28 Jul 2014

Ucapan Selamat Hari Raya. Hadis Nabi Muhammad s.a.w. lebih baik dari teori Nasrani atau Yahudi.

Dari Dzulfariz Azman

Assalammu alaikum kepada semua umat Islam yang mengenali saya, Dzulfariz bin Azman.Selamat sejahera bagi yang belum beragama Islam.

Semperna bulan Syawal, saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, hari kemenangan untuk orang Islam. Semperna itu, di bulan yang baik ini, saya meminta maaf atas apa-apa kesilapan yang pernah saya lakukan sama disedari atas tidak.





Salah satu konsep yang diutarakan adalah konsep "cashflow quadrant' iaitu makan gaji, bekerja sendiri, perniagaan dan pelaburan yang dikeluarkan oleh Robert Kiyosaki. (http://en.wikipedia.org/wiki

/Robert_Kiyosaki)

Saya tidak beberapa fasih tentang konsep Robert Kiyosaki ini, kerana terdapat apa yang lebih baik dari itu yang saya cuba ikut iaitu hadis Rasulullah s.a.w.


Sesungguhnya, telah ada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu 'iaitu' bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah." (Surah Al-Ahzab:21)

Dalam konsep ini dikatakan seseorang sepatutnya berubah daripada makan gaji kepada konsep pelabur. Apakah ini yang dicadangkan oleh Nabi Muhammad?

Nabi Muhammad s.a.w pernah bekerja makan gaji sewaktu kecil sewaktu ia bekerja sebagai pengembala kambing. Pengembala kambing selalu dilakukan oleh kanak-kanak dan Nabi Muhammad adalah seorang kanak-kanak yang bekerja  sebagai pengembala kambing. 


Ikut hadis berikut.


Allah S.W.T tidak mengutuskan seorang Nabi melainkan dia mengembala kambing.” Para sahabat bertanya berkenaan diri baginda. Baginda menjawab, “Ya!..Aku juga pernah mengembala kambing penduduk Mekah dengan mendapat upah beberapa qirat.”(H.R Bukhari)

Tidak disyak lagi, beliau pernah bekerja, makan gaji, sebagai pengembala kambing. Dan perkerjaan ini dilakukan oleh kesemua para nabi termasuk nabi kita nabi Muhammad s.a.w. Ianya satu pekerjaan yang amat mulia disisi Islam.

Kita kena lihat contoh yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w. Walaupun tiada yang menghalang usaha makan gaji, ia juga halal dalam Islam tetapi kita kena lihat apa yang dilakukan nabi Muhammad s.a.w. sebagai yang terbaik. Di sini saya katakan perkerjaan yang memberi ruang untuk kita mengusahakan mengikut pendapat kita sendiri itulah yang digalakkan.


Nabi Muhammad s.a.w kemudiannya berusaha sebagai mudharib kepada Saidatina Khadijah r.a. Saidatina Khadijah r.a sebagai pemegang harta atau pelabur, dan nabi Muhammad s.a.w. sebagai mudharib, orang yang diberi kuasa untuk mengurus perniagaan kepada pemegang harta dengan sysrat-syarat tertentu.


Irfan Khairi ada mengatakan



Dalam konteks bisnes, Khadijah telah memberikan kuasa sehingga ke tahap yang tertentu kepada para pekerja dan ‘mudarib-nya’ iaitu (rakan kongsi yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan)  untuk menjalankan bisnesnya. Ini terbukti, apabila rombongan para pekerja dan mudarib-nya berniaga, beliau tidak turut serta bersama mereka. 
Dalam konsep ‘Mudarabah’, perniagaan dikendalikan oleh mudarib dan para pekerja yang diberi kuasa untuk melanjutkan ‘empowerment’. Namun begitu, pemantauan yang berterusan tetap di jalankan. 
Pada masa ini beliau terpaksa bersaing dengan peniaga-peniaga yang lebih berpengalaman atau lebih 'senior'. Walaubagaimanapun beliau dapat meneruskan perniagaan dengan membawa keuntungan yang besar kepada Saidatina Khadijah.

Hadis di bawah mungkin memjadi pengajaran.
Barang siapa yang pulang ke rumahnya di petang hari dan merasakan keletihan kerana dia  kedua-dua tangannya bekerja di siang hari, maka pada malam itu dia akan mendapat ampunan Allah s.w.r (HR.Tabrani)
Bukankah ini bekerja sendiri. Nabi Muhammad bekerja sendiri sebagai mudharib kepada rab almal, pemegang harta. Nabi Muhammad s.a.w berkerja, dia mendapat sebahagian dari keuntungan.

Nabi Muhammad bekerja tanpa diawasi setiap masa oleh Saidatina Khadijah yang tidak ikut sama dalam rombongan perniagaan itu. Inikah kebebasan untuk kita melakukan perkara ibadat yang kursus. Kita tidak perlu mengeluh mengatakan "sebagai orang yang makan gaji, apa yang boleh dibuat....". Jadi Nabi Muhammad secara tidak lansung, melalui perbuatannya, menggalakkan perniagaan dan kurang menggalakkan makan gaji.

Kita lihat ayat di bawah.
“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”
“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”
Kenapakah disebut perniagaan di sini? Anda boleh berjuang  membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan diri kamu sekiranya anda makan gaji? Dalam ayat "Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan" andakah masih percaya ahli perniagaan mengalami kerugian padahal yang dikurniakan secara sembunyi tidak anda tahu. Adakah anda mengatakan "Perniagaan walau banyak untung tetapi tidak berkat pun tidak berguna"? 

Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w berkahwin dengan Saidatina Khaidijah r.a. dan beliau akhirnya menjadi pelabur apabila beliau bersama-sama isterinya Saiditina Khadijah r.a. membangunkan harta perniagaan Saidatina Khadijah.

Ia bukan saham, tiada "saham" pada waktu tersebut seperti waktu sekarang ini tetapi adalah persamaan seperti saham-saham buat masa ini. Ingatlah kita perlu menjadi investor pada akhirnya.

Itu secara ringkas, kisah-kisah nabi yang sempat saya tulis. Ia adalah kisah yang amat mahal harganya sekiranya anda tahu maknanya. Jom melabur di Bursa Malaysia atau Amanah Saham yang berunsurkan Islam.

Makam Si Bongkok.

Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...