-Quran yang bermaksud.
Malaikat-malaikat
itu berkata: "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah
ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah
kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha
Melimpah kebaikan dan kemurahanNya".
Saya suka berfikir tentang sifat yang dinyatakan di sini. Iaitu “Memanglah rahmat
Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini”..Rezeki Allah telah
banyak diberikan kepada ahli rumah ini. Siapa dia “ahli rumah ini”? Kita tahu
ia ditujukan kepada Nabi Ibrahim tapi Nabi Ibrahim seorangkah? Nabi Ibrahim
sebelum ini tinggal bersama anak saudara beliau Nabi Lut. Selepas berkahwin
dengan Siti Sarah, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar yang melahirkan
Nabi Ismail. Setelah Siti Sarah meninggal dunia Nabi Ibrahim berkahwin dengan
Keturah seperti yang diceritakan dalam Bible.
Kita akan lihat kisah Nabi
Ibrahim, Nabi Lut , Nabi Ismail, dan Keturah seperti di bawah.
Nabi Ibrahim
Dan sesungguhnya
telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa
berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata:
"Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab:
"Salam sejahtera kepada kamu". Maka tidak berapa lama selepas itu, ia
membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.
Beberapa
pengajaran tetang adab melayan tetamu yang dijadikan budaya oleh Nabi Ibrahim
diceritakan dilam ayat ini. Yang Pertama kita tidak boleh memilih tetamu tetapi
melayan sahaja tetamu walaupun tetamu yang tidak dikenali seperti utusan-utusan
atau malaikat-malaikat Allah.
Yang
kedua hendahlah dimulakan dengan memberi salam. Memberi salam itu sebagai
pembuka kata. Kita membuka kata dengan memberikan salah satu nama Asmaul Husna
yang pastinya lebih baik. Itu yang disampaikan oleh pada malaikat yang
berkunjung ke rumahnya.
Yang
ketiganya ,salam hendaklah dijawab. Hukum menjawab salam itu wajib dan memberi
salam itu sunat.
Yang
keempat menjemput masuk kedalam rumah seperti yang dikatakan “ia membawa jamuan
untuk mereka “ itu pastinya di dalam rumah.
Yang
kelima hendaklah menghidangkan mengikut kemampuan kita. Sepertimana Nabi Ibrahim
kemudiannya menghidangkan anak lembu yang dipanggang. Sebelumnya Nabi Ibrahim
bertanya kepada orang rumahnya apa yang ada untuk dimakan oleh tetamunya, Nabi
Ibrahim berfikir ini tidak cukup untuk para tetamunya maka menyuruh pekeranya untuk
menyembelih seekor anak lembu yang gemuk.
Yang
keenam hendaklah menjamu dalam kadar segera. Ini berdasarkan kisah Nabi Ibrahim
yang memberi jamuan yang tidak lama selepas itu.
Yang
ketujuh hendaklah memberi jamuan yang boleh dimakan terus dan bukan daging
lembu yang masih mentah tetapi yang telah dipangang.
Allah berfirman
lagi yang bermaksud
Maka apabila ia
melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal
mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka
berkata: "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus
kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)".
Apabila dilihat para tetamunya
tidak menyentuh hadangan, Nabi Ibrahim mendekatkan hidangan itu kepada
tetamunya supaya tetamunya mudah untuk menjamu makanan yang dihidangkan. Adap
melayan tetamu yang kelapan hendaklah mendekatkan hidangan atau memudahkan
tetamu supaya menjamu hidangan.
Dan isterinya pada
ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan
takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya
(melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan
sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.
Yang kesembilan ialah apa yang
dilakukan oleh para malaikat yang meredakan keadaan sehingga tuan rumah boleh
tertawa sebelum disampaikan maksud sebenar kedatangannya iaitu menyampaikan
berita gembira bahawa Nabi Ibrahim akan menerima anak.
Allah berfirman lagi yang bermaksud.
(Malaikat-malaikat
itu berkata): "Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya
telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan
didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa
permohonan)".
Malaikat
itu kemudiannya menceritakan hal buruk yang hendak dibawanya iaitu “Nabi Lut ,anak
saudara Nabi Ibrahim, akan menerima azab dari Tuhan ke atas kaumnya”. Jadi yang
kesepuluh hendaklah disampaikan berita yang gembira, seperti dapat anak,
sebelum berita yang buruk.
Nabi Lut
Nabi Lut apabila
dikunjungi malaikat terus membawa tetamunya ke rumahnya sama seperti Nabi
Ibrahim.. Nabi Lut mengetahui akan hajat kaumnya terhadap tetamunya , iaitu
berbuat jahat kepada tetamunya, tetapi Nabi Lut terus melindungi tetamunya
dengan memperlawa masuk. Jadi yang kesebelas melindungi tetamu seperti diri
sendiri.
Allah berfirman yang bermaksud.
Dan kaumnya pun
datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang
mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata:
"Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi
kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah,
dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada
di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi
nasihat)?"
Memberi jaminan bahawa
tiada yang akan merosakkan hubungan tetamu seperti di sini Nabi Lut berkata
“janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamuku”. Jadi yang keduabelas
memberi jaminan yang besesuaian bahawa tiada ada-apa merbahayakan akan berlaku
keatas tetamunya.
Nabi Ismail
Dalam cerita Nabi
Ibrahim yang melawat anaknya Nabi Ismail didapati isteri Nabi Ismail kurang
melayan tetamu dan tidak memberi hidangan kepada tetamunya. Isterinya berkata
hidup di sini amat susah dan tidak ada apa-apa untuk diberi makanan. Nabi
Ibrahim yang tidak dapat berjumpa dengan Nabi Ismail, terus balik dan memberi
pesanan agar jening pintu hadapan rumahnya itu ditukar secepat mungkin.
Apabila Nabi Ismail
pulang, isterinya menyampaikan pesan bahawa jening pintunya hadapannya patut
diganti secepat mungkin. Nabi Ismail yang faham maksud Nabi Ibrahim pun
memberitahu isterinya bahawa yang datang itu adalah bapanya dan menyuruhnya
menceraikan isterinya secepat mungkin. Isterinya pun diceraikan dan dihantar
pulang.
Nabi Ismail pula
berkahwin dengan perempuan lain dan Nabi Ibrahim datang melawatnya sekali lagi.
Nabi Ibrahim tidak juga dapat berjumpa dengan Nabi Ismail. Nabi Ibrahim
berjumpa dengan isteri Nabi Ismail. Kata isterinya, “Kelengkapan dirumah telah
cukup dan dia tidak tahu apa yang dicari. Nabi Ismail terlalu terburu-buru
untuk keluar walaupun semua keperluan telah cukup”. Semasa meninggalkan rumah
Nabi Ismail, Nabi Ibrahim kemudiannya berpesan agar jening pintu rumahnya
dikekalkan kerana masih kuat.
Apabila Nabi Ismail
pulang, isterinya menceritakan pasal tetamunya yang berpesan agar jening
hadapan tidak perlu ditukar kerana jening rumahnya masih kuat. Nabi ismail
berkata “itulah bapaku yang berpesan agar jangan diceraikan isteri mu”.
Kita bersama-sama
dengan isteri dan anak hendaklah
menjadikan adap melayan tetamu itu sebagai budaya dalam rumah kita dan
kemudiannya ke luar rumah. Dan satu lagi isteri itu merupakan tanah tempat kita
bercucuk tanam. Dalam fahaman ekonomi, isteri itu tempat untuk kita mencari
rezeki. Jadi yang ketiga belas, jadikan adap melayan tetamu itu satu budaya dan
percaya bahawa Allah akan memberi yang lebih baik dari apa yang kita belanjakan
untuk melayan tetamu.
Keturah
Tidak terdapat di
dalam Al-Quran tetapi nyatakan dalam kitab perjanjian baru atau bible bahawa Keturah
adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim .Ini diambil dari Bible
25:1
Abraham menikah lagi dengan seorang wanita yang bernama Ketura.
25:2 Istrinya itu melahirkan anak-anak yang bernama:
Zimran, Yoksan, Medan ,
Midian, Isybak, dan Suah.
Setelah kewafatan
Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan
ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor ). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan
berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan Allah 6 orang anak. Nama
anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan ,
Midian, Ishbak dan Shuah .
25:6 semasa
hidupnya ia memberikan banyak hadiah kepada anak-anak yang diperolehnya dari
istri-istrinya yang lain. Kemudian disuruhnya anak-anak itu pindah ke daerah di
sebelah timur Kanaan, supaya menjauhi Ishak anaknya.
Sebelah Timur Kannan
berarti Asia Tenggara jadi disuruh anak-anaknya berpindah ke Asia Tenggara. Anak-anak
mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari
perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon).Lihat, nama ini sama
dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.
Melayu itu ialah
bangsa pedagang atas sebab ilmu kesopanan dan adab melayan tetamu menjadikan
orang melayu begitu maju dalam berdagang. Bukankah ini kesan dari pengajaran
dari rumah Nabi Ibrahim.
Melayu mempunyai ilmu
pelayaran yang tinggi. Ini diceritakan dalam Bible bahawa Nabi Ibrahim telah
menyuruh mereka belayar ke sebalah timur Kanaan. Ilmu pelayaran ini mungkin
diambil dari peristiwa banjir besar dan tsunami pada zaman nabi Nuh.
Sejarah itu amat
penting jika tidak,mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian menulis,mengedit
malah sanggup mencuri sejarah warisan orang lain untuk membangkitkan estim diri
(self-esteem)?Raja-raja mereka tidak sampai hati membiarkan anak cucu mereka
berasa rendah diri di kemudian hari di hadapan bangsa-bangsa lain maka INILAH
CARANYA UNTUK MEMBANGKITKAN 'PRIDE' DAN 'NATIONALISM' pada semangat anak bangsa
mereka pada masa hadapan
Berbalik kepada Nabi
Ibrahim, mengapakah rahmat Allah dan berkatnya telah melimpah-limpah ke atas
Nabi Ibrahim ini. Mungkin yang ke empat belas ialah menjadikan adap melayan
tetamu sebagai routin harian dan berpindah ke cucu-cicit sehingga dia boleh
menjadi pedagang. Mungkinkah apa yang diajarkan mengenai budaya menyambut
tetamu itu memang sesuai dengan melahirkan keberkatan dari Allah. Sesuai dengan
hadis ini
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka
dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”
Nabi Ibrahim
adalah seorang yang kaya dan dikatakan mempunya dua belas ribu ekor anjing
untuk menjaga ternakannya. Begitulah kayanya Nabi Ibrahim tetapi tetap melayan
tetamunya dengan baik.
Bersesuaian juga
dengan cerita pada zaman Nabi Sulaiman, seorang yang amat-amat kaya mempunyai
kerajaan yang amat besar yang ditegur Allah kerana melayan tetamu dengan tidak
sepenuh hati. Ceritanya seperti berikut
Pada suatu hari Nabi Sulaiman AS telah
dikunjungi oleh seorang tetamu. Dia adalah seorang yang kafir. Baginda pada
waktu itu berfikir bahawa tidak perlu tetamu itu dimuliakan dan dihargai
sepertimana tetamu dari kalangan pengikutnya kerana dia adalah seorang yang
kafir. Lantas baginda hanya menghidangkan tetamunya dengan minuman dan bercakap
dengan seadanya.
Sekembalinya tetamu itu, baginda telah
didatangi malaikat Jibril A.S menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah,
Allah menegurmu, mengapa engkau melayan tetamu seperti itu ?
Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu
itu) dari golongan kafir?”
Jibril bertanya:”Siapakah yang menciptakan
langit dan bumi ini?”
“Allah!” Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin.
Jibril : “Siapakah yang menciptakan
malaikat, jin dan manusia?”
Nabi Sulaiman : “Allah!”
Jibril :”Siapakah yang menciptakan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?”
Nabi Sulaiman :”Allah!”
Jibril :”Siapakah yang menciptakan orang
kafir itu?”
Nabi Sulaiman :”Allah!”
Jibril : “Lalu, berhakkah engkau berlaku
tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?”
Nabi Sulaiman A.S terdiam dan terus bersujud”.
Nabi Sulaiman : “Ya, Allah! Ampunilah
hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini.”
Kemudian malaikat Jibril menyampaikan
wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, pergilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu.
Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”.
Dengan segera Nabi Sulaiman mencari
tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari
dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota . Nabi Sulaiman A.S
dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang
masih termengah-mengah, baginda berkata: “Saudara, tunggu…!”
Tetamu tadi menoleh dan melihat keadaan
Nabi Sulaiman dengan kehairanan lalu bertanya: “Kenapa?”
“Saudara… sudikah kamu memaafkan tingkah
laku saya tadi, ketika mana kamu menjadi tetamu di rumah saya tadi?”
Orang itu diam. Jauh di sudut hatinya,
sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan
termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran
Tauhid yang dibawa oleh baginda.
Tetapi dia terus juga bertanya: “Kenapa,
wahai Sulaiman?”
“Allah menegurku, setelah engkau pulang
dari kediamanku.”
“Allah? Siapakah dia?” Tetamu itu
bertanya.
“Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan
Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang
menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu
bagi-Nya.”
“Lalu, kenapa Dia menegurmu?” Tetamu itu
terus bertanya.
“Allah menegurku, kerana aku sudah tidak
berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu sebagai tetamu. Allah yang Maha
Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku
berlaku tidak adil terhadapmu?” Nabi Sulaiman menerangkan keadaan sebenar.
“Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman,
memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?” Tetamu itu bertanya
penuh taajub.
“Iya…! Maafkan sikapku tadi wahai saudara,
ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu” Nabi Sulaiman meminta.
“Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla
ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!” ucap si tetamu.
Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi
Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.
Sebenarnya bila Allah memerintahkan kita
berbuat sesuatu ataupun meninggalkan sesuatu pasti akan ada hikmahnya yang
besar di sebaliknya. Lihatlah, dengan hanya memuliakan tetamu bisa membuatkan
hati seorang kafir menjadi lembut dan menerima Islam.
Budaya menyambut
tetamu ini akan menjalin hubungan yang rapat. Hubungan yang rapat ini adalah
satu asset yang penting terutama bila membuat urusan jual beli. Dengan menjalin
hubungan adalah satu cara kita ingin maju dalam perniagaan kita. Dalam islam
budaya menyambut tetamu ini kita lakukan dengan tidak mengira sesiapa tetamu kita,
kita layan dengan baik. Ini bersesuaian dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut
yang tidak kira siapa tetamu. Kita menjadikan budaya menyambut tetamu kita
untuk tiga hari dan selebihnya adalah sedekah.