Vitamin B17, telah dijumpai oleh manusia lama dahulu. Ia
bukanlah vitamin secara yang sah, tetapi khasiat yang amat penting. Vitamin B17
tidak terdapat pada makanan biasa, kecuali pada benih tumbuh-tumbuhan. Vitamin
B17 juga tidak didapati dalam
vitamin B komplek. Vitamin B17 terdapat di merata-rata tempat tetapi ianya
dibuang begitu sahaja.
Vitamin B17 menghasilkan sejenis racun yang dinamakan cyanite,
dengan izin, yang dipercayai oleh doktor-doktor dan cerdik pandai boleh membahayakan
orang yang memakannya. Cygnite, dengan izin, menyebabkan unsur ini diharamkan
oleh FDA (food dan Drug Administration), sebuah badan kerajaan yang mempromosi
dan melindungi kesihatan di Amerika Syarikat.
Kes-kes antaranya pada
June 8, 1977 seorang budak 11
bulan, Elizabeth Hankin dari Attica diberi 5 biji tablet laetrile (bahan kimia
yang sama seperi B17) dan terus pengsan dan 3 hari kemudian dia meninggal
dunia.
Laetrile, dengan izin, adalah dadah separuh sintetik yang dipatenkan di Amerika Syarikat dan amydalin, dengan
izin, adalah sesuatu yang sama seperti laetrile tetapi dari sumber semula jadi
seperti biji benih dan kacang. Dalam artikel ini saya guna perkataan Vitamin
B17 dan amydalin adalah serupa tetapi tidak laetrile kerana ianya adalah dadah.
Vitamin b17 ini diketahui amat merbahaya hanya jika ia
bertemu dengan sel barah, iaitu ia akan mengeluarkan racun. Sel barah mengandungi beta-glucosidase, dengan izin, yang mana akan
bertindakbalas dengan Vitamin B17 dan akan menghasilkan cyanite, dengan
izin, yang beracun. Racun itu membunuh
sel barah sahaja. Sel barah mengandugi 3000 kali lebih banyak beta-glucosidase,
dengan izin.
Sekiranya banyak sel-sel barah maka lebih banyak cyanite,
dengan izin, dihasilkan, maka adakah ini membahayakan si pemakan? Sebenarnya tidak. Apabila cyanite, dengan izin, itu
berjumpa dengan sel biasa ia akan bertukar kepada unsur-unsur yang lebih
selamat. Anda buat konklusi anda sendiri.
Dalam buku “A world without cancer” tulisan G Edward Griffin
mencadangkan kita makan 1 biji apricot sehari (bijinya apricot bukan sebiji
buah apricot) untuk mengelakkan kita dari mengidap penyakit barah. Bermakna
untuk orang sihat digalakkan memakan 1 biji sehari apatah lagi kalau kita
mengidap barah. Saya cadangan sekurang-kurangnya kita makan 7 kali lebih dari
orang yang sihat bagi pengidap penyakit barah. Penyakit barah ini senang
diubati pada peringkat awal dan amat mudah untuk dicegah.
Biji Apricot mengadungi banyak vitamin B17. Selain biji
Apricot kita boleh menggantikan dengan bahan-bahan dari jadual di bawah.( dalam
milligram setiap 100 gram sukatan).
Biji Apricot
|
>500
|
Biji Apels
|
>500
|
Buckwheat
|
100–500
|
Biji Cherri
|
>500
|
Flax
|
100-500
|
Millet
|
100-500
|
Biji Nectarine
|
>500
|
Biji Peach
|
>500
|
Biji Pear
|
>500
|
Biji Pear
|
>500
|
Biji Plam
|
>500
|
Biji Prun
|
>500
|
Biji Squash
|
100-500
|
Buah Blackberri Hutan
|
>500
|
Daun Alfalfa
|
>500
|
Biji Aprikot
Terdapat juga pada daun seperti alfalfa yang terdapat
vitamin b17 tetapi kebanyakkannya vitamin B17 terdapat pada biji buah seperti
dinyatakan dalam jadual tadi. Air dari alfalfa telah laris dijual di
kedai-kedai, pasaraya dan kedai ubat. Ramai yang tidak tahu bahawa air alfalfa
itu mengandungi vitamin b17.
Kenapakah lebih banyak pada biji atau benihnya? Kita lihat hadis
mengenai benih iaitu Habbatus sauda.
"Sesungguhnya Al- Habbatus
Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya
"Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut".
(Riwayat Bukhari)
Apa itu habbatus sauda. Dari terjemahan bahasa arab – melayu
ia bermaksud benih yang hitam. Memang terdapat benih yang bewarna hitam yang
dinamakan habbatus sauda. Adakah itu sahaja. Mungkin ahli silat cekak Malaysia boleh rujuk kepada
ustaz Hakim. Betul ke, ustaz Hakim?.
Dalam banyak benih yang bewarna hitam itu, adalah yang
dimaksudkan adalah benih habatus sauda sahaja? Antara benih yang berwarna hitam
itu adalah lada hitam, biji selasih, biji chin dan pelbagai yang lain-lain lagi
Semua benih yang hitam ini mempunyai khasiat yang tersendiri.
Biji selasih mempunyai khasiat seperti
![]() |
Biji Selasih |
1.
Dapat mengurangkan panas badan.
2.
Ia
berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
3.
Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
4.
Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung
dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
5.
Dapat
membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
6.
Dapat
mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
7.
Bagi
wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat
untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.
Nutrisi biji Chia adalah sebagai berikut:
![]() |
Biji Chia |
1.
8 kali lipat jumlah sumber Omega-3 dibandingkan
salmon,
2.
6 kali
jumlah kalsium dibandingkan susu,
3.
2 kali jumlah protein dibandingkan dengan
biji-bijian lainnya,
4.
6 kali jumlah potassium dibandingkan pisang,
5.
3 kali jumlah antioksidan dibandingkan
blueberry,
6.
3 kali jumlah zat besi dibandingkan bayam
Lada hitam telah dijadikan herba yang member rasa yang
tersendiri mempunyai khasiat berikut.
![]() |
Lada Hitam |
1.
Membantu mencegah kanker terutama payudara.
2.
Membantu pencernaan.
3.
Membantu menurunkan berat badan.
4.
Meredakan kumpulan gas.
5.
Dapat mencerahkan kulit.
6.
Mengatasi hidung tersumbat dan meredakan batuk.
7.
Anti-depresan alami
Jadi habatus sauda itu juga benih. Benih yang berwarna hitam
itu jaga banyak yang mempunyai khasiat tertentu, jadi benih itu sesuatu yang
hebat. Hebatnya biji benih adalah sebab terdiri di dalam benih itu makanan awal
tumbuhan(MAT). Seperti lembu mempunyai susu awal lembu yang telah menjadi
sesuatu yang amat baik untuk pelbagai penyakit, tumbuh-tumbuhan mempunyai MAT.
Bagus tak bagus MAT ini, ia memberikan makanan sebelum
tumbuhan itu dapat mengeluarkan daun untuk menyerap cahaya matahari. Kita ambil
taugeh sahaja sebagai contoh. Taugeh biasanya disimpan dalam ruang gelap tiada
cahaya matahari. Anda boleh tanya dengan orang yang buat menyemai taugeh. Bagaimana
ia boleh tumbuh seperti taugeh yang panjang walau tiada serapan cahaya matahari?
Ini disebabkan oleh MAT, MAT lah yang memberikan makanan untuk ia membesar
sehingga ia boleh menghasilkan makanan sendiri.
4Life TF Plus Advance adalah satu makanan sampingan yang
dipercayai boleh memberi rawatan dengan berkesan. Dari kandungan yang ditulis
di kotaknya, ia mengatakan Cow Colostrum dan Egg Yok atau dalam bahasa
Malaysianya ialah susu awal lembu dan kuning telur. Susu awal lembu adalah
makanan awal bagi lembu yang baru lahir dan kuning telur adalah makanan awal
bagi binatang yang menetas dari telur. Ini adalah makanan bagi binatang tetapi bagi
makanan awal tumbuhan, ia adalah biji benih yang mana terdapat banyak B17.
Kuning telur yang dapat dijadikan makanan seperti susu awal
lembu adalah telur yang apabila diperam ia akan menetas. Telur ayam bandar
apabila diperam ia tidak menetas. Sebaliknya gunakan telur ayam kampung, ia akan
menetas. Memang saya galakan ayam kampung atau ayam organik termasuk telurnya
dan saya sendiri tidak makan ayam bandar.
Berkenaan biji buah delima, saya hendak bertanya cara makan
delima itu macammana? Adakah kita makan isi dia dan buangkan biji dia atau kita
makan sekali dengan biji-biji dia? Saya rasa cara yang betul seperti diberikan
kepada nabi Ayyub untuk makan, adalah
dengan makan biji-bijinya sekali. Bukankah biji-bijinya mempunyai
khasiat MAT? Adakah harus ia diperah dari isinya sahaja dan meninggalkan
khasiat yang lebih baik?
Satu lagi benih yang amat berkhasiat dan sudah mula dibuat
makanan sampingan adalah buah tunjuk langit. Buat tunjuk langit sebenarnya
adalah benih buah tunjuk langit yang terasa
amat-amat pahit. Buah tunjuk langit guna dikenali dengan nama Mahogani dan
terdapat banyak di kawasan lebuhraya di Malaysia.
Saya teringat kata orang tua saya bahawa habbatus sauda kita
kena jadikan wirid. Wirid dengan habbatus sauda? Wirid di sini bukan dijadikan
amalan yang kena baca. Wirid itu amalan harian secara tetap biasanya dalam
bentuk bacaan tetapi tidak semestinya bacaan. Wirid juga dengan memakan
habbatus sauda setiap hari tanpa tertinggal.Uztaz Hakim, betul ke macam tu?
Kalau seorang sihat makan 1 biji apricot (bijinya) sekiranya
sihat, apabila menyidap barah lebih lebih banyak diperlukan.Ia bergantung
tetapi bagi saya mungkin 7 kali secara minima secara TETAP atau SETIAP HARI.
Biji apricot boleh dimakan dengan mengkisarnya dan dimakan
dengan makanan lain seperti buah pisang. Saya tidak galakkan kita guna mesin pengisar,
kerana mata pengisar itu dibuat dari besi. Besi akan mengurangkan dengan
banyaknya khasiat-khasiat dalam MAT tadi. Sama juga seperti madu lebah, ia amat
sensitif kepada penggunaan bahan yang boleh bermagnet dan bahan yang boleh
mengalirkan eletrik.
Cara lain adalah menumbuk menggunakan lesung dan memakan
buah yang telah dihancurkan atau sekiranya kita tumbuk lagi ianya mengeluarkan
minyak dan minyak itu kita makan menggunakan sudu plastic atau sudu kaca.
Ada juga syarikat yang mengeluarkan minyak dari vitamin B17
dan minyak habbatus sauda. Ianya harus dilakukan tanpa menggunakan logam dan
harus diambil mengunakan sudu bukan logam.
Barah merupakan penyakit no 2 selepas penyakit jantung. Barah
pangkal rahim pula merupakan pembunuh no 1 di Malaysia di kalangan wanita. Saya
menekankan untuk ambil vitamin B17 secara tetap atau ambil habbatus sauda
secara tetap dan sekiranya mengidap penyakit barah, perlu ambil
sekurang-kurangnya beberapa kali lebih banyak. Ambil dengan menggunakan sudu
bukan logam.