11 Mei 2015

Pembelian saham berdasarkan RSI Oversold itu SILAP



Assalamualaikum.

Memang pada asalnya kita disuruh beli apabila RSI oversold tetapi bagi mereka yang percaya strategi pada waktu ini adalah waktu rancak, kita tidak sepatutnya menunggu di oversold. Itu salah, tidak betul dan merugikan masa.



Waktu ini, di Malaysia adalah waktu rancak. Sila lihat artikel yang lepas-lepas untuk mengetahui makna rancak. Dalam purata 24 tahun, 7 tahun pertama masa gawat, 10 tahun kemudian itu masa berhati-hati.  Kini sudah lebih 17 tahun dari permulaan gawat iaitu tahun 1994, masa ini masa rancak.

RSI oversold (terlebih jual) bermakna orang sudah tidak berminat untuk melabur dalam kaunter ini. Sekiranya anda melabur guna strategi berhati-hati, maka anda boleh beli. Anda beli dengan harga yang menguntugkan, dan sekiranya saham turun harganya, anda beli lagi. Jual pada overbought (terlebih beli).

Sekiranya anda melabur dalam strategi rancak seperti sekarang ini, anda tidak digalakkan tunggu. Anda lihat sekiranya RSI mula oversold atau kurang dari 30, ia akan terus turun untuk beberapa hari lagi. Anda tiada masa untuk menunggu semasa zaman rancak.

Saya mencadangkan guna RSI lebih dari 50 untuk masuk saham berserta indikator lain. Ini adalah masa yang sesuai dengan kehendak manusia pada waktu itu. Ada juga yang memasukki saham pada RSI melebihi 70 atau RSI terlebih beli yang mana orang sibuk menjual. Saya letakkan RSI lebih 50 sebagai satu kemestian di samping indikator lain.

Sekian dahulu kisah pasaran saham. Moga-moga anda memperolehi keuntungan yang besar.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh ke sessi taklimat awal pada hari Jumaat, 15 Mei 2015 jam 2:45 petang di Menara Msc Cyberport, Johor Bahru. Email dfariz@yahoo.com.

Makam Si Bongkok.

Mencari sedikit sejarah dan makam Panglima Si (Tok) Bongkok Perjalanan kami untuk cari makam Panglima Tok Bongkok ini, yang dah ...