20 Dis 2013

Komet ISON (C 2012 S1), Seperti matahari terbit di sebelah barat

Penulis : Dzulfariz Azman

Komet ISON (C 2012 S1) dijumpai oleh Pengkaji bintang Rusia Vitali Nevski and Artyom Novichonok pada 21 September 2012. Ia akan dekat dengan matahari pada 28 November 2013 lebih kurang 1,860,000 kilometer dari titik tengah matahari.[1]

Komet ISON [2]

Komet ISON dijangka akan mejadi cerah apabila ia terbakar dan bergerak memusing matahari dan kecerahan ini akan dapat dilihat tanpa teleskop. Tiada sesiapa yang tahu berapa cerah komet ini, kemungkinan ia dapat dilihat seperti dua matahari yang satu akan terbit di sebelah barat. Ada pengkaji bintang yang menjangka terdapat dua bulan di malam hari.

Kita kena tunggu dan lihat apabila komet ini berada jauh sedikit dari matahari untuk kita mengetahui sama ada terdapat seperti dua matahari yang satunya berada di sebelah barat. Saya menjangkakan ini akan berlaku sekitar Januari 2014. Ya bulan hadapan.

Kalau betul ini berlaku maka ini adalah satu tanda bahawa kiamat sudah semakin dekat. Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan hadits ini dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu:

Bersegeralah kalian dalam beramal (sebelum datang) enam hal: terbitnya matahari dari barat, asap, Dajjal, binatang, sesuatu yang khusus untuk kalian (kematian), atau masalah yang umum (hari Kiamat).




[1] en.wikipedia.org/wiki/Comet_ISON
[2] diambil dari en.wikipedia.org/wiki/Comet_ISON

18 Dis 2013

Isteri, tempat untuk menyemai ekonomi.

Bismillah Al-Rahmaan Al-Rahiim. Wabihi nasta'in. Laahaula wa laa quuwata illa billaah.

Bagi mereka yang baru hendak berkahwin dan mereka yang baru hendak mendapat anak pertama atau kedua, memang saya syorkan membaca artikel ini. Ini kerana mereka yang baru memasuki alam perkahwinan mempunyai banyak unsur kasih sayang dan begitu juga yang baru mendapat cahaya mata.

Kita mengucapkan "Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha Pengasihani" setiap kali memulakan kerja. Bukankan kata pemurah itu lebih luas dan pengasihani itu lebih tertumpu kepada sesuatu. Bukankah kasih sayang yang juga amat banyak ketika kita memulakan alam perkahwinan dan kemudian beransur-ansur berkurangan atas sebab kita adalah manusia yang pelupa. Juga bila kita menimang cahaya mata, juga banyak unsur-unsur kasih sayang yang kemudian pudar apabila anak itu membesar.

Sedar atau tidak bahawa rezeki itu dijemput untung datang pada waktu kita memulakan rumah tangga dan waktu mendapat anak? Rezeki itu dijemput melalui sifat kasih sayang. Waktu mendirikan rumahtangga, bagi pihak lelaki perlu membuat kenduri di kedua-dua belah pengantin lelaki dan perempuan (membuat hantaran untuk kenduri perkahwinan di belah perempuan). Sesetengah pengantin yang disponsor, dipinjam duit dari orang lain atau oleh bank, dibiaya sendiri tetapi walau apa pun ianya banyak yang perlu selesaikan dan selesai juga akhirnya. Mungkin ada yang settle kemudian, tetapi selesailah juga. Sesuatu yang besar seperti kenduri kahwin mampu diselesaikan.

Saya telah interview beberapa orang untuk mengetahui sama ada mereka memdapat rezeki yang lumayan ketika mendapat cahaya mata. Jawapan yang saya dapat adalah "ya" untuk setiap cahaya mata. Mungkn jawapan saya terima itu berat sebelah, atas faktor rakan-rakan yang saya tanya, jadi anda buat interview anda sendiri.

Allah berfirman

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
(Al-Baqarah 2:223)

Kita lihat semula sebahgian dari ayat itu yang mengatakan "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai". Saya memahami ayat ini adalah perumpamaan. Isteri itu bukan kebun dengan erti kata sebenar tetapi diumpamakan dengan kebun.

Kita mahu faham 1) Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.

Kita lihat perumpamaan lain. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 265 ada mengatakan

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.
(Al-Baqarah 2:265)

Ayat kebun juga digunakan di sini. Ia menunjukkan kebun di tempat yang tinggi itu perumpamaan bagi orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah. Sebenarnya orang zaman sekarang ini malas. Malas hendak mengusahakan kebun. Jadi bagaimana? Tentunya perumpamaan kebun di sini, bukan kebun sebenar tetapi adalah hasil ekonomi. Hasil ekonomi yang kita kerjakan sendiri.

Ayat kebun di sini bermaksud tanah yang sesuai untuk bertanam atau tanah yang subur untuk menyemai hasil ekonomi kita. Bermakna sekiranya kita tidak berkahwin, maka kuranglah tanah untuk kita tanam hasil ekonomi kita kerana isteri itu merupakan kebun, tempat menyemai hasil ekonomi kita.

Jadi 1) Isteri-isteri kamu adalah tempat kita menyemai hasil ekonomi kita.

Sekiranya selepas berkahwin, kita semakin kurang kasih sayang. Maka semakin kuranglah hasil ekonomi yang kita boleh dapatkan kerana tanah yang subur itu telah tidak subur lagi. Apabila ia berakhir dengan penceraian, habis hancur ekonominya.

Pasangan yang bercerai biasanya akan merosakkan ekonominya. Mungkin tidak banyak pasangan bercerita mengenai ini, tapi saya boleh katakan ekonomi mereka hancur lebur dan musnah ranap sehinggalah mereka mendapat pasangan baru atau mereka berbalik semula.

Sekiranya kita lihat beberapa orang yang saling bercinta walaupun setelah berpuluhan tahun berkahwin, kita lihat rezeki yang tuhan beri padanya terlalu banyak. Bukanlah kita 'jealous' tak kena tempat. Kita lihat Menteri-Menteri atau Perdana Menteri sekalipun atau Timbalan Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, adakah mereka menjaga isteri mereka sebaik mungkin. Adakah kita menjadi orang yang mengatakan "Dia , tiap-tiap petang akan telefon orang rumah dia walaupun kat Australia, maklumlah takut bini" atau kita kata "Kalau dia telefon isteri dia tiap-tiap petang, aku akan telefon isteri aku tiap-tiap pagi dan petang".

Saya teringat cerita tentang orang yang menelefon isterinya tiap-tiap lepas mahgrib. Orang itu berjaya. Kita lihat orang yang bertaraf menteri yang juga telefon isterinya tiap-tiap hari mereka juga berjaya. Seorang yang juga buat perkara yang sama pun berjaya di dunia dan pernah berkata "Saya tahu betapa pentingnya isteri melalui perceraian isteri pertama saya, kini saya jaga hubungan kami suami-isteri."

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
(Yaa Siin 36:36)

Kita lihat kejadian alam ini berpasang-pasang, ada lelaki, ada perempuan, ada jantan ada betina, ada langit, ada bumi, ada siang, ada malam dan bukan itu sahaja tiap-tiap sesuatu itu berpasang sama ada dari tumbuh-tumbuhan atau benda-benda lain. Sama juga dengan tanah, tempat menyemai hasil ekonomi sudah tentu bepasangan dengan pengusahanya. Tanah yang subur tetapi tidak diusahakan akan jadi belukar. Tanah perlukan pengusaha, pengusaha perlukan tanah. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri.

Konsultan unit trust yang dikasihi dan juga bakal konsultan sekalian. Menjadi konsultan unit trust memang mencabar. Ia mencabar kerana kita untuk memberitahu pelanggan akan kegawatan yang mungkin akan berlaku. Anda sendiri kena percaya bahawa adanya kegawatan kemudian diceritakan kepada pelanggan. Mungkin waktu ini anda mudah mendapat pelanggan tetapi apabila masuk waktu gawat, mereka yang tidak diberitahu tentang kegawatan itu akan lari. Bukan itu sahaja, mereka akan marah dengan anda. Ini kerana pelaburan ini mungkin satu-satunya perlaburan yang mereka ada, anda suruh beli lagi, ia turun lagi. Lama-lama siapa yang tidak marah.

Saya amat-amat tidak menggalakkan anda mengambil kesempatan waktu ekonomi yang rancak sebab banyak faedahnya yang ada akan dapat jika anda memberitahu kepada pelanggan anda konsep-konsep kegawatan dan bagaimana mengatasinya.

Masa bila kegawatan itu? Konsultan-konsultan dibawah saya bolehlah masuk ke diskusi dan masuk kursus dijalankan. Bakal-bakal konsultan akan diberi taklimat apabila anda join untuk mengambil ujian cute yang wajib untuk menjadi konsulktan unit trust. Hujah-hujah saya disandarkan dari kitaran ekonomi Nabi Yusuf dan Kitaran Ekonomi Nabi Musa dan beberapa perumpamaan di dalam Al-Quran. Ataupun anda boleh dapatkan buku "Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi. Kaedah Baru Memahami Pasaran Saham" yang ditulis oleh saya sendiri.

Saya menggalakkan mereka yang baru hendak berkahwin supaya masuk menjadi konsultan. Walaupun mereka ini tidak diminati oleh konsultan-konsultan lain mungkin sebab terlalu muda, tetapi saya menggalakkan sangat. Jika berminat, boleh menghubungi dfariz [at] pakarsaham . com. Jangan lupa tukarkan [at] kepada @.

13 Dis 2013

PIEF, PISEF dan pasaran saham

Salaam.

Market sudah tinggi sekarang ni. Adakah patut saya keluar atau buat 'switching' atau pertukaran kepada dana yang tidak jatuh sekarang ini?

Kita lihat Public Islamic Select Enterprise Fund (PISEF) dan Public Islamic Equity Fund (PIEF) sekarang.



Dari pemerhatian saya, (saya menggalakkan anda mendapat pandangan orang lain yang lebih arif) indeks untuk pasaran saham Malaysia telah memotong garisan 'resitance'.Ini mencadangkan bahawa ia akan terus naik lagi mengikut kata analisa teknikal. Garisan yang teratas sekali merupakan garisan target saya juga dibuat dari analisa teknikal untuk garisan berwarna merah.

Jadi target saya akan berada jauh di atas. Sekiranya berlaku kenaikan harga saya rasa pemegang unit trust dalam dana tertentu akan mendapat keuntungan yang besar.

Kedua. 31 Disember merupakan hari penutupan a/c untuk kebanyakan aktiviti syarikat. Ia biasanya akan menyaksikan 'window dressing' atau kenaikan yang mungkin sementara atau kekal. Kenaikan harga ini untuk melihatkan prestasi yang baik untuk tahun ini. Jadi anda boleh fahamlah maksud saya.

Ketiga. Untuk mereka yang boleh melabur melalui simpanan EPF mereka, untuk tahun hadapan, jadual yang digunakan adalah jadual yang baru iaitu mulai tahun 2014. Jadual baru ini akan mengurangkan keupayaan anda melabur. Jadi sekiranya anda ingin melabur dengan lebih banyak melalui akaun EPF, laburlah sebelum 1/1/2014.

Keempat, bagi yang mengikuti konsep saya "Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi", anda mungkin mempercayai bahawa adanya kegawatan yang mungkin berlaku mulai 2018 atau 2019 atau 2020. Anda juga mungkin mempercayai bahawa ekonomi yang benar-benar rancak 7 tahun sebelum itu yang mungkin sekarang tahun 2013 sehingga ke waktu gawat. Anda mungkin tidak mahu terlepas waktu ini.

Kelima. Kita lihat FBMKLCI terdapat gap yang mengcadangkan bahawa indeks itu akan jatuh untuk menutup gap-gap yang ada. Tetapi apa itu gap?

Gap adalah perkataan bahasa Inggeris yang dalam konteks ini bermaksud terputus. Dibawah ini adalah contoh gap.



Gap biasanya akan ditutup walaupun tiada teori teknikal yang mengatakan begitu. Dari pemerhatian saya semua gap pada FBMKLCI akan ditutup dalam jangkamasa kurang 1 tahun. Jadi jika ada gap yang belum ditutup, kita tahu bahawa ianya dijangka akan ditutup dalam masa kurang dari setahun.

FBMKLCI menyaksikan gap pada lebih kurang 174X mata yang belum ditutup. Kalau sekarang indeks 1840 bermakna ada 100 mata untuk FBMKLCI turun. Jadi anda kena berhati-hati dan buat 'switching' dana ke Money Market Fund seperti PIMMF pada waktu yang tertentu. Konsultant di bawah saya juga diingatkan supaya bersedia. Kita tidak boleh serah semua kepada pengurus pelaburan. Sila lihat artikel lepas yang saya tulis di sini.

Konsultan di bawah saya dan bakal-bakal konsultan sekalian. Kita jadi konsultan atas sebab para pelabur percaya pada kita. Jangan biarkan kepercayaan itu hilang atas sebab sedikit jumlah yang diberikan sebagai komisyen. Kenalilah waktu rancak dan waktu gawat. Jangan sesekali menyuruh pelangan melabur pada waktu gawat.

Saya telah menjadi remisier sejak 1996, telah banyak mengajar saya tentang kesabaran dalam industri ini. Saya ingin menekankan bahawa waktu yang rancak itu kita akan mendapat ramai pelanggan tetapi keuntungan kurang bagi pelanggan tersebut. Sebagai konsultan unit trust, perkara yang sama akan berlaku.

Join traning konsutant. Bagi bakal-bakal konsultant, boleh hubungi dfariz@yahoo.com.

Makam Si Bongkok.

Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...