Misalannya. Semenanjung Arab atau Jazirah Arab, mungkin adalah nama sebenar atau mungkin bukan nama sebenar tanah arab. Ia diistilahkan sebagai Jazirah Arab kerana maksud jazirah itu pulau/semenanjung dan arab itu bermaksud padang pasir. Jadi nama tempat Arab itu diumpamakan padang pasir. Di sini kita namakan ia sebagai perumpamaan.
Nabi Musa diambil dari Moses dalam bahasa Ibrani. Ia adalah istilah pinjaman dari bahasa Ibrani yang tidak diterjemah. Moses bererti anak lelaki. Ia adalah seorang anak lelaki yang berjaya hidup di masa semua anak lelaki dibunuh oleh Firaun. Maka Moses diumpamakan anak lelaki. Firaun pula adalah kata pinjaman dari bahasa Ibrani, Pharaoh yang diterjemah sebagai "the disperses", "the spoils" atau bersurai / rosak. Ia adalah ketua sebuah kerajaan yang akhirnya berpecah dan rosak.
Nabi Musa pernah meninggalkan Mesir dan berjalan ke Maydan, istilah pinjaman dari bahasa Ibrani, Median, yang bermaksud "to argue" atau bertengkar. Nabi Musa kemudian berkahwin dengan Sappura anak Yatha, anak saudara Nabi Shuib. Sappura beerti burung. Yatha dari perkataan pinjaman "Jetro" yang bermaksud "his excelence", "his posterity" atau kecemerlangan.
Nabi Daud adalah istilah pinjaman dari David dalam bahasa Ibrani yang beerti sangat menyayangi. Maksud Daud dalam kamus bahasa Arab tidak dijumpai. Nabi Daud memang amat menyayangi isteri pertamanya Mikhyal dan juga amat menyayangi tuhannya. Mikhyal adalah istilah pinjaman dari bahasa Ibrani yang sama istilahnya beerti "pelanggaran". Mikhyal, isteri nabi Daud adalah pelanggaran kerana ia dikahwinkan dengan orang lain oleh bapa mertuanya semasa Nabi Daud hidup dalam buangan. Dalam hukum nabi Musa, isteri yang berkahwin lain adalah haram untuk dikahwini semula dengan suami pertama selepas ia bercerai.
Nama tempat Mesir, istilah pinjaman dari bahasa Ibrani, Misraim, adalah istilah berpasangan (muannas) beerti hamba abdi secara paksa. Negara Mesir adalah negara yang mengumpulkan kekayaan dan kemewahan dengan cara memaksa rakyatnya menjadi hamba tanpa rela. Ia mengunakan istilah muannas atau istilah yang berpasangan seperti dua mata dan dua telinga, kerana ia adalah dua buah daerah yang berbata disempadani dengan kawasan yang berpasir.
Hadis nabi Muhammad s.a.w menguatkan lagi perumpamaan di atas dengan tempat berbatu-bata dan berpasir itu di benua Afrika yang mempunyai tempat berpasir dan dia tempat yang tidak hanya pasir (berbatu-bata). Ianya seperti di bawah.
"Sesungguhnya kamu sekalian (kaum
Muslimin) pasti akan dapat menaklukkan negeri Mesir, yaitu suatu wilayah yg
terkadang dinamakan Al Qirath (ketulenan emas). Apabila kalian telah dapat
menguasai negeri Mesir, maka berbuat baiklah kepada para penduduknya! Karena,
bagaimanapun, mereka memiliki hak untuk dilindungi, sebagaimana kaum kafir
dzimmi ataupun karena hubungan tali saudara (atau sebagai dzimmi & hubungan
keluarga dari jalur pernikahan). Apabila kalian melihat dua orang yg sedang
bertikai di Mesir di lokasi berbatu bata, maka keluarlah dari tempat itu! ' Abu
Dzar berkata; 'Ternyata saya melihat Abdurrahman bin Syurahbil bin Hasanah
& saudaranya yg laki-laki, yaitu Rabi'ah sedang bertengkar di tempat batu
bata, maka saya pun keluar & tempat itu.' [HR. Muslim No.4614].
Dalam hadis nabi s.a.w, kita dapati dia menngunakan istilah bahasa arab lebih kerap dari istilah pijaman bahasa Ibrani. Walaubagaimanapun, istilah pinjaman bahasa Ibrani tetap digunakan. Perumpamaan lain selain nama khas juga diterima di pakarsaham.org tetapi maksudnya tidak diberikan secara nyata kerana itu kita boleh menceritakan lebih banyak dalam sedikit perkataan iaitu melalui perumpamaan. Pakarsaham.org juga tidak menyempitkan bidang ilmu yang hendak disampaikan.
Kami adalah jurnal separa ilmiah dan berwasit. Kami menerima artikel dalam bentuk PDF dan akan memastikan abstrak ditulis dengan betul. Penulisan itu hendaklah dirujuk untuk tidak disalahertikan sebagai menipu.