25 Jan 2014

komet ISON, FBMKLCI dan kisah Nabi Ibrahim.

Dari Dzulfariz Azman
Kemaskini.

Salaam
Komet ISON

Komet ISON, ada setengah orang mengatakan ia bukan komet, telah diberitakan telah mengelilingi matahari dan terbakar dan menjadi kecil akibat kebakaran. Ianya mungkin tidak nampak seperti ada dua matahari yang satunya berada di barat.

Saya menulis sedikit mengenainya dalam blog saya di bawah tajuk "Komet ISON (C 2012 S1), Seperti matahari terbit di sebelah barat" Ia pada mulanya dijangka akan terbakar dengan terangnya dan dapat dilihat seperti matahari atau bulan.

FBMKLCI

FBMKLCI telah turun dan hari ini ai akan mencuba gari support pada 1800. Sekiranya anda ingat lagi, gap yang sebelum ini di bawah 1750 msih belum ditutup. Kami masih mempunyai pendapat yang sama dalam traning, closed group. Ingatlah bahawa switching itu amat penting untuk kita berikan yang terbaik untuk pelanggan kita.

Saya memahami bahawa susah untuk memberitahu pelanggan bahawa pasaran saham akan jatuh sedikit, dengan berbagai fahaman. Ada yang mengatakan bahawa ia akan jatuh terus dan lebih baik keluar daripada pasaran dan masuk semula ke kwsp, ada yang mengatakan tidak perlu kita buat apa-apa sebab ada fund manager yang jagakan saham-saham mereka, ada yang mengatakan bahawa dia akan tunggu lepas hari raya cina dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, ianya satu pengalaman yang menarik walau apapun fahaman mereka. Fahamilah bahawa pasaran saham yang rancak akan memberi banyak fahaman yang kurang mempercayai kepada keadaan kejatuhan yang banyak. Pada pendapat saya, ini akan berlaku sekitar tahun 2018 hingga tahun 2020.

Konsultan dan bakal-bakal konsultant saya, Index fbmklci biasanya turun dengan cepatnya jadi jangan tunggu sehingga ia jatuh untuk membuat swithing.

Kisah Nabi Ibrahim

Saya menggalakkan konsultan unit trust agar memahami "Budaya menyambut tetamu yang diajarkan oleh nabi Ibrahim". Lebih-lebih lagi budaya yang pertama iaitu "melayan tetamu itu tidak mengira siapa tetamu kita itu". Tidak kira manusia atau malaikat, binatang atau tumbuhan, orang Islam atau bukan, kita layan dengan baik. Itu perkara yang paling mudah untuk dilakukan tetapi sering diabaikan.

Untuk konsultan unit trust, adalah amat penting kita melayan tetamu dengan konsep ini. Tidak kira ia beragama Islam atau bukan, dia tetap tetamu kita yang perlu dilayan dengan baik. Dalam artikel yang lepas-lepas saya mengenai budaya menyambut tetamu yang diajarkan oleh nabi Ibrahim dan yang serumah dengannya, saya juga menceritakan darihal nabi Sulaiman yang melayan tetamunya tidak sepenuh hati disebabkan mereka bukan beragama yang sama dengannya. Saya mengingatkan para konsultan unit trust dan bakal-bakal konsultan sekelian supaya mengambil pengajaran dari kisah tersebut.

Anda perlu buktikan bahwa tiada diskriminasi dalam layanan anda dalam apa-apa yang anda lakukan barulah anda akan berjaya dalam apa yang anda lalukan terumama sebagai unit trust konsultan mahupun sebagai dakwah.

Saya doakan anda berjaya dalam apa-apa yang anda ceburi.

Makam Si Bongkok.

Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...